Tuesday, 8 September 2015

Trend Terkini - Kening Mata Lebat dan Tebal

Salam,
Holla, nampaknya sekarang ni musim make-up kening tebal dan lebat kan. Kalau yang pandai lukis dan kena pulak dengan muka tu memang cantik jadinya. Tapi ada juga yang tak sesuai lukis kening tebal-tebal ni. Kalau dah ada kening yang lebat tebal dan lawa tu untung lah tak payah susah-susah nak lukis-lukis. Nova pulak memang kening jenis bulu panjang dan lebat. Tak perlu banyak nak alter pun.

Tapi, untuk nampak kemas dan cantik boleh juga Nova kongsikan apa yang Nova pakai dan hasilnya macam mana.

Barang-barang yang Nova perlukan adalah :

Berus kening dan Eye Brow Pencil dari Jenama Elianto

2 barang Nova beli, angle brush nova pakai yang ada je


Masa Nova beli ni murah je dalam RM 20++ bagi dua barang ni. Tengah sale. Brow Liner warna brown ni memang sesuai dengan kening Nova. Actually kan, mula-mula dulu Nova tak tahu tau sebenarnya nak lukis kening kena pakai color coklat.. hihi sekali tu Nova cuba lukis guna eyebrow pencil hitam, macam arwah nenek selalu lukis kening.. hasilnya! Ya ampun.. kelakar tengok muka sendiri macam ... erm cam gini la..

Comel tak saya? hihi

Kemudian  Nova study la skit kat Youtube kan, pastu masa beli eye brow pencil dengan berus ni, kakak yang promote elianto ni ajar Nova macam mana nak buat. hihi So cara nak lukis kening? hehe.. banyak tutorial kat youtube dan salah satu yang senang nah ni...


Tadaa...dah siap .. kah kah skip terus sampai habis.. hehe maklumlah saya ni tak pandai sangat lukis kening, baru je berjinak-jinak ni.. So macam mana? Ok tak?





Nova buat paling simple je, malu la nak buat heavy shade sangat hehe.. Ok.. selamat mencuba dan sehingga berjumpa lagi ya.

Sekian.

N.L