Monday, 28 September 2015

C-Jello Collagen Jelly Bar Yang Halal dan Selamat

Salam,
Holla semua. Hari ni Nova nak berkongsi pengalaman Nova sebagai pengguna produk Collagen Jelly Bar ni selama 14 hari secara berturut-turut. Ye, dah selesai 14 hari Nova makan collagen ni. Happy sangat la rasanya dan collagen ini adalah supplement yang pertama Nova ambil tahun ni. hehe.. So apa yang istimewanya C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul ni. Jom baca.. 


Produk yang Nova dapat kali ini adalah 2 kotak Collagen yang berwarna Oren. Yang penting sekali produk ini Halal, Tiada pewarna tiruan, Perisa atau Pengawet, Bebas Gluten, Bebas tenusu, dan Bebas telur. Bahan-bahan pula dari sumber-sumber semula jadi. Best kan!

Kebaikan C-Jello ni pula, adalah seperti berikut :

  1. Melambatkan proses penuaan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti sinar UV, radikal bebas yang berbahaya, tekanan dan pencemaran
  2. Menyusun semula kolagen kulit dan berupaya untuk mengekalkan ketegangan, keanjalan dan kelembutan kulit
  3. Merangsang proses pembaharuan kulit untuk penampilan yang lebih muda
  4. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  5. Mengurangkan tompok gelap untuk nada kulit yang lebih cerah dan lebih sekata
  6. Meningkatkan kesihatan keseluruhan kulit dan kelembutan kulit


Semua orang tahu kan Kolagen ni memang baik untuk kesihatan tubuh badan, kerana usia yang meningkat menyebabkan penghasilan kolagen badan semakin berkurang. C-Jello ini juga mengandungi 18 nutrien pati semulajadi yang anti-oksidan. wah!.. suka suka. Produk ini dihasilkan di Korea ye, dan bahan utamanya adalah ikan-ikan di bawah ni. So takperlu risau, memang selamat dan tiada bahan yang berbahaya.

Cod, Pollock dan Haddock.

Apa lagi yang best?... erm.. tahu tak kadar serapan produk ini pada badan dan kulit adalah 99% ye. Dahla sedap je rasa jeli berperisa buah sitrus. Kuantiti pengambilan yang dicadangkan adalah maximum 2 sachet sehari dan minumlah banyak air. Cara pengambilannya iaitu satu paket sebelum sarapan dan satu lagi sebelum tidur malam. Ha.. sedap je rasanya dan tak susah nak telan pun. Best. Yang penting kulit wajah akan berseri dan dapat kurangkan garis-garis halus di muka. 


Satu kotak ni ada 15 sachet dan jika ambil satu paket sehari boleh tahan setengah bulan. 


Semestinya for Youthful and Radiant Skin

Mudah je, buka plastik dan kunyah atau isap.. sedap pun sedap.. mudah pun mudah. Simpan dalam beg, sebelum sarapan kita ngap dia dulu.

Mengandungi 2500mg German Fish Collagen, kolagen ikan ye. Juga mengandungi Mulberry Extract, Artichoke Extract, Vitamin C, Rice Bran Extract dan Hyaluronic Acid Mixture.

Boleh zoom tengok ingrediants C-Jello ni k.

 Ni perbandingan selepas mengamalkan C-Jello. Garis hitam tebal bawah mata nampak berkurang sikit. Eh.. cam nampak muda sikit je.. hehehe dalam 25 tahun ada tak? kakakaka...

Ok.. ai is happy.. syok habis. So macam mana nak dapatkan dan berapa harganya?

Jadi harga C. Jello dua kotak ini adalah RM 596.00 sahaja. Dalam satu kotak terkandung 15 pek. Nova yakin nak mengamalkan C. Jello ni kerana ianya Halal dan Selamat untuk badan.

Tapi, sebelum itu Nova nak kongsikan promosi yang sangat menguntungkan anda iaitu dengan mendaftar sebagai ahli sebanyak RM 58.00 anda akan diberikan percuma satu pek SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes (rujuk entry di bawah). Diantara kelebihan yang anda akan dapati apabila mendaftar sebagai ahli adalah :
  1. Keahlian seumur hidup
  2. 10% diskaun bagi setiap pembelian
  3. 20% diskaun pada hari lahir anda
  4. 4 kali kupon penebusan akan diberikan dalam setahun

Kedua, dengan setiap pembelian melebihi RM 100.00 bagi mana-mana produk dari SkinSoul di Mid Valley, anda layak untuk menerima Set Percubaan Penjagaan Kulit Skin Soul yang berharga RM 100++. Anda perlu sebutkan #SSNovaLeeza dan Like Media Sosial SkinSoul untuk membuat penebusan.

Ketiga, tunjuk kod #SSNovaLeeza akan layak untuk membeli 2 pek SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes dan membawa pulang edisi terhad (bukan untuk dijual) SkinSoul Lip balm.

Keempat, dengan menunjukkan #SSNovaLeeza dan Like Media Sosial SkinSoul, pembaca blog ini akan layak untuk membeli SkinSoul SkinShield Travel set hanya RM388 (harga asal RM510.51) 

Lokasi rangkaian SkinSoul :

Facebook SkinSoul :

Website SkinSoul :

Pembelian secara Online Boleh dibuat di Laman Web:


Produk SkinSoul yang lain :
SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes
SkinSoul SkinShield Travelling Set - Kehidupan Baru Kepada Kulit Anda
SkinSoul Natural Volume Attack Mascara (Bestseller)

Sekian, N.L