Saturday, 19 December 2015

Takut Makan Pedas? Tak Ada Masalah Lagi!

Salam,
Wah.. teruja hari ini nak kongsi dengan kawan-kawan kisah minggu lepas. Nova dijemput untuk "Cabaran Makan Pedas" di Restoran Chilli Rush di Jaya One Petaling Jaya. Makan Pedas? Ya.. ai ni bukan tahan sangat makan benda pedas-pedas ni. Sikit pedas ok.. kalau pedas kaw punya pedas memang ai tarik diri. hehe.. Tapi.. cabaran makan pedas kali ini bukan sembarangan cabaran tau! Memang terangkat habis kerusi meja semua.. huh! Susah nak cakap. Nak tahu lebih lanjut jom tengok cabaran kami!..

Cabaran Makan Pedas? Kau mampu ke?

Tak ada masalah lagi.. kan ada Mamee Cool Tea!

Makanan pedas memang sangat-sangat biasa di dalam makanan seharian kita, Malah ia menjadi salah satu menu wajib yang perlu ada di dalam pinggan kita. Contoh mudah, kalau makan nasi lemak mesti ada sambal cili, kalau makan roti canai pula kuah mesti ada sambal cili. Termasuklah mee goreng ke, bihun goreng ke, kue teow goreng ke, mesti nak letak sambal cili kan. Baru bertambah selera dan membuak-buak nafsu makan. kan kan.. Jadi, soalan cepumas, Siapakah sahabat baik bagi makanan pedas mahupun berempah?

Semestinya Mamee Cool Tea!

Mamee Cool Tea adalah kawan dan sahabat terbaik bagi makanan pedas dan berempah. Takut Pedas? Oh... saya tidak lagi!

Kali pertama Nova menghirup Mamee Cool Tea... Sejuk nyaman enak sekali wehh!


Kenapa Mamee Cool Tea sejuk, nyaman dan sedap? Sebab ia mengandungi 8 ekstrak herba iaitu akar liquorice, daun teratai, honeysuckle, bunga kekwa/chrysanthemum , selfheal, Grosvenor buah Momordica, daun mulberi dan mesona chinensis. Herba-herba ini memang sangat-sangat membantu untuk menyejukkan badan dari kepanasan cuaca, makan pedas dan berempah. wah wah.. kini tak risau lagi nak makan pedas asalkan ada Mamee Cool Tea. 

Sebagai pembuka selera kami dihidangkan dengan jeng jeng jeng... air cili ni..
Walaweh... first time ni dapat pembuka selera air cili

Seeterusnya, kata aluan dari wakil pihak Mamee Cool Tea. Memang Cool la si gadis cantik manis ni, memang sepatah dua kata je.. ucapan terima kasih dan enjoy urself dengan Mamee Cool Tea. Memang gemuruh tepukan untuk beliau.

Dan tibalah masanya untuk kami berentap untuk Cabaran Makan Pedas. Kumpulan pertama yang dipanggil termasuk nama Nova, terkejut juga.. takut dan gemuruh rasanya. Nak makan pedas ni... memang bukan kepakaran ai.. tapi yang penting cabaran mesti di sahut kan? Cabaran makan ayam yang dimasak dengan Cili Api. Hoho.. tengokla tu muka takut ke risau ke gemuruh tu. Semua ada. Peserta pertama ni kan memang gugup lah.


Kiraan 10 dibuat dan kami pun mula makan ayam pedas hangat berapi! Wowo.. ada berani ke? Pemenang pula akan dipilih mengikut jumlah ayam yang berjaya dihabiskan. Mampukan Nova habiskan ayam?

Ha.. tengok tu.. pedas ke? Mampukah Nova untuk meneruskan cabaran?

Haha.. seminit masa diberikan. Namun gigitan pertama telah membuatkan Nova beriar mata dan hingus.. pedasnya alamak.. tak terkata! Ya, Nova tewas di dalam cabaran ini. Pemenangnya adalah kenalan baru si gadis manis berbangsa cina. Haa.. hebat tau. Beliau boleh menang kalahkan kami semua. Tahniah ye.

Senget habis muka semua menahan pedas.. tapi apa nak risau! Mamee Cool Tea kan ada!

Kumpulan seterusnya meneruskan Cabaran Makan Pedas. Siapakah yang menang?

Ha.. tengok tu.. biji cili api je nampak bertebaran. Seram tak?

Samantha (Nuffnang) pun join Cabaran Makan Pedas tau!

Yang paling hebat Nova pernah tengok ni .. kawan Marou yang berbaju biru tu boleh habiskan 4 ketul ayam dalam masa seminit tau! Walaweh! hebatnya!

Kumpulan seterusnya, ada Kak Mimy dan Kak Ayu

Ha... Inilah pemenang kepada Cabaran Pertama Makan Pedas. Semuanya hebat-hebat makan pedas. Jadi, ini cabaran final.. siapa yang berjaya habiskan 12 ketul ayam akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 1000 tau!

Cewah.. bersemangat semua tau! Sporting sangat diorang ni.

Ha.. nak tahu cili ni cili apa? Inilah cili terpedas dalam dunia. Cili dari India. Pedasnya 100 kali dari pedas Cili Api. huyoo! Memang panas berasap berapi lah!

Ha... semua fokus dan cuba buat yang terbaik.

Inilah gadis manis yang menang cabaran kumpulan Nova. Memang terrer dia makan pedas!

ha... semua yang mara ke final dapat hadiah. Tahniah kepada semua! Juara? Juara semestinya yang berbaju sweater biru tu. Memang makan je tak pandang kiri kanan. Hebat tau!

eh.. acara belum tamat lagi ni. Cabaran terakhir adalah Amir Nawawi vs Pengacara kami. hehe

Ha.. pedas tu.. menangis MC kami haritu. hehe :) Apapun tahniah korang sebab shut cabaran Makan Pedas Mamee Cool Tea. Tak perlu risau lagi.. Mamee Cool Tea kan ada.

Teruja? Excited tak nak cuba Mamee Cool Tea ni? Jom dapatkan di kedai 7-Eleven, Aeon, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell dan Mydin berhampiran anda. Ia didatangkan dengan 3 perasa tau iaitu Teh Hijau, Teh Herba Asli dan Teh bunga kekwa/chrysanthemum. 

Mana satu pilihan anda?

Dapatkan Mamee Cool Tea anda dan sahut sahutlah Cabaran Makan Pedas!





Eh... Eiman pun boleh sahut cabaran tau kawan-kawan! Jangan ketinggalan ya kawan-kawan ikuti Laman Sosial Mamee Cool Tea ok!




Ok.. stok air Cool Tea dah nak habis ni. Nova nak pergi kedai 7-Eleven untuk dapatkan Mamee Cool Tea perasa Teh Hijau kegemaran Nova. Bukan sahaja menyejukkan badan.. hilang dahaga kalau badan tengah panas tau. Teman sejati untuk makanan pedas-pedas. "Mamak.. Cool Tea satu dengan Roti Canai Banjir! "

Apa tunggu lagi?

Lagi Cool, Lagi Best!

Sekian.