Wednesday, 12 August 2015

Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang

Salam,
Holla hari ni Nova nak sambung lagi cerita berkenaan percutian Nova ke Utara. Tengah hari tu selepas kami checkout, kakak aku cadangkan untuk kami makan di Restoran Kapitan Lebuh Chulia. Kalau ke Pulau Pinang siapa yang tak kenal restoran ni kan. Makanan yang paling terkenal sangat iaitu nasi briyani claypot dan Roti Nan Ayam Tandoori. Syoknya makan, jom tengok apa yang Nova order jom. 


Restoran ini terletak berdekatan Masjid Kapitan Keling. Yang payah sikit tu adalah parking kereta. Puas pusing dua kali pun tak ada rezeki untuk parking. Lepastu tiba-tiba ada seorang hamba Allah yang duduk di tepi kedai-kedai ni suruh kereta kami masuk parking ke dalam lorong bangunan berhadapan Restoran ini. Mula-mula tu risau jugak, tapi tengok ada kereta lain yang ikut parking kami jadi berani sikit.


Mak dan Kakak.. hehe

Ok, yang nasi briyani claypot Ikan ni mak order

Nasi briyani claypot Ayam ni semestinya Nova yang punya

Nasi briyani claypot udang ni kakak order

Husband Nova pun ambik nasi briyani claypot ayam

Tidak dilupakan, cicahnya dan ada yougurt masam tu

Tadaa.. selamat menjamu selera!

Kedai ni dua tingkat. Yang bahagian atas ada penghawa dingin dan bawah pula kawasan terbuka. Sebab ada anak kecik kami lebih selesa duduk di atas. hehe alasan. Kesimpulannya, Nova sangat puas hati dengan nasi briyani claypot ayam ni. Ayam rasa lebut dan sedap. Nasi pun enak. Portion tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit. Nova kongsi dengan eiman pun cukup. Kalau eiman suka tu maknanya sedap la tu. Banyak jugak budak kecik tu makan. Lain kali, kalau ke Penang pasti Nova akan singgah lagi, nak makan Roti Nan Ayam Tandoori pulak la.


Kalau nak singgah Restoran Kapitan ni, boleh la singgah dan alamatnya seperti di bawah. Restoran ni mesti cuba tau! Total semua makanan kami lebih kurang 50++ dengan air minuman sekali. Not bad kan?

Alamat Restoran ini adalah :
Restoran Kapitan
93 Lebuh Chulia
Georgetown,Pulau Pinang

Ok, itu sahaja perkongsian Nova kali ini. Jom baca destinasi seterusnya yang Nova pergi di pautan di bawah jom!

Sekian.

N.L

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis