Thursday, 8 October 2015

Makanan Arab Di Masak Chef Dari Gaza, Palestin di Restoran Al-Aqsa, Ampang

Salam,
Holla semua. Beberapa minggu lepas Nova ada berkunjung ke Restoran Al-Aqsa di Taman Nirwana, Ampang. Nova pergi dengan Husband and Kak Byha masa lunch time. Ini kali ketiga ke keempat dah Nova makan di sini. Disebabkan harga yang berpatutan dan makanan yang disediakan sedap lazat, Nova haruslah memperkenalkannya kepada kawan-kawan kan. Sebelah Restoran Al-Aqsa ini adalah Restoran Menate Steak hub cawangan Ampang. 


Kedainya biasa je tak fancy sangat dengan hiasan-hiasan arab. Biasa je, yang pentingnya pekerja di sini ramah tamah dan sentiasa greet pengunjung dengan baik.

Yang menarik berkenaan Restoran ini adalah, tukang masak/ Chef nya berasal dari Gaza, Palestin. Pekerja-pekerja lain pun dari Palestin di daerah lain. Masa Nova tanya mereka asal mana, bersungguh-sungguh mereka perkenalkan diri dan negara asal. Semua nampak gembira menyebut Palestin. Bumi Bertuah Palestin. Bila Nova dapat tahu mereka ni semua dari sana, tersentuh hati tau. Terkenangkan anak-anak Gaza di sana. Kepedihan, kepayahan dan keperitan mereka di sana. Sejak itulah Nova singgah selalu di sini kalau teringin nak makan Nasi Arab. Memang Nama Restoran Al-Aqsa ini diambil sempena masjid Al-Aqsa di Palestin.  Nak tengok apa yang kami makan? Jejoms...

Untuk harini Nova dan Kak Byha ambil package Mandi Lamb + Drink. Airnya sedap, kordial oren. Tak masam sangat tak manis sangat. Ada rasa macam soda sikit.

husband pula order Watermelon Juice RM 5.00 

Eh.. Kak Byha dan Nova

Ini makanan yang husband Nova order iaitu Makluba Lamb. Actually nasi dengan kambing ni boleh makan berdua tau. Portion dia besar dan banyak.

Bila dihidangkan atas meja dengan periuk tu sekali, nak makan bukakla periuk tu. Rasa special sikit

Ada macam-macam dalam tu seperti kambing, terung dan kacang 

Erm.. besarkan portionnya. Harganya cuma RM 18.oo sahaja :) wee murah kan?

Ni ha Mandi Lamb Nova dan Kak Byha. Nasi yang dihidangkan tak pernah mengecewakan anak tekak Nova setakat 3-4 kali makan ni. Memang cukup ramuannya. Kambing lembut dan memang enak lah.

Isi kambing, lembut je. Aduh.. sedapnya! Oh ya, set Mandi Lamb dan Drink adalah RM 14.00 sahaja

Dah sampai makanan kami. Jamu selera dulu ye. 

Diantara menu yang ada yang sempat Nova rakamkan.

Alhamdulillah. Memang sedap. Kak Byha pun cakap sedap. Kami makan kenyang sangat dan pulang dengan gembira. Oh ya, yang bestnya, masa kami makan, dia akan datang dan tanya "How is our food? is  it ok?".. dengan senyum gembira dan ramahnya.. Off course la ok kan. Kalau tak, takkanla laki aku asik ngidam nasi arab je kan... Husband aku punya ferever adalah nasi madghout. Tiap kali datang sini mesti nak madghout tu. Nova cam kurang berkenan sangat sebab nasi dia rasa macam banyak rempah. huhu 

So kalau korang rasa nak datang boleh ke alamat ini ye.
Restoran Al-Aqsa,
B2-2-G, Ground Floor,
City Garden Commercial Centre,
Jalan Nirwana 38,
Taman Nirwana Ampang.

Seronok kan, bila kita dapat membantu saudara seIslam. Semoga Palestin Bebas suatu hari nanti. Amin.