Thursday, 3 September 2015

Kisah Eiman dan Mummy, Kita Kawan Baik Sampai Bila-Bila Ok!

Salam,
Satu perkongsian dan pengalaman aku semasa mendidik dan menjaga seorang anak yang bernama Wafri Eiman. Dah 2 tahun setengah dah budak ni. Sekejap je masa berlalu. Disebalik sikapnya yang suka berlari, menjerit, memanjat mahupun bergolek-golek di lantai.. ada terselit sikap manja dan penyayangnya.


Ada dua cerita, yang pertama....

Jam menunjukkan pukul 11 malam, masa tu aku baru nak tidur, mata dah nak lelap ni. Maklumlah penat pulak bekerja haritu. Daddy dia cuti (husband ai kerja shift), so biarlah Eiman main dengan daddy (leganya daddy ada). Dalam hampir terlena, tiba-tiba 'Kedepang!!! adoiii! sakitnya telinga aku ni. Terasa hentakan yang sangat kuat. Bingkas aku bangun. Ya Allah! Eiman baling telefon kat kepala aku. Air mata tiba-tiba mengalir dan aku menangis teresak-esak. Sakit sangat masatu sampai tersedu-sedu aku menangis. Eii.. geramnya! Memang aku tak pandang Eiman masa aku nangis dan aku lari jauh-jauh sebab aku takut aku terlepas geram dan terkasar dengan eiman nanti. haa... susah tau jadi mak. Kena sabar banyak-banyak.

Bila aku dah lega aku pikir balik kenapa dia campak telefon kat telinga aku? masa aku imbas balik, aku rasa aku terdengar dia cakap "Ni Mummy punya!!".. nampak tak? dia nak tolong aku sebenarnya, dia nak bagi telefon tu kat aku. Caring eiman ni. Tapi mungkin sebab telefon tu berat, eiman terlepas dan jatuh telefon sekilo tu terkena telinga aku. 

Kemudian, story kedua, beberapa bulan lepas..

Haritu, emosi aku agak terganggu, sebab nak datang bulan kan. Ada je yang rasa macam tak kena sudah la aku kurang rehat, kurang tidur & badan rasa tak sihat. Eiman pun buat perangai sekali lagi, masa tu aku baru nak lelap jugak al-kisahnya... dalam mata nak lelap melayang ke Taj Mahal India, tiba-tiba aku rasa ada budak sedang memijak-mijak kepala aku sambil melompat-lompat... Umak haii!! Sakit nyer  kepala aku ni! Kaki dia dahla kecik kan, bila dia pijak memang boleh pening kepala oii.

Wrong timing pulak kan. Tak tertahan emosi, aku bangkit dan menjerit pada Eiman dengan keadaan marah. Pergh!! Kuat kot! Sampai husband aku berlari ke bilik tanya kenapa ni? Demi untuk tidak memburukkan lagi keadaan aku berlari ke depan dan duduk di sofa membatukan diri. Eiman mengikuti aku sambil menangis-nangis. 2 perkataan yang disebut sepanjang dia di sisi aku "Mummy nak Hug!! Mummy nak Hug!!"...

Ala.... sedihnya! Rasa nak nangis dan kesalan sebab marah pada dia tadi. huh! korang pernah tak rasa macam tu?

Tiba-tiba husband aku bersuara "Janganlah marah anak macam tu, sabar lah sikit"

Esoknya, aku lunch dengan husband, dia keluarkan handphone. Dia suruh aku pegang dan buka satu video ni.. Aku tengok ada video ceramah agama dari Ustaz Don berkenaan tanggungjawab kita menjaga khalifah amanah Allah dan apakah kesilapan yang ibu ayah selalu buat pada anak. Aku dengar je video tu tak cakap apa-apa.. tiba-tiba air mata air terasa panas mengalir di pipi.. aku nangis. Sepanjang makan aku diam dan sebak mengenangkan semalam. Balik petang tu aku singgah kedai mainan belikan eiman mainan baru. Aku peluk dia.. aku usap dia.. Ini Amanah Allah.. ini tanggungjawab aku untuk mendidik dan mejaga dia menjadi khalifah Allah. Maafkan Mummy....

Sedih tak cerita aku? Aku pun rasa sedih. So sekarang, bila eiman terkasar dengan aku, aku akan pura-pura nangis. Eiman tengok aku dan pegang tangan supaya aku tak tutup muka, dan dengan suara kecilnya berkata

Mommy, Are you ok?
Mommy, Are you ok?

hehe..

Sekian. N.L