Wednesday, 16 September 2015

Diskaun 50% Subway Untuk Pembelian Yang Kedua!

Salam,
Holla semua, harini nak share pasal makan lagi.. hahahaha kasi racun.. kita kasi racun bagi korang gemuk macam aku. hahahahaha. Cuti Hari Malaysia tahun ni korang tak ke mana-mana kan, lagipun sebab jerebu teruk kan. So, apa kata pergilah dating ke Subway dan beli 2 subway untuk pembelian kedua dapat diskaun 50%. hehe.. Nova dah 2 ke 3 kali dah pergi makan Subway ni. Memang suka Sandwich Subway ni, roti sedap, isi dalam dia sedap.. sayur segar.. senang cerita Nova rasa Subway ni memang sedaplah!


Tengah hari tu, Nova ajak husband dating dekat MR. DIY Aeon AU 2, lepastu singgah tapau Subway. hehe tapau tu sebab tak sempat nak makan, duduk dalam MR. DIY tu mesti lama membelek barang satu-satu kan. Rasanya MR. DIY Aeon AU 2 ni paling besar dan banyak barang. Rambang mata dan berangan je nak buat macam-macam projek deko. Aku ingat aku je yang asyik dibuat angan-angan duduk dalam tu rupa-rupanya sama naik je dengan husband aku tu. Masuk kedai terus hilang tah ke mana. Kalau masuk Tesco, InsyaAllah ada je di sisi. Kalau kat sini.. erm sampai kena call dia 2 kali asyik hilang tatau dia lepak kat mana dalam tu. huhuhu
  
Kecerianku nak shopping dan makan

Selesai shopping, masuk Subway.. kena beratur pulak haritu sebab ramai pulak orang :) 

Erm.. tatau nak pilih yang mana.. akhirnya ambik Steak and Cheese juga.. sama macam selalu.

Roti Honey Out, dalam Steak and Cheese. Aumm!!!

Erm.. nyummy

I love u bebeh!

Husband di sebelah : Inilah blogger, nak makan pun kena posing dengan makanan
Nova : ehh.. biasala tue.. blogger kan
Husband di sebelah : Erm.. yerla..
Erm.. tah kenapa tah dia cakap macam tu selalu selalu tu memang ai biasa je buat gini takda plak dia komplen. Agaknya jeles kita dapat makan dulu kot ..dan dia kena hantar ai balik opis. hahaha i makan dulu ye :)  


Total dalam RM 17 ++. Boleh dikatakan berbaloi bagi Nova, sebab makan sandwich ni boleh kenyang sampai petang. hehehe.. Jadi apa tunggu lagi, esok ajak lah suami mahupun tunang mahupun kawan-kawan lepak makan di Subway dan nikmati penjimatan 50% bagi second buy.

Ok. Sekian perkongsian Nova. Hope korang pun happy ya.
Oh. jangan lupa klik like kat bawah ni tau!

Nah entry lama pasal Chaketey Subway : 

N.L