Thursday, 10 September 2015

Tawaran Fish and Chip MURAH!! di Pizza San Francisco

Salam,
Holla semua, harini kakak nak payung satu entry berkenaan tawaran Fish and Chip yang murah giler-giler di Pizza San Francisco. Jangan cakap kakak tak payung info ye. Nak tahu berapa? Hanya RM 6.90 sahaja hokey!! Tak silap Nova harga asal dia RM 18.90 cam gitu.

Pergh!! Murah tak? RM 6.90 je ni wehh!
Walaupun harga dia dikurangkan, portion makanan tetap sama ye. Memang banyak dan silap-silap boleh makan berdua. Nova dah selamat dah masuk dalam perut semalam. Pergi dengan husband and kak byha waktu lunch hour. Kalau nak order ni dengan harga super diskaun ni kena tunjukkan gambar bawah ni dekat waiter yang ambik order ni. Gambar ni ada di FB Pizza San Francisco. Lepas tu paling best sekali, seorang boleh order lebih dari satu pinggan tau! Kalau mampu makan banyak la kan.


Ha.. jadi apa tunggu lagi yop! Moh le kita serbu Pizza San Francisco yang outletnya ada di Kota Damansara | Kota Kemuning | Bukit Jelutong | Cyberjaya | Bangi | The Mines | Wangsa Maju. Selain ada Fish and Chip yang best ni, ada satu lagi benda yang best iaitu Creme Brulee dia. Pergh!! Power memang sedap. Mula-mula tu kak byha je yang order, lepas aku tumpang rasa terus panggil dia cakap "Mai Sepinggan Creme Brulee ni!"... hehe tak mahal pun RM 5.90 je tau. mana nak dapat murah dan sedap gini.

Lemak berkrim disukai ramai!

Air minuman yang kami order adalah, Ipoh White Coffee, Brewed Cofee dengan Ice Lemon Tea. Cam biasala Ice Lemon Tea tu mesti husband aku punya la.



Memandangkan husband Nova ni tak berapa suka sangat western ni, especially lunch kan. Dia order la tak lain tak bukan Lamb Stew. Lamb Stew ni aku rasa sedap, sayur nampak fresh. Laju je dia suap sampai habis. Tak bunyi apa pun, selalunya kalau macam tu, sedap le tu. Harganya RM 19.90.


Meh kakak payung gambar Fish and Chip ni, serius betul ni besar ni RM 6.90 je


Nova dan kak byha order ni la.. memang puas hati. Kenyang dan gembira.

Kesimpulannya kalau teringin nak makan Fish and Chip bolehla ke Pizza San Francisco. Nova pergi di Wangsa Maju. Kedai dia ada berdekatan Amway sebelah belakang. Pizza San Francisco ni rajin buat promotion so korang rajin-rajinla tengok FB dia. Tawaran Fish and Chip ini sehingga 30 September 2015 ye.

PSF Wangsa Maju 

Total semua dalam 60++.Ok. tu jelah nak kongsi.Sehingga berjumpa lagi ye.

Sekian.

N.L

oh.. jangan lupa tekan like bawah ni ye.