Thursday, 3 September 2015

Gadget Yang Paling Sesuai Untuk Blogger -Samsung K-Zoom

Salam,
Holla, hehehe tajuk tu mengada sangat! Kalau ada yang cakap "Sukati la kan nak pakai telefon apa pun. kau sibuk-sibuk kenapa kan?" Meh nak jawab "biarlah aku punya blog kan, sukati akula nak letak tajuk apa" haha #kodahkenapa #komerepekapanilabu Tapi yang pentingnya aku nak suggest kat kawan-kawan blogger mahupun, penggemar gadget yang memerlukan gambar atau video yang cantik, kemudian dengan petik jari je boleh upload gambar di Facebook, Instagram, Twitter, Blog. Wah.. giteww!

Samsung K-Zoom

Aku dah pakai Samsung K-Zoom ni lebih kurang 10 bulan kot. Sejak samsung lancarkan produk Kamera Telefon ni. Hidup aku makin mudah, senang cepat dan pantas. Memang payah kalau dah beranak pinak ni nak usung camera besar-besar dan perlukan masa untuk transfer pulak gambar ke laptop. Nah! Sekarang tak payah lagi.. sekali petik je terus upload. Ramai dah blogger-blogger mahupun media tanya aku pakai HP apa... so aku cerita lah kehebatannya di sini.

Sebelum ni aku pakai samsung Camera Handphone jugak namanya SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM. Ni yang lama, screen kecik, kiranya K-Zoom ni menggantikan Samsung Galaxy S4 Zoom ni la.

Selama aku pakai K-Zoom ni aku memang cukup puas hati dan tak menyesal beli. hehe.. tq hubby sebab hadiahkan saya telefon ni. Dahla tu, jatuh berapa banyak kali pun boleh maintain elok je tau! Nak tahu kehebatannya meh aku kongsikan.

Boleh pilih Pro Suggest untuk gambar yang cantik

Selfi ramai-ramai pun takda masalah, memang muat je semua orang

Cun gambar weh dengan teknologi Xenon Flash

Cahaya pun boleh control

Kurang gegar dan steady

Gambar dalam stadium gelap pun boleh nampak cerah dan lawa, serius!

Duduk jauh mana pun boleh zoom 20 kali macam kamera DSLR

Spek pula (klik gambar untuk melihat)

Menang award plak tu "Best Product"

ha.. apa lagi, erm.. nak tahu banyak-banyak lagi boleh ke website ni:





Seperti yang aku bagitahu, paling win adalah gambar boleh terus upload ke sosial media. Best kan? hehe.. ok, itu sahajalah nak kongsi dengan korang.. last sekali aku nak tunjukkan beberapa keping gambar yang aku suka menggunakan K-Zoom ni. Kalau nak tengok hasil yang lain boleh ke Instagram @Mommyeiman k. Semua gambar kat situ pakai kamera K-Zoom.

Gambar ni raw.. tak di edit langsung. Pixel memang tinggi. (klik gambar untuk lihat dengan jelas)



Video pun lawa tau! jap.. nak cari satu video



Camana? Best kan. hehe kalau ada yang confius nak beli kamera ke phone, boleh beli K-Zoom ni. Dua-dua dapat. hehe

Ok. sekian perkongsian hari ini. Jumpa lagi!

N.L