Wednesday, 2 September 2015

Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang

Salam,
Menyambung cerita yang tak berkesudahan di Penang beberapa bulan lepas, kami telah berjaya menjejakkan kaki ke Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang iaitu Amazing World Studio. Lokasinya dekat je dengan jeti Penang di Port Swettenham. Macam menarik je kan Muzium 3d ni, sebab tak pernah lagi pergi muzium cenggini. Jadi apa lagi jom kita usha gambar dan pose apa yang boleh di buat kat dalam tu jom!

Posing ayu skit!

Nah, ni kakak dengan mak

Dekat syiling dia banyak betul belon udara mini. Cute sangat aih!

Nak tahu harga tiket dan waktu operasi nah linknya :

Tiket pun dah beli, untungla encik suami boleh beli tiket harga student rate.. hihi

Erm.. Largest Penang interactive Museum katernyer!

hihi.. ketinggian itu memaukau! ceh!

dah kasut 6 inci mana tak tinggi melangit kan...

Mula-mula masuk ni ada gambar kedai-kedai la.. kedai runcit, kedai gunting rambut.. ermm.. okla

Peace

Ni anak aku punya peace.. memang 5 jari 

Menjerit-jerit memanggil School B!

Ok mak nak tengok opera The Big Boss okey!

Lepak pulak kedai kopi

Ni nak cerita ni, ada sekali tu, india roti lalu depan rumah sambil bunyi hon dia yang kuat tu kan. eiman boleh jerit panggil ROTI ROTI!!!! Punya kuat dia jerit sampai india tu boleh berhenti. Dah berhenti, kenalah keluar bawak duit kan. Padahal takda apa pun nak beli. Bertuah budak ni. Suara menjerit tu memang kuat!. isk isk.. ini pun ko nak jugak kan.. pantang tengok roti betul!


Seingat aku zaman masa kecik dulu banyakla kedai-kedai cenggini. Nostalgia betul.

Kemudian, naik tinggat atas, eh... ada basikal. Kalau kayuh nanti gambar belakang tu bergerak.

Mak pun nak naik basikal katanyer

Haha.. boleh pilih nak muka macam siapa.. ada David Beckham, Mr Bean ..
Layan je

Kau hado? Kau mampu?

Aku bukan reti sangat benda-benda macam ni, siap ada yang tak paham ..camana nak bergambar

Hehe.. bolehla

Haiyak!

Tula, nasiblah bapaknya rajin mengejar, yang anak tu asik nak berlari je kejenya!

Mak membasuh kain

hehe.. comel la tu?

Naik lagi tingkat kedua.. pergh!

Payah nau nak suruh ududk diam

Kan aku cakap, kerjanya memang berlari je!

Tak habis lagi episod lari.. agaknya dah sekolah nanti nak jadi pelumba lari gamaknya!

Konon!

Tahan jangan tak tahan!

Ha.. jumpa arnab gergasi ni baru takut. Ingat tak nak berhenti berlari tadi!

Ngeteh dulu

haa... habis dah. Entry ni banyak sharing gambar je. kikiki..

Nak tahu harga tiket dan waktu operasi nah linknya :

Anyway, tq for coming! Jumpa lagi k! Jangan lupa like kat bawah ni k!

N.L

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis