Tuesday, 22 September 2015

Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis

Salam,
hahaha jauh tu nak ajak pekena. Duduk KL tapi ajak pi makan Kak Su Laksa, Kuala Perlis. hehehe.. ni penutup kepada percutian aku ke utara 2 bulan lepas. hehe.. Alhamdulillah, dengan itu selesailah percutian kami ke utara. Apa yang best sangat Kak Su Laksa ni? .. yang bestnya adalah laksa diperbuat dari beras asli dan segar. Kuah dia memang pekat weh! Dah tu senang nak dapat ikan kan, dia kasi kaw-kaw punya kuah. Adoi.. meleleh air liur ni .. 


Maleh nak letak kat muka depan, takut kang ada yang nangis-nangis minta laksa. hehehe. Niha laksanya, memang lembut dan sedap pehtu minta telur sebijik.. auuuhhh!! dap dap

Mak, kakak semua order laksa, yerla takkan nak order mee goreng pulak kan.. haha

Air biasa je takda fancy-fancy sangatla.. takda nak air ice blended chocolate ke apa kan.. 

Siapa tahu ni nama apa? Pulut panggang.. yer betul.. dah tu panas lagi ni. sedap.. sekejap je licin kami bedal.

Alhamdulillah kenyang. Selpiaq satu. hehe jangan marah na org perlis.

Kalau ke perlis tu singgahla makan laksa dulu buat minum petang di Kak Su Laksa ye.

Ni alamatnya:
 No. 97, Jalan Siakap 1, 
02000 Kuala Perlis, Perlis.

Yeye! Kenyang. Tengok gambar pun kenyang jugak ni. hehe

Ok sekian. Dah tamat dah percutian ke utara, nak sambung percutian ke langkawi pulak.

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis