Tuesday, 20 October 2015

Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi

Salam,
Holla semua, harini Nova nak mulakan kisah-kisah percutianku bersama keluarga di Pulau Langkawi. Yey!! Ini kali pertama Nova bawa mak ke Langkawi, so percutian kali ini perlu di rancang secara teratur dan masa perlu digunakan sebaik mungkin. Tak boleh nak buat terkejut-terkejut macam selalu sebab kena naik flight kan. Sejak kejadian Malaysian flight terhempas tahun lalu, mak selalu cakap dia takut nak naik flight. Tapi dengan alasan "Sekejap je mak Langkawi tu bukan jauh mana, nak tidur pun tak sempat mak".. lalu mak pun turutkan juga. hehehehe mak memang selalu pasrah dengan anak dia ni. haha 

Cuaca baik tengah hari tu, walalupun nampak sedikit mendung. Oh, i pergi ni bulan 8 so takda jerebu-jerebu ni lagi.

Sentiasa berdoa agar eiman berkelakuan baik di dalam flight... hehe masa mula dalam flight tu mengamuk sakan jugak eiman. Penat nak tidur agaknya sebab bangun awal. Lepas mengamuk tu terus tido, lagipun dia takut bunyi enjin kapal terbang yg kuat tu, dia tutup telinga dari mula enjin berbunyi sampai tidur. 

Kesian anak aku ni. 

Kitorang ambik satu row.. so yang sebelah lagi mak, pika dan yong. hehe Ni first time pika naik kapal terbang, memang excited sangat dia.

Dalam masa lebih kurang satu jam, kami pun tiba di airport Langkawi. Huh! Best giler! Bila dapat bercuti memang happy sangat2 especially pergi dengan keluarga kan. hehe. Sebelum sampai, Nova dah siap-siap booking homestay dengan kereta, so sampai je aiport kakak tu datang ambik kami dan hantar ke rumah. Homestay tu memang best, boleh muat sampai 15 orang kot.. haha ada 3 bilik yang lengkap dengan katil. Tilam Toto pun ada. Memandangkan kami ni 6 orang je, 2 bilik jela pakai. Satu lagi buat bilik solat. hehe Kami rehat-rehat mandi jap, kemudian bersiap untuk keluar makan malam. yey!

Semestinya makan di restoran favourite ai Restoran Wan Thai Langkawi.

 Kami ambik meja bulat, orang tak berapa ramai sebab bukan cuti sekolah, ai is happy.

Nah, nasi pun comel je.

Sup sayur untuk Eiman

Sotong goreng tepung

Siakap Masam Manis.. budak-budak boleh makan, tak pedas.

Ohh... this ai loike.. tomyam seafood! Pekat memang kaw kaw!

hehe telur dadar.. gambar goyang, tangan menggigil perut dah lapor

Kerabu pelam eh kerabu mangga nyam nyam ni memang pembuka selera ai. 

Ayam masak pandan.... untuk pika

Budak-budak bergembira walaupun penat jet lag.. haha jet lag la sangat kan..

Peace daddy tu macam nak korek lubang hidung orang.. hihi

Pose tangan letak kat pipi.. haha kebetulan.. letih menunggu makanan ke apa ni?

Mummy dan eiman peace 10 nyer...
  
Ho yeah... kami balik dengan perut kenyang hati senang. Ehh bukan terus balik tau. Singgah dulu Haji Ismail Group yang besar tu. kah kah hari pertama dah shopping. Tak tahan tengok cekelat banyak-banyak rambang mata nak itu ini. Ok.. itu sahajalah sharing ai Day 1 di Langkawi. Oh ya total makan dalam RM 150 ++. Okla kan untuk 4 dewasa 2 kanak-kanak.

Artikel lama Search di kotak search blog ini : Restoran Wan Thai Langkawi <-- please abaikan badan ai yang gemuk di sini. Baru lepas bersalin ni.

Ok. Sekian. Sehingga berjumpa lagi.

Untuk Membaca Semua Artikel Langkawi Trip Post Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k: 
Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!
Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah
Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park
Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi