Saturday, 24 October 2015

GIVEAWAY : Rambut Ku Sihat, Tebal dan Bermaya Dengan Satu Cucian

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsikan kegembiraan Nova dengan semua. Memang rasa bahagia, rasa konfiden je dengan rambut ni. Rasa macam dapat rambut baru pulak. hahaha. Yerla, mana taknya rambut ai memang panjang, dah panjang tu paham-paham jela kan, memang susah nak jaga jika dibandingkan dengan rambut pendek. Dah tu, pakai tudung dari 7 pagi sampai 7 malam. Berapa jam tu rambut duduk dalam tudung. Bila buka tudung je rambut mesti buruk dan terpenyek. Ohh... kalau berpeluh kuat.. ewww busuknyer! sedih kan?


Balik rumah, tengok cermin, rasa tak seronok dengan rambut ni. Ada beberapa cara Nova dah buat untuk dapatkan rambut yang kelihatan cantik dan bermaya dan salah satunya adalah dengan menyikat rambut dengan kerap. Sikat rambut tu bukan sikat biasa tau. Sikat yang Nova gunakan ni, sikat yang khusus untuk mencantikkan volume rambut. Tapi... yang tak bestnya ia bersifat sementara dan rambut akan kelihatan terpenyek balik dalam beberapa jam. uwaa... sedih sedih...takkan sampai nak gunakan hair spray keras supaya ia kekal cantik kan? oh... tidak!  

Syampu Dove Volume & Nourishment 340 ml

Perapi Dove Volume & Nourishment 330 ml

Tapi itu dulu tau, sekarang tak lagi. Wah wah ... sejak ada Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment yang baru ni, rambut Nova berubah 360 darjah. Rambut yang terpenyek ni kembali sihat, kelihatan tebal dan bermaya sebaik sahaja selepas dicuci dengan syampu dan dibilas dengan perapi. Apa yang hebat sangat dengan rangkaian Dove Volume & Nourishment ni? ha.. semestinya kerana Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion di mana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusannya menyerap terus ke dalam rambut. Ia juga memberikan kelembapan, menjadikan rambut kelihatan lebih tebal dan bermaya sehingga 95% tanpa membuatkan rambut terasa berat. Teknologi Oxyfusion ini terdapat di dalam syampu dan perapinya. Wowo.. hebatkan?


Ha.. ni sebelah kanan perapi, sebelah kiri syampu. Lain warna kan? Satu jernih satu putih, memang senang takkkan confuse kalau tuang di tangan. So macam mana cara terbaik nak pakai syampu dan perapi ni? Jom kakak ajar.

Syampu : Gunakan pada rambut yang basah, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas.

Perapi : Gunakan pada rambut yang basah, fokus pada pertengahan hingga penghujung rambut dan bilas. Kalau boleh jangan bagi kena kulit rambut tau.



Selepas tu, apa yang husband Nova cakap pada Nova? "Sayang, rambut awak ni wangilah!", "Sayang, awak nampak lainlah", "Sayang, awak pakai hair dryer ke?" "Sayang, awak pergi setting rambut kat saloon ke?" wah wah... melampau kau ye bang. Mentang-mentang nampak saya dah tukar syampu, kemain dia menyakat. hahaha ikhlas kan bang? ikhlas kan? hahaha bagus syampu ni, mengintimkan hubungan suami isteri tau. hehe

Teman baikku dan penyelamat di bilik mandi :)

Ha.. jangan cakap kakak tak kongsi tips rambut sihat, kelihatan tebal dan bermaya tau. Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment yang baru ni, sangat memberikan kesan yang positif kepada keyakinan diri Nova untuk tambil cantik depan suami. Dah tu pulak, rambut berbau harum dan segar sepanjang masa. Memang puas hati dengan Syampu Dove yang baru ni. Jadi jika anda juga mempunyai rambut yang nipis dan tidak bermaya, penat mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan rambut yang cantik!.. berhentilah mencuba! Buat satu pipihan sahaja mulai hari ini. Pilih Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment dan semua yang anda mahu ada di dalamnya. Yey!

Nova, baby bum dan Syampu & Perapi Dove

Gembira, bertenaga dan ceria sepanjang masa dengan rambut baruku!

Ni terlebih ceria ni.... hehe

Rangkaian Dove Volume & Nourishment ini boleh didapati di seluruh negara pada harga RM15 (340ml) untuk Syampu dan RM15 (330ml) untuk Perapi. 

Jadi jeng jeng jeng... drum roll... masa yang ditunggu-tunggu! Untuk berkongsi kebahagian Nova dengan semua pembaca, Nova nak berikan hamper tajaan DOVE berharga RM 100.00 kepada 5 pemenang yang berjaya menjawab 2 soalan ini dengan betul. Jawab di ruangan komen di bawah ni ye. Selamat mencuba semua!

Tarikh kontest :  24 Oct 2015  Sabtu - 6 November 2015 (2 minggu) 


1. Berapa banyak jumlah tambahan (dalam %) yang akan anda alami selepas mencuci dengan Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment?

2.  Apakah perasaan anda jika anda mempunyai rambut yang lebih tebal dan bermaya?


  • Pemenang akan dipilih melalui cabutan nama di dalam balang. Klasik tak? Setiap nama peserta akan dimasukkan ke dalam balang dan Eiman akan pilih 5 pemenang. Aci tak? hehe.. dan.. Nova akan buat video Eiman pilih pemenang di Instagram Nova. So.. jangan lupa follow IG @nova.leeza ye.


Mudah kan? Jadi apa tunggu lagi, jawab dengan gembira jom! Dan ku tatapkan eiman sebagai sumber inspirasi korang nak jawab soalan no. 2 tu. hihi....


Untuk maklumat lanjut mengenai Dove  :

Laman Web:
www.dovehair.com.my

Facebook :
https://www.facebook.com/DoveMalaysia

Hihi.. sekian. Hingga berjumpa lagi.