Friday, 13 November 2015

Morning Sickness Masa 3 Bulan Kandungan...Apesal la lambat ingat dah boleh skip!

Salam,
Minggu ni paling hampeh nak update blog. Dah mula dah sakit fining symptom 1st trimester ni. Eh.. dah nak masuk 3 bulan baru nak ber morning sickness.. erm.. #APTB. Duduk melepek kat kerusi opis, buat kerja pun pening-pening. Mood memang kelaut kesungai ketasik semuala. Pehtu balik rumah je nampak bantal nak memerap je dalam bilik. Oh semalam pulak sekali package pening nak muntah sakit perut, pedih ulu hati dan cerry berry. Ouhh.. dugaan. Husband pulak kerja petang, kang pukul 11.30 malam baru balik rumah. Mak mertuala yang banyak tolong semalam jaga eiman.. memang aku kibar bendera putih. Malam tadi je dah 6 ke 7 kali masuk keluar tandas. owhh...

Ni masa bawak eiman dengan daddy ke klinik sebab diorang muntah-muntah and cerry berry..gigih aku menjaga hangpa berdua ni anak beranak. Masa ni kuat lagi.. ni depa dah baik.. aku pulak yang kena muntah2 cerry berry segala bagai. Nah.. jaga mak pulak ye korang!

Yang aku boleh makan pun Gaviscon jela untuk kurangkan perut berangin berasid ni.. harap-harap hari ini perut ni makin baik. dalam tak larat ni menggigihkan diri juga aku ke opis. Tapi syukurla dah hujung tahun ni kerja tak banyak sangat dah... cuma tula nak berpulun sikit untuk EKSA yang nak habis dah minggu ni. Huh! Lega habis jugak Audit EKSA ni.

Baby dalam perut ni dah nak masuk 3 bulan dah ni, tapi aku belum lagi buat check up kat klinik kerajaan. Hari tu pergi scan kat swasta, doktor kata "Ehh.. dah besar dah ni.. besarnya kantung baby ni!"... adoii.. besar camana tu doktor? Normal ke kantung besar? Ke tak normal? Kenapa macam terkejut je doktor ni.. isk buat risau aku je. Pastu doktor tu senyum senyum.. ohh dah masuk 10 minggu dah ni .. dah besar.

Erm.. doktor tu pulak yang nampak excited tengok baby dalam perut. haha kelakar pulak aku tengok reaksi dia... siap pesan-pesan kat eiman nak jadi abang la.. kena jaga mummy la.. nanti eiman dah ada adik kena jaga adik.. erm.. hahaha memang aku tak harap la eiman nak jaga adik. Haritu aku bagi dia main anak patung baby, kakak pika punya pun dilambung-lambungnya aje. huh! semangat.

Tapi tak tahula kalau dia dah besar dan berakal sikit. Tahun depan 3 tahun.. nak hantar sekolah? erm aku rasa belum lagi tapi taktahu la tengokla macam mana nanti. Selain dari itu, aku ada beberapa pending entry yang tak ter publish lagi ni. Bila la aku rajin nak siapkan. Semoga cepatlah berlalu morning sickness ni.. harap keadaaan kesihatan makin baik dan aku makin kuat menghadapi hari mendatang.

Oh lupa nak bagitahu.. aku rasa benda paling pelik berlaku pada diri aku adalah, bila aku tengok gambar makanan aku rasa loya nak muntah. Erm.. buat masa ni memang aku akan jarang masuk FB la ye. Sebab banyak sangat timeline gambar makanan. Aku tak larang korang update pasal makanan.. aku jela yang kena pantang tak bleh masuk fb ni sebab tak tahan tengok.. cam nak munnnnnnn.. sangat wehh! So as a Food Blogger yang suka makan, suka merayap cari makan... I REST MY CASE!! No foody doody at this moment ya!

okla tu je aku nak sembang harini. 

ok la soyonara.. tata babai!

Sekian.