Tuesday, 6 October 2015

Aktiviti Bermain Pasir Indoor Bersama Anak Semasa Jerebu Kuat

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsi salah satu aktiviti dengan anak yang boleh dilakukan secara Indoor semasa musim jerebu ni. Ehh.. kenapa musim? Jerebu ni musim juga ke di Malaysia ni. aduh!! So, bila dah jerebu kuat ni banyak masa Nova memerapkan anak di rumah sampai dia dah bosan dengan semua permainan dia. Jadi, salah satu aktiviti yang Nova buat adalah bawa eiman pergi Wangsa Walk untuk bermain di Indoor Playground.


Walaubagaimanapun, kalau korang dah ada sandplay tu di rumah, ajakla anak main di rumah sahaja. Dari tempat parking nak masuk ke mall pun kena keluar juga, nak tak nak kena sedut juga asap jerebu ni. erm... Eiman pun ai kendong bawak lari masuk cecepat dalam Mall. So, berbalik kepada cerita tadi. Disebabkan Nova tak ada SandPlay ni di rumah Nova bawak lah eiman ke Indoor Playground Wangasa Walk ni. Lokasi tertutup dan berpenghawa dingin.


Masa mula eiman sampai memang melompat-lompat dia suka sangat. Agaknya memang betullah dah lama perap dia dalam rumah kan. Kesian anak aku. So, bayaran masuk adalah RM 25 dan free untuk 2 orang penjaga. Wah! oklah kan sebab aku pernah pergi Indoor Playground di XXX ni kan, penjaga pun kena bayar tau! Ni kira cheap lagi la kan. Kemudian kalau tak bawa stokin sendiri boleh beli dengan harga RM 5 seorang. Penjaga pun kena pakai stokin tau. Sebabkan kami tak bawa stokin, jumlah yang kena bayar adalah RM 40. Ok takperla, pejam mata janji anak bahagia. Next time bawak je stokin tu balik.

Sengih kerang busuk!

Masuk la eiman dengan sengihan kerang busuk dia tu. hahaha.. memang pertama kali eiman main pasir buatan cenggini. Actually, bentuk dia bukan pasir pun. Dia macam biji-biji halus macam benih pokok nak semai tu. Apa tah nama dia aku lupa nak tangkap gambar. Seronok eiman main sampai sejam lebih jugakla. Mak dia pun seronok main sama sebab tak ramai orang pun.

  
Kami start main pukul 8 malam, sampai pukul 9 malam tak makan lagi pun eiman tak kesah. Tak minta susu ke nasi pun tak. sibuk duk korek pasir masuk dalam baldi dengan benda alah semua tu la.


Lobang idungmu tetap menjadi pojaan hatiku!!

Seronok ye main!

Selain pasir tu, ada lagi tempat panjat-panjat ni, bola-bola, buaian dan segala mak nenek. Tempatnya luas, Nova, Daddy dan eiman siap main bola sepak lagi dalam tu. Takda orang kan. Kalau penat boleh lepak duduk dekat Bean Bag yang disediakan. Adalah dalam enamploh bean bag dalam tu. haha takla sampai enamploh. 


Bagus bagus, memang mak suka kau panjat-panjat biar lasak dan berani sikit. Anak lelaki memang kena pandai panjat2. Senang besar nanti mak nak suruh panjat kerusi ganti mentol kalau terbakor.

Berani jugak si Eiman ni. Bagus-bagus.

Samapai pukul sembilan lebih kitorang ajak Eiman balik. Nan Hado dia nak balik. Boleh panjat balik berdiri kat hujung pagar tu menjerit : "Takmo! Nak Mayin! Nak Mayin!"

eiii.. lupa diri dahkan masuk kat sini. Dah nak dekat 9.30 jugakla gerak dari sini umpan dengan mainan kat kedai sebelah. Ajak dia tengok robocar poli kat kedai sebelah. Baru nak bayik.


erm... happy la mayin kat sini. eiman pun sampai tak sedar diri takmo bayik kan. Seronokla tu. Kesian dia kena kurung je dalam rumah. Okla tu, lainkali kita datang lagi bila pokek mummy dah buncit balik ye. Ok eiman? Sebelum habis nak kongsi benefit bermain pasir bagi kanak-kanak. Panjang sangat bahasa omputihnya. Korang baca sendirila kan. 


Ok, sehingga berjumpa lagi. Semoga korang juga bahagia di samping keluarga di musim jerebu ini.

Sekian.

N.L