Monday, 14 September 2015

Jerebu : Panduan Memilih Topeng Muka

Assalamualaikum w.b.t.
Holla semua, harini akak nak payung satu info berkenaan topeng muka yang sesuai semasa jerebu. Ha... Nova dapat informasi ni pun dari kawan sepejabat Nova iaitu Kak Byha dan Hasni yang tengah bercerita di masalah pasal jerebu ni. Bila Nova dah tahu, rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan semua kerana ia adalah satu maklumat yang sangat penting dan tidak semua orang tahu!!

Anda biasa dengan topeng muka ini?

Nak tahu apa kegunaannya?

Topeng pembedahan

"Topeng pembedahan yang digunakan sebagai penghalang fizikal untuk melindungi pengguna daripada bahaya, seperti percikan titisan besar cecair darah atau badan."

"Penutup mulut dan hidung juga melindungi orang lain terhadap jangkitan daripada orang yang memakai topeng pembedahan. Topeng perangkap zarah besar cecair badan yang mungkin mengandungi bakteria atau virus yang dikeluarkan oleh pemakainya."

~ Sumber OSHA Fact Sheet

Ha.. yer ia untuk menghalang zarah yang besar seperti darah dan cecair. Ia juga menghalang jangkitan tersebar dari si pemakai. erm.. adakah ia boleh menghalang partikel-partikel halus dari asap jerebu?

Nah satu lagi artikel Nova nak kongsi..

"Apabila Index Pencemaran Udara meningkat melebihi 150 (dalam julat “Tidak sihat”), pakailah topeng muka. Topeng yang mempunyai sijil gred N95 dapat menapis partikel-partikel halus." 

"Topeng pembedahan yang biasa tidak dapat memberi perlindungan yang cukup daripada partikel-partikel halus jerebu. Mereka yang mempunyai masalah pernafasan haruslah merujuk kepada doktor mereka dahulu sebelum menggunakan topeng pernafasan."

~Sumber : BabyCenter 

Ya, betul. Topeng pembedahan tidak boleh memberi perlindungan yang cukup daripada partikel-partikel halus jerebu. Jadi apakah itu topeng yang mempunyai gred N95?


"Topeng Pernafasan direka untuk mengurangkan pendedahan pekerja kepada bahan cemar bawaan udara. Topeng Pernafasan datang dalam pelbagai saiz dan mesti dipilih secara individu untuk memenuhi muka pemakai dan untuk menyediakan pemakaian yang ketat." 

"Pemakaian yang betul antara muka pengguna membolehkan setiap sedutan udara dari pernafasan ditarik melalui bahan penapis respirator (topeng muka) dan bukan melalui jurang antara muka dan alat pernafasan."

~ Sumber OSHA Fact Sheet

Ni contoh gambar ye N95




Biasa tengok tak?
Biasa kan, tapi jarang jumpa kat kedai kan?
Tula.. mungkin sebab informasi seperti ini masih belum tersebar dikalangan rakyat Malaysia. So permintaan adalah kurang. Yang banyak dijual adalah Topeng pembedahan. Jadi jom kita kongsi agar semua dapat manfaat darinya. 

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini, anda boleh rujuk doktor atau pakar.
Sekian. Terima kasih sudi singgah. Jangan lupa like kat bawah ni ye. 

N.L