Friday, 4 September 2015

Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar

Salam,
Holla, Nova nak sambung lagi cerita percutian kami ke utara dari Penang naik ke Perlis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Mak dan kakak aku lena diulit mimpi di dalam kereta, aku pula mendodoikan eiman di pangku, hampir sejam juga nak pujuk dia suruh tidur. Ok apa-apa pun, Nova happy je. Hotel pula dah siap-siap booking Seri Malaysia. Maklumlah Perlis ni kecil je, jadi pilihan pun tak banyak. 

Erm.. amacam, menggoda sangat kan?

Nanti Nova review sikit pasal hotel Seri Malaysia ni. Yang nak cerita ni, malam tu kami ke Medan Ikan Bakar Kuala Perlis. Dengar cerita tempat ni famous dan banyak pilihan ikan segar. Jarak dari hotel ke Kuala Perlis ni lebih kurang 30 minit. Tak jauh pun. Sepanjang perjalanan memang aku guna waze, sebab takda yang mahir selok-belok perlis ni.

Alhamdulillah, sampai juga kuala perlis ni. Sepanjang tepi jalan di situ macam ada pasar malam je. Tak singgah pun sebab aim memang datang nak makan ikan bakar je.

Kami pilih Mona Ikan Bakar. Huyooo! Tengok ikan dia besar-besar  cengginikan.. memang seronok dan teruja sangat tau!

Macam-macam ada, pilih je, nak kepah, udang, lala, siput, kerang belangkas ke semua ada tau!

Teringin juga nak cuba makan belangkas ni.. tapi... erm.. lain kali la.. tak berani lagi.

Ketam batu. Orang Islam tak boleh makan kan? sebab dia dua alam kan?

So, kita makan lah ketam ni, kompom-kompom halalan toyyoban.

Ikan segar je nampaknya tu.. uish.. bakar dengan petai pun sodap ni!

Eiman pun turut sama lah, macam biasa "Mommy, Fish! Fish! Crab! Crab!"

Selesai pilih ikan, ketam semua, kami pun order air buah. Erm.. gelas besar ni.. memang puas hati

Mula-mula sampai adalah udang masak butter

Kemudian, ketam masak telur masin

Terung bakar

Tidak dilupakan benda yang wajib ada, sambal belacan dan air asam

Tara!! Aummm!! Sedapnyer.. isk yang menaip ni pun lapa je tengok makanan ni.

Next, lala masak pedas

Ikan stim masak halia

Serta... yang di idam-idamkan.. ikan bakar petai! Aumm!

Jemputlah ye menjamu selera...

Total semua makan dalam 200++. Which is aku rasa not bad la harganya. Berpatutan dengan apa yang kami ambil. Masak pun sedap, makan sampai kenyang. Bukan setakat kenyang, bibir Nova pula bengkak dan melecur sebab makan udang. Alergik sampai seminggu baru baik. Punya lah fresh gamaknya. Takperla janji makan sedap kan.

So, masa untuk pulang. Weehuu! Terima kasih Kuala Perlis. Hingga kita berjumpa lagi!!

Tak jauh dari kuala perlis tu, ada banyak kedai-kedai tepi jalan jual buah pelam.. erm.. memang negeri perlis ni kaya dengan pelbagai jenis buah pelam. 

Ok, itu sahaja perkongsian Nova pada hari ini. Sehingga berjumpa lagi!

Sekian. 

N.L

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis