Monday, 24 August 2015

SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes

Salam,
Holla semua, sejak kebelakangan ini Nova selalu tak sempat cuci make-up bila balik kerja sehingga Nova bertemu dengan satu produk yang sangat bagus ni. Selalunya bila sampai rumah, Nova akan mandikan eiman dulu, kemudian pakaikan baju dan suapkan makan. Lepastu, Nova akan luangkan masa mengemas bilik, pakaian eiman, menyapu, dan kemudian meluangkan masa untuk bermain dengan eiman. Walaubagai manapun, kesibukan sebagai seorang ibu bekerjaya ia bukanlah suatu penghalang kepada Nova untuk memastikan kulit muka bersih dari sebarang make-up sebelum melelapkan mata.

Oleh itu, harini Nova nak berkongsi satu produk yang mampu membuang make-up dimuka dengan hanya satu sapuan lembut. Tak percaya? Kalau tak percaya anda boleh tengok sendiri kehebatan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ni. Tapi sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kepada Skin Soul kerana sudi memperkenalkan Nova dengan produk yang hebat ini.


Inilah dia SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes atau Clinical Wipes 

Nova bersama produk yang best ni

Nova nak kongsi dengan anda semua 10 sebab kenapa Nova cakap Clinical Wipes ini sangat best akan menjadi favourite Nova sampai bila-bila.
  1. Tisu pembersih ini mampu menanggalkan make-up dimuka dengan hanya satu kali sapuan termasuklah maskara kalis air dan make-up tebal yang dipakai.
  2. Ia tidak akan menyumbat liang pori di muka anda
  3. Ia tidak akan meninggalkan sisa-sisa solekan pada bantal kesayangan anda
  4. Ia tidak merengsakan kulit atau mata anda
  5. Ia juga sesuai untuk kulit yang berjerawat dan sangat sensitif, serta mesra kepada semua jenis kulit
  6. Ia tidak kasar dan tidak akan mengeringkan kulit anda
  7. Ia tidak berminyak, tidak melekit, tidak bersabun dan tidak memijarkan kulit anda
  8. Kulit akan segar, bersih. terhidrat, lembut, licin, tegang dan lembap selepas menggunakannya
  9. Tiada minyak wangi tiruan, tiada warna, tiada bahan kimia ditambah dan bebas dari paraben dan lanolin.
  10. Ia mudah dan selesa untuk digunakan hanya dengan 1 sapuan
Macam mana? ha...Best kan?

Terdapat 60 helai tisu pembersih di dalamnya.

Ha! tadi tu baru cerita kelebihan kan. Seterusnya, kandungannya pula adalah :
  1. Diformulakan dengan Air Glasier Swiss
  2. Mengandungi 4 minyak pati, 4 bahan-bahan antioksidan, dan 3 bahan yang menghidratkan dan menenangkan 

Tisu pembersih ini memang sangat mudah digunakan, terutamanya apabila ia mampu membuang semua jenis  make-up kalis air. Hanya dengan 1 langkah mudah kulit Nova menjadi betul-betul bersih dan segar. Jom tengok video yang Nova kongsikan ini. Dengan mudah Nova berjaya membersihkan muka dari make-up yang tebal dan mascara yang kalis air.



Nah hasilnya, sebelum selepas. Bersih kan!

Ewww... Semua dia tanggalkan. Hebatlah awak ni tisu pembersih!


Harganya adalah RM 58.00 bagi satu pek SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes.

Tapi, sebelum itu Nova nak kongsikan promosi yang sangat menguntungkan anda iaitu dengan mendaftar sebagai ahli sebanyak RM 58.00 anda akan diberikan percuma satu pek SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ini. Diantara kelebihan yang anda akan dapati apabila mendaftar sebagai ahli adalah :
  1. Keahlian seumur hidup
  2. 10% diskaun bagi setiap pembelian
  3. 20% diskaun pada hari lahir anda
  4. 4 kali kupon penebusan akan diberikan dalam setahun

Kedua, dengan setiap pembelian melebihi RM 100.00 bagi mana-mana produk dari SkinSoul di Mid Valley, anda layak untuk menerima Set Percubaan Penjagaan Kulit Skin Soul yang berharga RM 100++. Anda perlu sebutkan #SSNovaLeeza untuk membuat penebusan.


Produk penjagaan kulit ini terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti daun Ashitaba (hanya terdapat di Jepun), Swiss Glacier Water dan Bunga Daisy yang dapat membantu memulihkan kulit yang kusan dan memberikan seri pada wajah anda.

Ketiga, tunjuk kod #SSNovaLeeza akan layak untuk membeli 2 pek SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan membawa pulang edisi terhad (bukan untuk dijual) SkinSoul Lip balm.

Keempat, dengan menunjukkan #SSNovaLeeza, pembaca anda akan layak untuk membeli SkinSoul SkinShield Travel set hanya RM388 (harga asal RM5l0.51) 

Lokasi rangkaian SkinSoul :

Facebook SkinSoul :

Website SkinSoul :

Pembelian secara Online Boleh dibuat di Laman Web:

Last ni bagi gambar Nova dengan beautician di SkinSoul. Sehingga berjumpa lagi! Ok, sekian perkongsian Nova pada kali ini. Harap korang enjoy! 


N.L