Thursday, 1 October 2015

Makan SeaFood di Restoran Terapung Bagan Lalang, Sepang

Salam,
Beberapa minggu lepas Nova dan husband ke Bagan Lalang, Sepang. Kami pergi petang Ahad lebih kurang pukul 2 petang. Tak jauh pun Bagan Lalang ni dari KL, drive dalam 1 jam setengah je. Kalau tanya ada apa di Bagan Lalang? Di sini ada pantai, ada Avani Sepang, ada makanan laut. Yeah!! Makanan laut tu best tu. Memang nak singgah pun makan di sini. Diorang cakap best makan sini, ikan segar dan masak sedap. Iye ker??

Lepas jalan-jalan petang tu di Avani, perut pun lapar. Jom makan! Yey! Kami dah sampai di sini, nama restoran ini adalah Restoran Terapung HM Sri Bagan, Bagan Lalang. Kalau guna waze memang boleh jumpa restoran HM ni. Dia agak ke dalam dan hujung pantai. Sebab tu dia terapung. Masa aku sampai tu, air tak berapa nak pasang so restoran ni tak terapung sangat la kan. hihi tapi itu semua tak penting.. yang penting kita makan sedap. hehehe 


Mula-mula kena pergi bahagian dapur dia dulu, pilih ikan, ketam, lala, udang semua lah dan bagitahu nak masak apa setiap jenis lauk yang kita pilih tu. Tak jauh pun dapurnya. Yang penting semua ikan-ikan dan udang sotong semua nampak segar fresh dan sedap. Sorry lupa lak nak ambik gambar ikan-ikan yang belum di masak tu.


Selepas order air dan tambahan lauk seperti kangkung masak belacan, kami dihidangkan dengan makanan kudapan iaitu kerepek ubi pedas. Oo.. best jugak boleh kunyah-kunyah sementara tunggu lauk pauk yang di pesan siap di masak.


Taraa... sampai dah.. lala masak pedas. Kejap je, tak lama mana pun.

Aku suka lala masak pedas ni, rasa pedas cukup tak terlebih, ada sikit masam dan manis. Husband aku cakap tak berapa sedap sangat pulak. Ok. lain lidah lain cita rasanya.

kangkung goreng belacan.. erm, tak berapa makan sangat sebab kenyang makan sea food. Yang ni minta saiz kecik, yang datang pinggan besar jugak. Erm.. bagus bagus!

Ketam masak telur masin feveret husband ai. Dia kata yang ni sedap. Nova pun suka ketam ni isi manis sedap dan gebu. Ketam baru naik dari laut ni.

Ikan kerapu masak masam manis. Ikan dimasak rangup memang sedap boleh ratah sampai kepala dan isi pipi. Eiman pun boleh makan ikan ni sebab masak masam manis memang tak pedas pun.

Ni pun feveret husband ai, Udang masak butter. Erm.. bolehla. Rupa macam kurang sikit tapi rasa not bad. Ai tak makan udang takut alergik lagi bengkak bibir kang. Rasa sikit2 pun tak berani. So semua udang-udang yang bertebaran ni, semua husband ai bedal. Takper dd, saya suka husband comel. hahaha (jangan muntah please)


Dan terakhir sotong goreng tepung. Memang tak hado yang lain, sotong masak gini paling sedap. Sotong lembut, digoreng rangup.. ahh.. terliur!!

tudia, Restoran Terapung HM Sri Bagan, Bagan Lalang, Sepang.

Yey!! Seronok makan. Perut kenyang hati senang. Best!Sama tak senyuman kami?

Dekat depan restoran ni ada pulak pasar ikan. Malam-malam pun buka lagi. Yey best!

lalu .. rugi la kalau tak shopping ikan sekor dua. Aku beli siakap 1, kerapu 2.

Nah.. pasar ikan segar tempatan. harga boleh tahan.

esoknya sambung lagi makan seafood. Nova masak kerapu masak stim

Lusa, siakap masak tiga rasa. Husband ai cakap sedap hingga menjilat jari. Pandai ye awak ambik hati isteri. Ok. Nanti ai masak lagi ye.

Ok. Dah habis cerita dah. Best tak? ahh.. best kan, jalan-jalan dan makan-makan di Bagan Lalang pun ok jugak sebenarnya. Tak jauh dari KL dan tak perlu bermalam di hotel. Jimat pun jimat. Yang penting anak dan isteri happy. kan kan.. 

Terima kasih kerana sudi singgah. Singgah la lagi ye.

Sekian.

N.L