Thursday, 10 December 2015

Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!

Salam,
Holla..
Bersambung dari kisah kami bersuka ria di Underwater World Langkawi, keluar dari Underwater World tu, kami pun mencari makan dekat kedai-kedai masakan melayu di kawasan pantai Cenang. Kemudian, terus balik ke homestay. Apa lagi kan terus membuat tahi mata la. haha penat jugakla. Petang tu yong dah siap2 book aktiviti nak pergi pantai.. nak tengok ombak dan main pasir.. sebab Pika tak tahu pantai & ombak tu macam mana.. hihi lawak la pika ni.

So, bangun tido dalam pukul 3.30 ptg kami minum petang siap2 kat rumah pastu dalam pukul 4.30 ptg kami terus menuju ke pantai dengan dua budak kecik yang excited tu. hihi..

ehh.. cam mak-mak je lebih ni.. aduh.. ada penguin la..ni mesti terlepas dari Underwater World ni ikut budak-budak berdua tu. 

Mak dan Pika.. Budak pertama kali dalam hidup nak pijak pasir dan main di pantai.. tu la asyik ke swimming pool je sebelum ni.

Parking di sini dan berjalan ke pantai.. Ni kali kedua Nova, husband dan eiman ke Pantai Cenang. Pertama kali pergi dulu, eiman masih baby lagi.. tak paham apa..

Tempat wajib bergambar berlatar belakang perkataan Langkawi..haha kasi chan la..

isk isk.. anak siapa la ni..

Ke-excited-an mak mak .. 
sehingga melupakan anak yang tengah sibuk bermain pasir

Ok.. dah habis dah gambar mak-mak.. Jom tengok anak buat apa..

Tu la dia.. Daddy penyayang yang sibuk melayan anak-anak.. hihi

haha comelan sangat aih tengok budak-budak ni main pasir

Good Job Daddy.. mummy boleh lepak2 di tepian.. ai memang malas nak basah-basah ni..

Sekadar tengok-tengok dan bergambar sahaja..haha punya la tak nak tangan kotor seluar basah. Bukan apa, mummy memang dah biasa dengan pasir ni. Dulu arwah atau kau selalu bawak kami adik beradik ke Pualau Pangkor, Teluk Batik. hehe dah puas main dah. Takperla mainla nak main! Daddy tu jarang ke pantai.. duduk KL je selalu hehehehe #alasansangat

Suke ye..


Eiman.. eiman.. seronok sangat dia harini..berlari ke sana ke mari. Dah besar dah anak aku ni.. Sikit lagi sekolah dah..

Nak ke mana tu kaka pika? Nak pergi ambik air ke?

Dah puas main pasir.. ke air lah mereka bersama-sama dengan Daddy.. kalau depa berdua je memang aku tak harap la.. bahaya weh pantai ni. Aku pun dulu, arwah abah memang sentiasa ada memerhatikan kami. Tak pernah tinggal.. 

Manja kesayangan daddy .. erm.. manjala manjala..mummy tak jeles pun.. jeles sikit je.. hehe

haha.. setiap kali ombak datang.. setiap kali la budak2 ni menjerit.. haha Pika tu mula-mula takut. Pegang daddy kuat-kuat sampai la dia berani .. barula lepas.. hihi

Aih.. daddy pun sama naik ye.. takpe bagi chance sikit

Apekebendala eiman tu buat

Tengok mulut tu.. :Ohhhh.. ohhh  ohhh


haha tak abih la Ohh budak ni.. hahaha suka kau ye!

Mak.. aih lepak nampak mak. Sepam gambar mak

OOhhh indahnya... dah nak sunset.. indah pemandangan pantai ni..

aku pun lepak kat kerusi ni je.. dah maleh nak duduk kat air.. panas jugak tu.. gelap kang..
Mak pulak dah merayap ke mana tah mencari makanan katanya.. dia risau budak-budak tu lapar lepas main dan mandi. Tu yang best tu.. bab makan-makan ni mak memang prihatin sangat. hehe

nahla mummy nak selpi satu.

erm.. memang lapor. Makan roti burger.. tu pun jenuh la aih nak ajak naik.. next time kita pergi lagi ye baby..
Kita pergi sama-sama dengan kakak pika lagi.

Hari yang penat.. tapi penuh dengan keseronokan. Happy sangat bila tengok budak-budak ni gembira main sepuas hati. Terima kasih Allah kerana panjangkan umurku untuk melihat anakku membesar di sisiku.

Thank you guys datang singgah.. best kan main pantai. Erm.. ni cuti sekolah ni ai takda plan lagi nak ke mana-mana.. daddy pun sibuk dengan exam dan kerjanya di tempat baru.

ok.. sekian. tata  ≧❀‿❀≦