Wednesday, 7 October 2015

Selamat Hari Jadi ke 5 Tahun Jojo Si Anggora

Salam,
Holla semua.. pada bulan Jun 2011 (terima kasih blog sebab menyimpan semua kenangan) Nova telah menerima seekor arnab Anggora yang berwarn putih. Masa tu umur dia dalam 7 bulan, keadaan sangat kasihan, kecut, selekeh dan busuk. Tuan dia tak nak dia, jadi aku menerima dengan rasa gembira dan seronok. Thank you dutt sebab dapatkan arnab ni untuk aku. Mulai saat itu, aku mandikan dia, aku basuh dan sikat bulu dia selalu. Sehinggalah bertukar menjadi anggora yang ceria. Aku panggil dia JOJO.


Masa mula-mula sampai.. comot je

Teringat masa dulu, masa Nova sedih selalu sembang dengan Jojo sambil peluk gomol-gomol dia. Dia pun buat lek je macam paham kan. Memang comel dia ni. Setia dan manja. erm.. touching lak.. Aku bela arnab ni dengan penuh kasih dan sayang yang melimpah ruah.

Sehinggalah aku mengandungkan eiman. Aku terpaksa lepaskan dia untuk dijaga oleh mak di kampung. Doktor kata, haiwan ni ada sejenis kuman yang bahaya untuk ibu mengandung. Sejak itu, Jojo secara rasminya tinggal di kampung. Lebih mudah rasanya sebab mak boleh tengokkan selalu. Aku pun sibuk dengan anak kecik je masatu. Kesian Jojo kurang kasih sayang dah.

Si comel Jojo

Tapi setiap bulan aku akan balik kampung dan bersihkan Jojo. Husband aku yang merangkap doktor Veterinar lah yang potong gigi Jojo ni selalu. Tak perlu dah ke klinik haiwan. Alhamdulilah jimat duit mak. Kalau tak, setiap 3 bulan kena pergi Vet potong gigi, kos pula dalam RM 200++. erm.. hehe. mahalnyer! Pengalaman paling best bila bawak Jojo masuk Klinik Vet, letak Jojo atas meja, mana yang ada dekat situ mesti terkejut beruk mahupun lari sebab ingat Jojo anjing. hahaha... lawak..

Gigi panjang tu, nak kena potong

hehe.. kalau angkat dan peluk dia masa bulu lebat memang comel!

Erm.. kesian Jojo. Sampai harini saya tak bagi dia kawin lagi. Kadang-kadang je bermain dengan arnab jiran belakang rumah. Ok lepas ni mummy belikan girlfriend untuk Jojo ye. Jojo dah tua dah.. tapi masih setia dengan Mummy. Thank you Jojo. 

Minggu lepas belikan sangkar baru untuk Jojo, belikan makanan mahal sikit dan pemegang botol air yang baru. Jojo ni memang cerewet sikit macam tuan dia. Kalau ada yang dia tak puas hati kang dia mengamukla dalam sangkar. Tapi jarang je dia mengamuk. Selalunya dia happy. Sebab tu umur dia panjang kan. hehe.. aku pun tak sangka boleh lama si Jojo ni hidup.

Jojo kena potong rambut sebab selalu melekat dekat sangkar. Selalunya dia pasrah je.

Selamat Hari Jadi Jojo ke 5 tahun. Semoga Jojo panjang umur sampai 12 tahun.. ehh.. arnab hidup berapa tahun ye?

I love you Jojo. Ni entry masa mula-mula dapat JoJo --> ARNAB PELIHARAAN SAYA!!

Nanti lepasni ai cerita pasal satu lagi pet yang ai bela dari kecik tapak tangan sampai dah takut dah nak pegang. hehehe.. Stay Tune! Nova memang pencinta haiwan dan nampaknya eiman pun mengikut ai. Pantang tengok binatang... excited semacam.

Sekian.

N.L