Tuesday, 22 September 2015

Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?

Salam,
Holla semua, harini Nova nak berkongsi pengalaman semasa di padang besar, perlis. Ya, ini kali pertama Nova ke padang besar kerana banyak cerita seronok yang Nova dengar dari kawan-kawan mahupun jiran yang bercuti ke sana. Siapa tak excited kan? Memang teruja bab shopping ni, maklumlah kaki shopping kan. tepuk pala tepuk pala. 

Masa kami dalam perjalanan menuju ke sana ada dua check point yang kami kena lalu. Salah satunya dengan kastam. perjalanan kami tiada apa-apa masalah dan kami tiba di Kompleks Perniagaan Padang Besar, Perlis lebih kurang jam 12 tengah hari. Tempat parking memang agak susah di sana dan kami memilih untuk masuk ke parking berbayar di dalam lorong kedai-kedai berdekatan kompleks. Kami beli kupon Majlis Perbandaran Kangar.



Kalau aku cakap aku tak berapa enjoy sangat di Kompleks Perniagaan Padang Besar ni boleh tak? sebabnya dalam keadaan yang agak padat kedai itu, cuaca yang sedang membahang panas dan tiada pengudaraan yang baik menyebabkan aku dan anak bermandikan peluh yang mencurah-curah. Mak sampai tak nak masuk kedai sebab lagi panas duduk dalam kedai. Memanglah tidak seperti shopping mall yang berpenghawa dingin, masalahnya adalah pengudaraan yang kurang baik. Tiada angin masuk dan udara panas terkumpul di dalam.

So, kami berjalan la laju-laju dan rembat je mana yang berkenan. Kalau mereka kata di sana murah, bagi aku harga biasa-biasa je. Mungkin kalau dibanding dengan Night Market di KL, harga lebih kurang sama. Bila tanya kenapa harga tak boleh kurang sikit? jawapan mereka adalah "Duit Malaysia dah jatuh, kami tak dapat untung pun kak".. erm.. nampaknya terkesan juga peniaga di padang besar ni.

Ntahla, aku pun tak kaji habis dan compare betul2 harga di kedai-kedai ni. Memandangkan keadaan panas sangat masatu kan. Anak aku pn dah melalak nak balik. Sebelum keluar aku singgah di kedai periuk belanga di dalam kompleks ni, banyak juga aku borong sebab nak beli periuk untuk kegunaan di rumah. Yerla, tak rugi pikir ku sebab boleh pakai lama. Aku cuba minta kurang juga tapi alasan mereka pun sama, iaitu matawang Malaysia jatuh tak dapat untung.

Takperla, kami pun bergerak pulang ke kereta dengan periuk segala, lalu tepi kedai-kedai di kawasan luar kompleks. Kemudian, mak nak singgah kejap kedai tepi tu katanya ada yang dia berkenan. Berhentilah kejap kat kedai periuk belanga tu. Ni yang kat luar pulak tau. Tadi yang kat dalam, aku pun pusing-pusingla dalam kedai, bila compare balik dengan harga yang aku dapat tadi.. ya Ampun, 2 ke 3 kali ganda beza dengan kedai dalam kompleks tu. Kalau sudu besi aku beli RM23, kat luar tu dia letak RM 13 je. Hangin satu badan aku masa tu. 

Eii.. tula dah terkono! Takperla, dah rezeki aku macamtu kan. So nasihat aku, baikla shopping periuk belanga kat luar kompleks je.. dalam tu kemain tekan wehh!!.. cis.. salah sendiri juga tergesa-gesa dan tak survey dulu. ahh..ahh ahhh.

Husband beli beg dan tali pinggang.. dia kata harga tak la murah mana pun..
 2-3 kedai survey pun sama je..




Beg perempuan ni aku tak berkenan sangat.. erm.. macam sama je dgn night market kl.. 

Erm.. so kesimpulannya, best ke? Ntahlah, aku rasa biasa je. Kalau tanya nak pergi lagi tak? Aku akan jawab.. takpelah takmo dah. 

hehe.. bukan salah mereka atau sesiapa, tapi salah aku juga sebab tak survey dulu dan membeli dengan mempig-blind. Haish!

Sekian. 

Tata.

N.L

Untuk Membaca Semua Artikel Travelogue Percutian ke Utara (Penang-Perlis) Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang
Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang
Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang
Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang
Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar
Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari
Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?
Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis