Monday, 2 November 2015

Cepatlah Baik Sakit Daddy & Eiman Ye

Salam,
Huh.. nak tarik nafas dulu. Penatnya lahai harini. Tidur tak cukup ni semalam sebab husband demam panas menggigil-gigil. Eiman pun tak sihat lagi ni. Muntah-muntah tu dah kurang tapi semalam muntah juga sekali sebelum tidur. Habis basah cadar segala.. tapi nasib baik dia dah pandai, tak nangis masa muntah. Dah siap2 cakap kat eiman.. "Its ok baby.. muntah tak pe.. its ok, nanti kita tukar baju je".. so setiap kali lepas muntah dia akan relax je bukak baju seluar masuk dalam bilik air cuci badan. 

Gambar Sabtu lepas. baru nak baik.. dah ada selera makan koko kwunch.
(tq auntie  byha bg eiman koko kwunch)
Tapi baru jap tadi mak call katanya eiman cirit-birit balik. erm.. risaunya hati aku ni.

Husband ai pulak malam tadi tiba-tiba dia kata rasa sebu perut sampai tangkap kepala. Berdenyut kepala katanya. Mula-mula aku gelak-gelak je cakap dia terkena sickness mengandung aku ni.. dah sampai malam makin teruk pulak. Berapa kali pergi bilik air pun tak dapat muntah. Tak reti nak muntah katanya. huhuhu macam tu pun ada ke? Kalau aku nak muntah, pergi bilik air bayang geli2 habis keluar isi perut.. senang. Maybe dia tak biasa sakit2 pening ni jadi rasa teruk sangat agaknya. Malam pula sejuk katanya sampai menggigil-gigil. Kesian. Selimut dah tebal.. tapi sejuk sampai ke tulang katanya.

Pukul 4.48 pagi aku dah terjaga, bakar roti sapu nutella dengan bancuh Milo, gerak husband bangun makan dan bagi makan ubat. Lepas subuh dah susah nak tido.. Bangun pagi siap2kan anak dan barang-barang dia nak hantar ke pengasuh. Selalunya husband aku yang siapkan itu ini, harini bila kena buat semua termasuk aku pun nak bersiap kerja jadi kelam kabut sikit. Kesiankan husband, aku volunteer drive dari Setiawangsa ke Pandan. Hantar anak ke pengasuh. Kata pengasuh eiman, anak dia pun dah kena cirit-birit. Kesian pulak.. berjangkit ke?

Lepas hantar anak aku terus drive ke klinik, husband pejam mata kat sebelah, dah tak larat katanya. Rasa macam tulang kena patah-patah.. ehh.. lebih pulak. Sikit je tu, mengada je lebih. haha lepas jumpa doktor aku tapau roti untuk dia dan terus hantar dia balik rumah. Sampai je opis aku dah rasa tercungap-cungap. Hormon mengandung ni memang cepat letih. lagi sejam nak kena balik rumah nak masak bubur pulak untuk husband. Tak ada selera nak makan katanya. huhu layankan jela.

Sampai rumah pukul 1 petang terus selinsing tangan masak kat dapur. Nak masak bubur nasi, ikan bilis goreng belacan cili api dengan telur masin. Erm.. jam 2 petang selesai aku berperang kat dapur. Husband pun bangun tidur dengan perut laparnya... habis licin.. laju je makan. Selera pulak dia makan macam tu. "Sedap la syg masak, selera abang makan" katanya. hehehe cepat baik ye bang. 

Licin semangkuk.