Monday, 28 September 2015

Makan Steak Paling Sedap di Menate Steak Hub

Salam,
Holla, nama Menate Steak House ni adalah satu nama yang sudah biasa di sebut-sebut di media cetak mahupun media massa. Bagi Nova, Menate Steak House terkenal kerana kualiti steak yang di tawarkan dengan harga yang sangat berpatutan lantas menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang datang ke restoran ini. Walaupun begitu, ini adalah kali pertama Nova menjejakkan kaki ke Menate Steak House. Telah banyak kali melihat rakan-rakan blogger lain menjamu selera di sini, Nova masih belum berkesempatan untuk merasainya sendiri.

Kebetulan, pada hari itu, kawan sepejabat Nova, Kak Byha teringin nak makan steak "Eii... nak makan steak dekat Menate la, Jom!!" Tanpa berfikir panjang, Nova terus setuju dan kami ke salah satu cawangan Menate Steak Hub di Wangsa Maju.


Sebaik sahaja sampai di restoran ini, kami memilih daging yang telah siap dipotong, diletakkan di dalam freezer, ditanda harga dan berat setiap satu daging ini. Nova dan kak byha memilih daging yang beratnya lebih kurang 300 ++ gram. Itu pun kira berat juga untuk Nova...

Steak di masak medium rare untuk Kak Byha

Setiap steak akan dihidangkan bersama kuah ini.

Menu yang ada di Menate Steak Hub

Air adalah Free Flow, selain air sejuk, air kopi juga ditawarkan secara percuma.

Potongan medium rare

Nova pilih Well Done, walaupun ia bukanlah cadangan pilihan yang baik untuk menikmati Steak. Mengambil sedikit masa sebelum dihidangkan. Bau dan aroma daging menyucuk ke kalbu.. aduh! sedapnyer!


Alhamdulillah selesai.. dan Nova pun tersenyum girang. Terima kasih kak Byha sudi ajak Nova.

Bagi Nova, tidak hairanlah Menate Steak House menjadi sebutan kepada penggemar steak di Malaysia kerana kesedapan steak yang dimasak memang boleh bagi 10 bintang. Ni pun dah teringat-ingat lagi ni nak ajak husband pula makan di sini. Selama ni kalau nak makan steak, pasti restoran antarabangsa menjadi pilihan kami. Kini, Menate juga menjadi salah satu pilihan steak yang sedap dan berkualiti bagi Nova.

Jika anda juga teringin nak makan steak, apa kata cuba sekali di Menate Steak Hub.. InsyaAllah pasti kenyang, gembira dan puas hati macam kami.

Ok.. sehingga berjumpa lagi.

Sekian.

N.L