Tuesday, 13 October 2015

Keadaan Mengandung Trimester Pertama Nova

Salam,
Minggu ni dah masuk 6 minggu kandungan Nova. Huh! Macam tak percaya je. Sekejap je masa berlalu. Untuk trimester pertama kali ini agak berbeza sedikit dengan kandungan yang pertama. Muntah-muntah tu belum ada lagi. Cuma terasa sikit je di anak tekak. Lepastu cepat-cepat makan asam. Settle. Terus lupa rasa nak muntah. hihi. Yang beza dengan eiman dulu, masa trimester pertama dulu Nova memang tak suka asam. Rasa loya je dengan asam. 

Test kit pertama dari klinik doktor. Its two lines bebeh!

Kalau rasa kuat nak baca aku bebel bolehla teruskan.. hihi good luck

Kemudian pagi-pagi  kat ofis mesti rasa nak tidur je..pastu curi-curi masa nap sekejap kat meja. Dapatlah setengah jam..Tu pun boleh lena sangat sampai keluar liuq basi. agagaaga mengantuk sangat wehh. Hadoi.. bila aku baca baby centre katanya sebab hormon progestron yang dirembes-rembes banyak dalam badan. oh... gitu ehh. Rasa dulu tak  camni je. Pastu minggu ni selsema je tak berhenti. Sakit dah batang hidungku ini. Nak makan ubat tak boleh, telan la Vitamin C dan Asid Folik hari-hari. Nasihat doktor pada aku haritu, makan madu dan lemon untuk cepat baikkan selsema. erm.. baik doktor.

Next, bab makan. Tak tahu nak makan apa. Rasa macam lapar. Selera nak makan ikan masin dengan lauk bendi. Tapi bila dah ambik makan sikit je. ehh.. pelik betul. Pastu rasa nak makan Pizza. Bila husband offer nak gi beli.. tetiba rasa nak mual pulak teringat pizza. hoho kenapakah? Sekejap kau nak sekejap kau tak nak? aku pun tak paham kekonfiusan apakah ini. haha.. last-last makan roti gardenia perasa jagung, itulah yang paling sedap . Nyam nyam.

Eiman pula sekarang ni mengada-ngada. Manja semacam, sikit tak kena nak nangis.. eii.. budak ni. Nasib baik comel. Kalau tak aku cubit-cubit pipi tu. hehe. Tapi seronok melihat telatah eiman yang macam-macam ragam tu. Kadang-kadang bila sembang dengan husband pasal perangai eiman tu, terkekek-kekek kami gelak. Memang nampak sangat nak perhatian sepenuhnya. eiman oh eiman.

Mengandung kali ini aku cuba akan enjoykan diri. Kenapa nak fikir sangat pasal kebolehan aku untuk tambah anak kan? Sakit tu sudah pasti. Kali ni aku rasa aku lebih kuat dan bersemangat dengan sokongan dari semua especially husband aku yang sangat rajin melayan kerenah aku. hihi. oh ni ha satu cerita .. haritu aku teringin nak makan aiskrim Jipangi Korea, ada di Avenue K. Aku beli yang dua perisa. aku baru makan sikit.. tengok husband sebelah, pandang semacam.. so bagi dia rasa sikit.. ehh.. dia makan bersungguh-sungguh sambil cakap sedapla sedapla. Nampak lebih di situ bang!. hahahaha Kalau ikutkan aku makan 1/3 je sudahnya, selebihnya dia yang makan. Rasa tak sampai hati pulak nak cakap.. "awak ni mengidam jugak ke apa? perut tu dah lagi besar dari saya ni" hahahaha... buat hal betul pi habiskan aiskrim kita.

Aku akan refer dengan doktor ortopedik dalam bulan 12 ni. Harap sampai ke tarikh itu aku boleh bertahan. Ya Allah mudahkanlah kandungan aku kali ini. Kalau ikutkan fobia tu memang masih ada. Tapi doktor pakar orto dah suggest, "awak cuba dulu mengandung. Kita tengok macam mana nanti". Erm..betul juga nasihat-nasihat yang doktor tu bagi memang sangat berguna. Merekalah yang berjaya menguatkan semangat aku.

Mengira hari mengira minggu.. itu lah kerja hakiki aku sekarang. Pastu sibuk je nak tengok macam-mana bentuk baby dalam perut ni.. aku selalau refer di http://www.babycenter.com/ Macam-macam ada. Nak kira tarikh ovulation, tarikh due date, panduan mengandung, nasihat pemakanan.. dari mengandung sampai anak besar semua ada. 

Ni ha.. baby 6 minggu hii hii..

Wah.. comelnyer. kikiki

ok, Nova nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar Nova dapat tambah sorang lagi zuriat. Alhamdulillah. ok tuje nak share, tata.

Sekian. Bye.