Wednesday, 4 November 2015

Kafe Fikcles Adalah Kafe Terbaik di TTDI, KL

Salam,
Holla semua.. harini Nova nak kongsi tempat makan sedap terbaik kedebaboom di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Kalau yang mengkuti Nova di Instagram, mesti dah tengok banyak gambar Nova dah upload sepanjang Nova bersuka ria menikmati makanan yang enak-enak lazat-lazat di situ. Gambar makanan memang Nova tak share sangat di IG sebab Nova nak simpan untuk tatapan uolls Blog. Ha... baru surprised gitew kan...jommm tengok makanan jom! 

Bagi yang tak pernah ke sini, Kafe Fickles ini ditubuhkan di atas usahasama beberapa orang rakan baik yang mempunyai cita-cita dan minat yang sama di dalam bidang penyediaan makanan. Mereka adalah anak Melayu muda yang mempunyai kemahiran yang tinggi, kreatif dan berdaya saing. Secara peribadinya Kafe Fickles telah menyediakan makanan yang enak, lazat dan hebat di mata Nova.

Baristas di Fikcles

Hiasan dalaman yang minimal, menarik dan cukup untuk melahirkan suasana santai

Santai kan?


Pop dan Hipster ok! Sempoii...

"Makan Sambil Berhibur" merupakan daya tarikan utama kafe ini. Pada setiap hari Selasa dan Ahad, anda akan dihiburkan dengan kugiran kampung yang diketuai oleh Sham Kamikaze dan rakan-rakannya. Kugiran kampung ini mengambil masa diantara satu jam hingga satu jam setengah dengan penyanyi yang berbakat yang akan mendendangkan pelbagai genre muzik yang enak didengar. Dan..jika anda tidak pernah berjumpa dengan Sham Kamikaze, ambillah peluang ini untuk berselfie dengan beliau.  Oh ya, kalau nak tahu kugiran kampung ni perform pukul berapa kena check out dekat FB dan IG Fickles ya!


Sham Kamikaze dan rakan-rakan

Yup.. ni la Sham Kamikaze.. ermm serius ni.. tengah fokus main gitar

Selain dari Kugiran Kampung, Fikcles juga ada buat "ROCK NIGHT BAND" setiap bulan. Tarikh Rock Night Band ini akan disiarkan lebih kurang 2 minggu sebelum persembahan. Wah! Camana peminat Rock Band di luar sana? Teruja tak? hehe Best kan Best kan? Husband ai memang feveret lagu rock-rock ni, dah planning nak pergi lepas dia habis exam. Release stress exam katanya. So, coming Rock Night Band adalah pada 6 November ini dengan tema Rock 80's dan 90's. Huyooo! double best! Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah dari kumpulan rock Metallica, Guns n Roses, Nirvana, Scorpions dan lain-lain. wee.. nak pergi!!!

Coming Rock Night Band 6 November 2015 (9-11 malam ye)

Next, apa lagi kalau bukan cerita makan kan. Oh ya, sebagai informasi; Kafe Fikcles ada menyediakan promosi menu pilihan pada setiap bulan. Masa Nova pergi ni bulan Oktober, promosinya adalah Seafood Platter. Seafood Platter ni juga adalah menu baru tau. So, kalau nak tahu promosi apa yang ada pada setiap bulan, korang kena follow lah FB dan IG Fikcles ya!


Seafood Platter terdiri daripada ; Breaded flounder, salmon otak-otak, calamari fritti, oyster rockfeller, baked mussels or baked prawn
Harga RM 79.90

Seafood Platter.. wow wee! Banyak, besar dan sedap! Sepinggan ni boleh kongsi 3 ke 4 orang. Oyster rockfeller memang rock. Salmon otak-otak paling sedap dan ada rasa pedas-pedas sikit. Selera mak buyung makan.

Next, Mini Burger dengan patty yang comel ni nama dia Sliders. 

Sliders terdiri daripada Three mini - beef burgers with 100% beef patties, caramelized onion, mozarella cheese, beef bacon, lettuce and tomatoes. 
Harga  RM 21.90

Nampak kecik kan? Ai makan satu pun boleh kenyang dah tau! Memang patty daging ni padat dan sedap. Kentang cheese tu sumpah sedap. Memang selera selera sedap sedap.. lalala sedap! 

Next, yang bergulung nampak macam kebab ni actually adalah Salted Egg Squid. Salted Egg Squid ni memang sedap giler. Ayue Idris yang promote kitorang suruh cuba makan. Huh! sotong goreng tepung kan, memang feveret mak! sedap ni sedap ni sedap! 10 bintang!

Dalam Salted Egg Squid ini ada Deep-fried breaded squid with salted egg yolk wrapped in tortilla
Harga RM 19.90 <--berbaloi sebab sedap kot!

Next, owhh... ni kalau tak kenal ni memang susah la nak cakap. Pertama kali Nova datang sini, (sebelum ni datang dengan husband n kakak, yang ni kali kedua) Nova cuba Lontong Goreng pertama kali, memang Win terus terangkat. Mengandung kan, tak selera nak makan nasi tapi kena makan nasi sebab tak boleh perut lapar nanti masuk angin. Sekali kunyah.. tak pandang kiri kanan dah.. makan laju je sampai habis! haha..

Lontong Goreng ini adalah Stir-fried rice-cakes with in-house special paste, sunny side-up egg and papadom .. 'yes i love papadom'
Harga RM 13.90 <--murah kot! dahla sedap!

Lontong Goreng paling enak dalam dunia weh!

Next, aku tahu korang dah terliur-liur tahan lapor kan.. haha meh meh nak tunjuk lagi. Seterusnya adalah Oven Baked Lasagna. First time cuba lasagna ni. Sedap jugak. Suka jugak .. please la semua sedap okey! Apa yang tak sedap habaq mai! besar pastu tebal pastu kenyang giler.. tak muak makan sedap je setiap suapan. Terer la depa ni masak! Nora bagi 10 bintang! 

Dalam Oven Baked Lasagna ni ada Layered of bechamel, lasagna sheets and beef bolognese sauce
Harga RM 23.90

Next, Gamberi Aglio E Olio nama diberi. Yang ni kakak Nova yang order. Pedas cukup, rasa cukup, olive oil pun rasa, erm.. sedap! Siapa minat dan selera dengan makanan pedas make sure you cuba yang ni ok!

Gamberi Aglio E Olio ni ada Garlicky medium prawn with spicy Aglio e Olio pasta. 
Harga RM 20.90

Yang ni pula namanya Braised BBQ Short Ribs. Ribs-ribs ni feveret husband aku. Ayue yang order ribs ni, katanya isi short ribs ni sangat lembut dan dia siap tapau bawak balik lagi... erm memang sedap la tu. Datang lagi sekali nanti nak suruh husband order ni la..

Braised BBQ Short Ribs with sauteed vegetables and BBQ sauce
Harga RM 35.90

Menu best dan last Nova nak promote adalah Fikcles Club. Kalau datang petang-petang tu nak lepak santai-santai sambil bincang bisnes juta-juta boleh order ni. Memang senang makan, kenyang dahla sedap pulak tu ok? hehe :-D

Fikcles Club ini terdiri daripada Three - Tiered Fikcles Club with beef bacon, grilled chicken, egg with mesclun mix
Harga RM 22.90

Ehh.. makan je? Minum takda? hehe sabo-sabo, Nova order Watermelon Juice manakala Kakak order Virgin Pina Colada 
Virgin Pina Colada  Harga RM12.00 <--mesti cuba sebab bapak sedap!

Wah kenyang dan gembira semua tau! Onie siap buat Love lagi.. hehe sebab dah kenyang meh nak pantun 

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.  

Jadi bagi sesiapa yang teringin nak makan di sini dan menikmati makanan yang enak-enak ini Nova highly recommend korang untuk cuba menu Salted Egg Squid, Lontong Goreng, Spaghetti Marinara, Herbs Crusted Lamb Rack ataupun Short Ribs. Erm..sedap semua sedap!

Kakak Nova, Ayue, Onie, Kak Su, SayaIday, Naomie dan Nova

Ehh.. siapa cakap dah habis? Selagi dessert belum sampai selagi tu tak lengkap makan di sini. 

Congo Bar with Ice Cream

Waffle Morinaga Ice Cream <-- ai paling tersuka ini.. sedap giler!!

Hokkaido Corn Ice Cream <--eiman paling suka ini, dia makan sorang pun takpe

Heaven giler makan dessert pastu ais krim pulak tu.. ermmm.. nyam nyam!

Berminat nak buat Sambutan Harijadi? Birthday Bash? Private Events atau Tempahan Katering?
Fikcles menyediakan semua keperluan anda! Tak perlu susah hati, tak perlu risau! 

So, macam mana? Best tak? Best kan!... Terima kasih Kak Choyaya, Kak huda and team Fikcles yang sudi menjemput dan memberikan layanan yang istimewa buat kami. Especially to Kak Su, thank you kak su. 

Nova dan Kakak :-D

Weee  @ FIKCLES TTDI

Highlight : Abang Sham Kamikaze, owners of Fikcles + Kak Su

Nova, Kak Huda and Kak Su :-D

So.. ni Alamat Fikcles :
11, Jalan Wan Kadir 2,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Tel: 03-7732 4885

Dan follow Mollow FB dan Instagram FIKCKES untuk update terkini ya!

Thank you korang sudi singgah dan baca lepak-lepak sini. Siapa nak pergi roger jom!