Tuesday, 8 December 2015

Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi

Salam,
Holla meh nak sambung Percutian Hari Kedua, haha dah berkepam gambar duduk dalam Laptop ni. kah kah takpela pelan-pelan kayuh.. 1st trimester memang gini, mood ke sungai. haha.. alasan sangat! So, Hari kedua pagi-pagi lagi lepas sarapan roti dan nasi goreng di homestay (syok giler kalau mak ada, makan terjaga..kah kah) kami bertolak ke Underwater World Langkawi yang terletak tidak jauh dari Pantai Chenang. Ni pertama kali aku masuk Underwater World Langkawi, kalau Aquaria KLCC tu selalu la sangat masuk. Soo.. excited! Weee!

jom meneroka ke Alam Underwater World Langkawi>>

Yang penting mak posing dulu! kah kah

Selain mummy, budak berdua tu la..Eiman dengan Kakak Pika yang paling excited! Peminat haiwan!

Ada bangau putih celah longkang tu.. terbuka je tempat ni. So kalau kalau bangau ke itik ke ayam kat tepi tu ko nak panggil gosok-gosok kepala pun boleh. agaga

Cool je lepal-lepak tak takut orang pun depa ni. Dah biasa sangat agaknya. Kalau kat Zoo Negara kemain jauh aku nak tengok.

eh.. terposing lagi. mih mih mih 
#kasicanlaakunakposingvanyakvanyak

Yang pakai spek mata ni kakak aku yang sulong. Sama tak muka kami? hihi

Budak ni bukan boleh duduk diam.. tengok tu aku suruh dia posing tangkap gambar... jenuh nak kena paksa kepala dia pandang kamera. 

Mulut tu mulut tu.. tak payah nak suntik sangat dahla.. memang gebus gebas seksi kau nyah.

Parrot / Burung Kakak Tua warna biru ni memang sombong. Kesudah tak dapat tangkap gambar muka dia. Mentang-mentang spesis dia berlakon ceria Escape from Rio.. huhu aku pun suka cerita kartun tu.

Wee.. jumpa pulak anjing laut ni / Southern Fur Seals. Cute je dia berenang-berenang 

Did you know?
A fur seal's sweat glands are under its flippers
Kelenjar peluh bulu anjing laut berada di bawah flipper/kaki

Next...

Penguin.. ehh.. eskimo boy?

ehh.. mak eskimo boy.. steady je kat kutub pakai baju pergi jalan2 shopping mall.. haha 

African Penguins
Penguin Afrika (Spheniscus demersus), juga dikenali sebagai penguin Blackfooted dan ditemui di luar pantai Afrika Selatan. Penguin Afrika membesar hingga 50 cm tinggi dan berat antara 2 dan 4 kilogram.. baca selanjutnya di sini>>

Kecoh budak berdua ni main dengan penguin afrika ni..menjerit-jerit dalam tu.. yang penguin ni pon syok pulak melompat2 dalam air tengok budak berdua ni melompat.. ada video dia kat IG aku.. nanti aku update kat sini. Memang huru-hara. 

erm.. kan aku dh cakap tadi.. tengok tu beria main dengan penguin..

Tak terkawal.. memang peminat haiwan sejati!

Yang ni pula namanya Rockhopper Penguins
Penguin Rockhopper (Eudyptes chrysocome) dipanggil "rockhoppers" kerana mereka melompat dari batu ke batu. Mereka hidup di Sub-Antartika pulau-pulau. Penguin Rockhopper lebih suka kawasan berbatu dan pantai berpasir rata. Koloni penguin Rockhopper terletak kira-kira 60 meter dari aras laut. Ini adalah penguin jambul paling kecil, tetapi ia mengkompensasi saiznya dengan menjadi yang paling agresif diantara semua penguin.  baca selanjutnya di sini>>


Jangan main-main, mak agresif tau!.. hehe
Penguin yang ni duduk diam je tak melompat2 pun.. camana plak boleh agresif.. erm.. muka memang garangla tak friendly langsung. hihi

Mak dah penat. Baguslah ada kerusi.. boleh mak duduk berehat semantara menunggu cucu-cucu bermain dan bersuka ria dengan penguin.

Habis dah penguin-penguin.. masuk pulak bahagian binatang dalam laut

Comel je ikan kuning ni. Rasa nak bela ikan pulak

Sotong kurita.. erm.. sheram. Tu sebab aku tak suka nak belajar dive-dive ni. Aku takut dengan binatang berkaki-kaki camni.. lipas pun aku dah jerit. Ni kan pulak sotong besar gini.. ish.. takda maknanya. Sorry sayang, u dive la... i main pasir di pantai pun dah best dah. agaga

Crab.. ketam memang makanan feveret eiman. Kalau masak ketam, laju je dia makan nasi siap boleh tambah-tambah. Tapi kalau gini la ketamnya.. aku pun tak selera nak makan. huhu

Ni ha.. namanya Giant Japanese Spider Crab. Orang Jepun makan la kot. haha

Ni pun ada nama Jepun jugak.. 

eww.. geli geli..

erm.. apa nama dia ni?

Ketam Spider yang dah di awet. memang besar! Aku teringat movie spider yang makan orang tu.. kalau dah banyak2.. memang geli! 

ehh siput.. comel!

Bapak dan anak.. 

Mama pika, pika dan opah.. rupanya aku takda bergambar dengan cengkerang besar ni.. ermm.. tak aci!

Sama tak kami? haha

Ikan pari biasa rasanya atas ni.. tak nampak pula Eagle ray..eagle ray lagi lawa..badan hitam bintik-bintik.. bentuk pun macam bersayap..

Ok balas dendam.. sebab gambar kat cengkerang takda. Nak upload gambar kat sini banyak2.. haha

Sekali dua.. mau patah kaki aku kalau anak dua gini.. haha

Kau dah kenapa?

Lawa.. 

Subhanallah.. laki aku cakap kalau dive boleh tengok menda lawa-lawa gini dalam air.. ermm.. takpela bang.. ai tengok kat underwaterworld sudah!

habis dah laut.. kami ke sekyen alam semulajadi pulak.. ada jambatan.. dan ada ular sawa.. kalau nak bergambar bayar RM 10.. ew.. eiman pun geli.. kejap je melompat turun

Aku pun geli.. muka geli.. eww eww.. tabah sungguh laki aku nak pegang ular ni..

agaga.. pika lari takut kena sakat ular dengan laki aku. ahahaha takda sapa la berani nak pegang.. hahaha

Cam biasa "Adik, tangkap gambar mak kat sini!"
hehe.. mak dan anak sama

"Gambar mak dengan ikan ni dik"

Ya.. akula paling tinggi diantara adik beradik perempuan.. kih kih..

Comel je pika :)

Photoshoot dekat entrance dengan Gunung Salji.. hehe beli sebagai kenangan. :)

Eh.. dah habis dah.. ala.. tak bestnyer.. ok pasni aku sambung lagi dengan gambar kami pergi main air di pantai chenang.. pastu naik bot pusing2 pulau.. ok ok janji.. lepas ni ye..

Nah harga tiket dewasa.

Ok.. terima kasih sudi singgah dan lepak blog ai.

Thank you. Doakan aku kuat dan sihat dengan baby ni..

Sekian.

Untuk Membaca Semua Artikel Langkawi Trip Post Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k: 
Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!
Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah
Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park
Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi