Wednesday, 18 November 2015

18 haribulan 11 Dua Ribu 15

Salam,
haha.. kasi pening sikit dengan tajuk tu.. kah kah. Dah hujung tahun sangat dah.. lagi sebulan lebih je masuk tahun baru. Maka entry azam tahun depan pun akan berkumandang di udara.. haha apakah? Selain dari azam tu ada tak benda lain nak cerita. Sebab aku punya azam tahun lepas, tahun lepas punya tahun lepas punya tahun lepas pun tak habis buat. So, buat jela mana-mana azam yang belum terbuat lagi je. lol loser giler bab azam sebab azam aku semua tip top seperti nak melancong ke bulan, nak petik bintang di malam hari dan menari dengan unta di padang pasir. lol lol 

Yang pastinya baby ai nanti sebaya dengan anak Dato' Ct. kah kah bulan sama pulak tu, Jun.. wah! .. dulu Eiman sama dengan anak Fasha Sandha.. wah wah.. tak dapat jadi retis pun, harijadi anak sama dengan anak retis pun jadilah. lalalalalala.. Wow! Great Job Dad! Tepuk bahu laki. kah kah kah!


Dulu masa muda, adala berasa hati nak jugak menceburi bidang-bidang glamour ni. Nak jadi artis rakaman ke, pelakon ke, pelakon tambahan pun jadila kan.. ntahla masa tu bodoh lagi, rasa dunia glemer ni best giler. Kalau dapat jadi pelakon slot akasia lagi tip top! Haha.. tak sedar diri takde apa bakat pun, suara pun cam huhuhu je.. dah tu tak tahu macam mana nak mula. Bukan ada sepupu sepapat pak menakan mak menakan artis. Mak pak aku pun lagi lah jauh sangat nak dekat dengan dunia hiburan ni. Arwah ayah aku bidang kesihatan sama la dengan mak aku tu. Dua-dua gomen. Sampai tang aku pun mak aku suh aku apply masuk gomen. Ehh buruk pulak panggil gomen-gomen ni. Ok, kerja kerajaan. Aku masuk kerja kerajaan ni awal jugak, lepas habis degree, kerja kejap swasta 3 bulan, pastu terus servis untuk sektor badan berkanun, then dapat masuk kerajaan. Best tak kerja kerjaan? erm....

Tak yah tanya la seronok ke tak? sebab aku memang enjoy je buat apa-apa pun. Bagilah aku buat apa-apa pun, nanti aku akan cuba buat diri aku enjoy bekerja. Kan kan.. ni sambil-sambil ni pun, malam2 aku boleh buat blog dan enjoy sekupang dua income blog buat duit minum kopi. kah kah. Bak kata omputih, 


Haha.. Selain menjadi glamour aku juga pernah bercita-cita nak jadi Pramugari. Bila berjalan sebelah pilot tarik beg nampak glemer weh... macam dalam drama-drama melayu tu Wah wah banyak cantik kau? cewah... lepas habis belajar aku ada juga minta tolong abang aku submitkan resume aku kat Bos dia. Abang aku ni kerja dengan Air Asia. Walaweh! Abang aku cakap "Dik, tak payahlah jadi pramugari ni, bukannya glamour pun. Tak best pun tahu tak? Dalam kapal terbang tu adik kena cuci jamban tau!" .. ermm.. jangan harap la abang aku nak tolong. Tanpa sokongan sesiapa..maka tamatlah segala cita-cita aku di dalam bidang glamor. hahahha..<-gila kan. Tapi, bila pikir balik dah tua ni, memang aku bersyukur dengan jalan yang Allah dah bagi kat aku. Dengan kerja sekarang la aku dapat bantu suami untuk besarkan anak dan meriahkan keluarga dengan kasih sayang. haha nak meriah dengan duit pun tah berapa sen sangat kan. hihih.

Aku gembira dengan laki ku yang seketul ni, dan anak yang suka menghuru-harakan keadaan, dan juga yang nampak suka menendang-nendang semasa scan perut ni haritu. Harap ko behave siikitla dik. Mak pengsan kalau dua-dua sama pangai dahtu mulut cam abang kau pot pet pot pet. hahaha.

Ya memang aktif anak si Eiman tu, nak bawak pergi kenduri sorang-sorang tanpa laki memang tak la.. Aku rela makan maggi kat rumah, takpun masak nasi ikan goreng je. Kang buat dia berlari tarik pelamin orang sampai rebah tersungkur camana..takpun dia yang buat konsert kat kenduri orang kan. hahaha

Tak caya dia pot pet pot pet?







  


hahaha...

Sekian.