Monday, 19 October 2015

Makan Ikan Patin Tempoyak di Go'Bang Maju, Sri Rampai

Salam,
Holla, nak kongsi cerita makan. Beberapa minggu lepas, kakak ai lepak rumah ai.. petang tu dia dah siap-siap cakap malam ni nak makan ikan patin tempoyak dekat Sri Rampai, KL. Eh.. cam dekat dengan OUM je tu, tempat husband ai sambung study. erm.. bolehla tak jauh pun dari rumah. Kemain dia nak nak jugak makan kat situ mengidam nak makan sebab tengah hari tadi nampak Ikan Patin Masak Tempoyak ni masuk dekat TV3 Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). owh.. ok ok layan je.

Gambar dari Google Maps - Street View

Husband ai yang memang master jalan di sekitar situ, memang senang jelah sampainya. Rumah kedai dua tingkat paling hujung sekali. Papan Tanda Ikan Patin Tempoyak Gobang Maju. Tak susah pun nak cari. Gambar dekat atas ni memang cerah je sebab ambik dari Google Maps, masa aku pergi tu malam, tak cantikla gambarnya. Gelap je papan tanda ni.

Ini gambar dalam kedai.. kalau malam ada ikan patin tempoyak dengan paih je.. 

Servis adalah layan diri, ambik nasi dekat kaunter, ambik lauk dan order air. Bawak sendiri ke meja. Aku memang suka layan diri ni sebab aku ni tak suka nunggu lama-lama especially air minuman.

ha.. malam tu dia bagitahu ada kepala ikan patin masak tempoyak je.. badan ke ekor ke takda. Takperla, kepala pun kepala la... besar jugak kepala ni.

Nah close up sikit.. nyam nyam

 sayur takda pulak malam tu.. takperla ikan patin pun ikan patin la. itupun dah sedap.

Buat mengganti sayur.. ehehe jeruk petai. Suka pulak aku malam tu makan petai..

Kakak aku order paih ikan patin.. paih kan nama dia? Macam panggang lembab camtu.. auuummm yang ni sedap. Isi banyak.. lembut je. Aku yang bukan penggemar ikan patin pun suka sangat.. isi lembut, sedap! 

 Nyammm!!!

Lepas makan nasi, kita makan tapai pulak

Masa ni aku tak tahupun aku pregnant, so aku tibai jela sebungkus dua.Nasib baik takda apa2...

Tu dia.. kakak dan adiknya. Malas nak tayang muka awal-awal takut korang hilang selera makan. hahaha.. tudung pun recycle hok tu je. Memang aku ni pemalas nak mati, mana ada je aku sebat. Tula, bila semangat nak cecantik tu kurang gini lah jadinya. hehe  

Nah last photo.. hilang selera makan ke rasa nak makan membuak2 tengok laki aku ni? hahaha...comel dia ni comel.. haha jangan muntah ijo.

Okla.. ni ha alamat. Aku malas nak taip aku copy dari Google jugak. hahaha

Total semua makan around RM 50++. Bagi aku ikan patin masak tempoyak dia sedap. Paih pun sedap. Nak kena repeat balik, tunggu ngidam ni datang. agaga... okla. Sehingga berjumpa lagi. Sekian.

Singgah le lagi ye.