Tuesday, 24 November 2015

Jangan Sebut Ayah Lagi! Aku mencikkkkkkk!

Salam,
Holla, pergh penat giler badan ni semalam satu hari duduk di Hospital Selayang. Aku teman mak jumpa Pakar Hepatologi, appointment mak setiap 6 bulan. Pagi-pagi pergi buat Ultrasound pastu Pukul 10 lebih pergi ambik darah pulak. Settle semua dalam pukul 12 tengah hari. Dalam 12.30 camtu mak ajak pergi melawat jiran yang masuk di Hospital Selayang. Dalam 12.25 tengah hari camtu, guard dah bagi masuk. Naik ke tingkat 9 wad 9B. Dah hampir 2 bulan makcik jiran ni masuk wad. Mak kata keadaan makcik ni semakin baik dah. Alhamdulillah. Aku tengok pun dia kuat dah dan boleh sembang-sembang macam biasa. 

Please abaikan muka yang semakin membulat itu... hahahaha!

Pukul 1 petang kami turun ke kafe, makan laju-laju jugaklah sebab nak kejar nombor pukul 1.30 petang. Appointment mak pukul 2 petang, tapi kena awal sebab nak dapat nombor awalkan. Tahu jela hospital kerajaan ni memang ramai pesakit yang datang dari segenap negeri. Giliran mak dalam pukul 3 lebih macam tu, aku masuk temankan mak sebab nak tahu details perkembangan mak macam mana. Setakat ni darah mak ok, perkembangannya ok tapi kena jaga makan, makan ubat dan keep up appointment dengan doktor la. Ultrasound tu penting katanya takut kalau ada apa2 kelainan pada hati mak. 

Aku pernah cerita tak pasal sakit mak? Erm.. cam tak ingat plak. Nanti aku check balik entry lama. Memang kes mak ni jarang2 berlaku. Masa tu mak aku cepat buat checkup dan terus refer pakar, mak aku dapat treatment awal jugak la. Sekarang ni kami berjaga-jaga je takut juga kalau datang balik serangan nya. 

So.. memang penat giler aku nak muntah aku duduk sepital seharian. Dah lama jugak aku tak menunggu terpacak macam tu. Dari pagi sampai petang. Malam tu, bila dah penat sangat mula rasa nak mengamuk je kan itu ini tak kena. Husband aku memang dah paham sangat kalau aku penat sangat memang boleh tidur mengamuk. haha.. macam budak kecik katanya.

Kira kuat jugak aku ni hadap seharian termanggu di kerusi hospital dalam menahan pening-pening lalat 1st trimester ni. Alhamdulillah, dapat stay jugak sampai selesai. 

Huh.. penat tak hilang lagi ni.. tapi ada satu benda yang aku tak puas hati dengan laki aku ni.. Kejadian semalam, masa ni kami baru lepas balik minum pagi di selayang..

Aku : Abang, baby baru ni sayang nak dia panggil u apa? daddy jugak ke?
Husband : Daddy la, eiman kan panggil daddy
Aku : Kenapa u  nak pakai nama daddy ye?
Husband : ehh! I ikut u lah.. u kan nak anak kita panggil u mummy. I mestila kena ikut daddy..
Aku : Erm.. kalau tak daddy, u nak anak panggil u apa? Abah ke? bapak ke?
Husband : Kalau ikutkan i nak anak panggil i ayah.
Aku : Ayah? Ayah? Serius ayah? Napa ayah? Napa?
Husband : Senang nanti dia nak nyanyi lagu..
Aku : Nyanyi Lagu? Lagu apa dia nak nyanyi..(dalam kepala otak aku terpikir lagu nasyid la camtu)
Husband : Lagu apa? Lagu... "Ayah ku kahwin lagi!... Ayah ku kahwin lagi!....Ayah ku kahwin lagi! " sambil henjut2 bahu!

Kuang ajaq!!!!

Kedepak! hambik ni.. apa? kahwin lagi? nak ni hambik hambik..

Husband : Eh tak sayang ... tak tak... adui adui...

Ha.... ni makanan dia!!! ni makanan dia!!!

Sekian!