Friday, 2 October 2015

Pelihara Kesihatan Anak Dengan Nano Biogenie & Metabolites

Salam,
Sebagai seorang ibu, faktor kesihatan anak merupakan kepentingan utama. Ini kerana kanak-kanak pada masa kini terdedah kepada pelbagai ancaman yang tidak sihat seperti persekitaran yang tercemar especially jerebu, bahan pengawet makanan, hormon pertumbuhan pada haiwan ternakan, racun perosak, dioksin dan antibiotik yang berlebihan diturunkan secara genetik dari si ibu. Ya, antibiotik boleh diturunkan secara genetik ye.
   
Off course lah Nova juga sentiasa risau kepada keadaan kesihatan Eiman dan kadang-kadang tu rasa fobia juga sebab pengalaman eiman masuk hospital semasa berumur satu tahun. Punca eiman masuk hospital adalah bronchitis atau jangkitan kuman dalam paru-paru. Ibu mana tak sedih kan?

Sebagai seorang yang sangat menitik beratkan kesihatan anak, Nova akan pastikan eiman sentiasa mencuci tangan sebelum makan, pakai pakaian yang bersih, makan makanan yang sihat, pengambilan supplemen untuk meningkatkan imunisasi badan dan macam-macam lagi. Ia bertujuan untuk mengurangkan jangkitan kuman, bakteria dan virus yang ada di luar sana. Tambah-tambah waktu jerebu kuat macam ni, memang kami banyak habiskan masa duduk di rumah je la. Sebab apa? Sebab Nova tahu eiman masih kecik dan imunasasi badannya masih belum cukup kuat untuk melawan segala jenis penyakit berjangkit.

Kefobiaan ini telah membawa Nova kepada pertemuan bersama seorang wakil produk kesihatan bayi dari Jepun. Lalu, Nova diperkenalkan dengan Nano Biogenie & Metabolites. Produk ini dibuat, dikilang dan diimport dari Jepun. Produk ini juga telah diuji secara klinikal di Jepun dan telah bertapak di sana selama lebih 60 tahun. Wah! Lama betul tu. 

Meh nak kongsi sikit pengetahuan. Actually, bagi seorang kanak-kanak, mereka perlu mengambil jumlah probiotik (bakteria baik) yang mencukupi setiap hari. probiotik akan menghasilkan bahan yang dipanggil metabolit. Metabolit daripada bakteria baik itulah sebenarnya yang penting untuk meningkatkan keupayaan sistem imun manusia supaya lebih berkesan especially untuk kanak-kanak. Ya metabolit berfungsi meningkatkan sistem imun badan secara terus, cepat dan lebih efektif. 

Tahniah kepada Nano Jepun kerana telah berjaya mencipta teknologi canggih (di Jepun) yang dapat mengekstrak atau mengeluarkan metabolit ini dari probiotik (bakteria baik) lalu menghasilkan metabolit yang lebih baik. Nano Biogenie & Metabolites ini dihasilkan daripada 35 jalinan dari 16 spesis bakteria baik yang dipilih. ha.. nampak tak? Metabolit ini yang diperlukan untuk meningkatkan imunisasi badan kanak-kanak tau. 


Manfaat yang terbukti berdasarkan kajian perubatan dan klinikal Jepun:
  • Diuji dan terbukti secara klinikal di Jepun selama 60 tahun
  • TIDAK akan menyebabkan kebergantungan kepada produk, alahan dan kesan sampingan
  • 100 hari diperlukan untuk mengekstrak dan mengkultur bakteria baik ini
  • Pada tahun 1950, metabolit yang sama digunakan untuk memperbaiki kesihatan kanak-kanak untuk melawan kesan kerosakan sinaran nuklear dan virus peperangan biologi yang digunakan oleh Amerika di Jepun
Eiman tersenyum memegang Nano Biogenie & Metabolites


Inilah botol Nano Biogenie & Metabolites (30ml) 

Bekas sangat comel dan kawaii!

Fakta Tambahan :
Saiz hidangan: 1ml (Kanak-kanak); 3-5ml (Adult)
Hidangan Per botol: 15 - 30 ml

Kandungan :

Cara pengambilan:
Tambahkan dos yang diperlukan dalam minuman.
Untuk kanak-kanak 2-6 tahun, 10 titik (0.5ml) sehari
Untuk kanak-kanak 7-12 tahun 2 titik (1ml) sehari
Bagi orang dewasa, 6 titik (3ml) setiap hari bagi mengekalkan kesihatan umum. 
Gandakan dos jika terdapat keperluan intensif.

Untuk eiman, Nova letakkan 5 titik pagi dan 5 titik malam di dalam air minumannya. Nampaknya eiman suka, rasa buah tropika je. Kalau letak dalam air berperisa tak rasa pun ada campuran Nano Biogenie & Metabolites. Sejak amalkan suplemen yang kosnya rendah seperti ini, kerisauan di hati ini juga berkurangan. Semoga eiman kekal ceria dan kuat!


Seronok rasanya apabila berpeluang mencuba produk yang baik seperti Nano Biogenie & Metabolites ni. Sebagai seorang ibu yang sayangkan anak, kita tidak mampu untuk mengubah persekitaran hidup ini pada hari ini, tetapi sebagai ibu, kita mampu untuk melindungi kesihatan anak dengan menguatkan imunisasinya. Pencegahan lebih baik dari merawat. Jadi ambillah langkah yang betul dan berikan yang terbaik untuk anak anda, kerana itu adalah hak mereka. ermm...


Terima kasih kerana sudi singgah. Singgah lagi ye.

Sekian.

Nova Leeza.