Wednesday, 28 October 2015

Cantiknya Koleksi Shawl Aleena Tudung

Salam,
Holla semua. Harini nak sembang pasal tudung online. Korang mesti dah biasa dengan pembelian secara online ni kan? Nova pun selalu je beli barang online. Duk depan laptop belek-belek kedai shopping online, pastu terbekenan pastu.. ehh cantik.. pastu ehh.. nak la.. dan terusla buat pembelian. Mudah sangat sebab tak perlu keluarkan setitik peluh pun. kan kan?



So, ada satu jenama tudung yang Nova nak promote harini iaitu Koleksi Shawl Aleena Tudung. Jenama Aleena tudung ini seharusnya jenama yang tidak asing lagi bagi anda. Jenama Aleena tudung mula diperkenalkan sejak awal tahun lalu dan menawarkan pelbagai jenis koleksi shawl dan tudung bawal yang terkini khusus untuk wanita Muslimah moden. Pelbagai corak tudung yang menarik dan bermacam-macam pilihan warna yang ada pasti menambat hati anda. Tambahan pula, tudung Aleena ni memang sangat laris di pasaran tau kerana harga yang diberikan adalah sangat berpatutan.

Koleksi shawl Aleena tudung boleh anda temui dalam aneka pilihan fabrik yang menarik bersesuaian dengan citarasa anda. Ia boleh dipakai ke pejabat, majlis-majlis istimewa atau pun boleh dipakai bersama pakaian kasual. Berikut merupakan beberapa koleksi shawl Aleena Tudung terbaru yang boleh anda temui secara online;

Cotton Wide Shawl

Satin Shawl

Chiffon Shawl

Cantik kan? ketiga-tiga shawl ini diperbuat daripada jenis fabrik yang berbeza. Jadi terpulang kepada citarasa anda sendiri untuk memilih jenis fabrik yang lebih selesa untuk di pakai. Selalunya, kita rasa fabrik cotton tidak panas untuk dipakai manakala fabrik satin pula menjadikan si pemakai nampak elegan. Bagi fabrik chiffon ia amat selesa dan lembut. Semua jenis-jenis tudung ini semestinya akan membuatkan anda nampak cantik apabila digayakan.

Exclusive Satin Silk Instant Shawl

Bukan itu sahaja tau. Aleena tudung juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan koleksi satin instant shawl seperti gambar di atas dan di bawah ni. Anda boleh miliki mana-mana koleksi instant shawl yang direka dengan kombinasi warna-warna menarik dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Memang sangat-sangat berpatutan tau! Tambah menarik, kesemua koleksi tudung Aleena ini juga boleh anda temui di laman web ZALORA Malaysia!  Ya, life is so easy dengan Zalora.

Nova berkenan dengan Exclusive Satin Silk Instant Shawl warna hijau hitam ni. Lawa tak?

Takpun yang Shawl Chiffon ni.. aduh.. semua lawa-lawa. Koleksi baru shawl ni RM 15.00 sajor!! Serius!! Murah!! Cantik! Rambang mata!!! - yang tengah tu lawa kan?

Yang ni pun nampak lembut je warnanya... ahh suka suka!

Jadi jangan tunggu lagi, barang baik macam ni cepat laris.. so grab yours now!

Ok thank you for reading, selamat membeli-belah!

N.L