Friday, 27 February 2015

Makan di Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi dengan Nyah

Salam,
Memandangkan aku ni memang penggemar Sushi, jadi aku nak update satu cerita makan di sebuah Restoran yang aku suka sangat. Nama kedai ni Miyagi. Macam biasa dengar kan? Ye, kedai ni terletak di Bangi dan aku pernah up satu entry juga.. Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi. Boleh tahan jugak visit entry ni, cuma entry ni dah lama dah tahun 2012. So yang ni baru punya, aku pergi datim dengan nyah aku waktu rehat tengah hari. Haritu aku cuti, rindu kat dia pergila ke Bangi kejap. Adik Mithali kan.. hahaha


Thursday, 26 February 2015

Luahan Hatiku

Blog Nova Leeza di #NNFeature Friday oleh Nuffnang

Salam,
Holla, hye semua. Hari ni i nak buat satu entry untuk ucapkan terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memilih Blog Nova untuk di paparkan sebagai #NNFeature Friday di Facebook, Instagram dan Twitter. NNFeature Friday ni bermaksud : Pihak Nuffnang pilih seorang blogger untuk di ketengahkan pada setiap hari Jumaat. Wah!!..rasa teruja, terseronok, gembira la.. tak sangka jugak masa dapat emel tu. Syukur Alhamdulillah atas rezeki ini.

Sunday, 22 February 2015

Mee Rebus Tulang di Restoran Sup Tulang ZZ, Kempas Johor

Salam,

Aku: "Mak, dah habis dah percutian kita ni mak. Harini kita balik KL ye"
Mak :"Iyelah, balik ler nak ke mana lagi pun.. "
Aku : " Mak seronok tak berjalan ni?"
Mak :"Seronok! seronok sangat! Lainkali kita pergi jalan lagi ye, pergi Melaka lagi bawak Pika. Kita pergi hotel tu lagi seronok hotel tu (Hatten Hotel)."
Aku :.. aku tersenyum je..

.. rasa puas sebab dapat kotakan janji nak bawak mak pergi jalan-jalan. Walaupun dalam Malaysia je,ia dah membuatkan kami rasa amat gembira dan seronok. (memula janji nak bawak gi jauh sikit tapi mak takut pulak naik kapal terbang).  

Sebelum pulang ke KL, kami singgah makan tengah hari di Restoran Sup Tulang ZZ. Dengar cerita Mee Rebus kat sini power!

Makan Malam di Restoran Singgah Selalu Danga Bay, Johor Bahru

Salam,
Holla semua,malam ni aku nak sambung lagi cerita berkenaan percutian aku di Johor Bahru. Malam setibanya kami di JB, kami terus checkin dan keluar makan di Restoran Singgah Selalu yang terletak di Jalan Skudai, Danga Bay. Perut pun dah lapar malam tu sebab tak singgah mana-mana lepas shopping di JPO tu kan.

So, bagi aku yang menariknya di sini adalah konsep restoran ni yang ada pelbagai jenis makanan. Nak tengok apa?... jom layan....

Anak dan mak... ada cam adik beradik tak? wakakaka

Saturday, 21 February 2015

Bercuti, Bershopping dan Menginap di The Embassy Hotel and Service Apartment Johor Bahru

Salam,
Seterusnya...kami meneruskan perjalanan menuju ke Selatan iaitu ke Johor Bahru. Sebelum itu, kami singgah dulu di JPO untuk bershopping dan makan tengah hari. Perjalanan dari Melaka ke Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang perjalanan tersebut, eiman memang duduk di atas pangkuan aku. Pergh nak tercabut jugak pinggang ni rasanya. Mujurlah dia tido setengah jalan tu, kalau dia lompat-lompat je ... aduh... tak dapat aku bayangkan. Di johor. selain singgah di JPO, kami ke Restoran Singgah Selalu yang sangat famous amous tu, dan berjalan sekitar JB menikmati pemandangan malam. Aku memilih unuk menginap di The Embassy Hotel and Service Apartment. Hotel 3 bintang... 

gambar diambil dari laman web comparehotels123.com

Friday, 20 February 2015

Selera Makanan Laut di Umbai Medan Ikan Bakar, Melaka

Salam,
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang meraikannya. Seronok weh cuti 4 hari berturut-turut. Ke mana agaknya korang bercuti ye? Keluarga kecilku tak ke mana pun, memandangkan suamiku sibuk bekerja. Takperla tak cuti pun, asalkan dapat lepak rumah bermain dengan anak pun dah cukup seronokkan. 

So, meh aku sambung cerita percutian ke Melaka bulan lepas. Malam tu setelah kami berseronok-ronok di Hotel Hatten,Melaka kami menuju ke Medan Ikan Bakar Umbai yang terletak di Pantai Umbai, Jasin-Melaka. Kalau dari Hotel yang kami duduk lebih kurang 30-45 minit ke sana. Nak tengok tak apa yang kami order untuk makan malam? Jom!...layan.... 

Tuesday, 10 February 2015

Peraduan Malaysia’s Best Momazing Moments oleh Scott’s®

Salam,
Hye semua, harini aku nak berkongsi maklumat dengan pembaca blog ini mengenai pelancaran Kempen “Malaysia’s Best Momazing Moments Contest by Scott’s®” pada hari Khamis 29 Januari 2015 yang lalu bertempat di Kidzania, Mutiara Damansara. Kempen Momazing ini adalah betujuan untuk mengiktiraf dan meraikan ibu dan detik-detik istimewa yang mereka alami sebagai ibu. Jadi, jom baca selanjutnya apa yang istmewa dengan kempen #Momazing ini...


Monday, 9 February 2015

Bercuti dan Menginap di Hatten Hotel, Melaka

Salam,
Hye semua.. so today i nak kongsi cerita i bercuti beberapa minggu lepas. Actually, percutian itu memang mengundang amarah kepada kakak aku.. sebabnya aku pergi tak ajak dia. Yerla, kalau aku ajak pun belum tentulah dia nak ikut sebab hari bekerja, Ahad-Selasa. Bukan dia je terkejut, laki aku pun terkejut. haha.. 

Ok meh aku story, Ahad petang tu, aku ambik mak di RnR Sungai Buluh (abang aku drop kat situ, dia nak balik Nilai).. tujuan mak aku ke KL sebab nak uruskan Insurance dia. Minggu tu aku dan husben memang cuti, saja je nak bawak mak jalan-jalan. Ada jugak husben aku tanya, nak pergi ke mana? Aku pun tak tahu nak ke mana.. takda plan. Dalam perjalanan nak ambik mak aku di RnR Sg. Buluh tu, aku terus cakap kat suami aku... 

"Abang! Jom ke Melaka!!"

Friday, 6 February 2015

Makanan Mexico, POPILLA di Signature Food Court KLCC

Salam,
Wehuu harini hari Jumaat. Tak sabar nak cuti esok. hihi.. Ok dengan kegembiraan untuk bercuti esok meh aku kongsi satu tempat makan yang best di KLCC. Nama kedai ni POPILLA, lokasinya di Signature Food Court, KLCC. Menu-menu yang dihidangkan adalah berasaskan makan dari Mexico. Kalau mexican food ni mestilah ada burrito, quesadillas, Tacos, Nachos dan sebagainya. Nampak je kecik tapi cukup mengenyangkan.  Jom baca selanjutnya jom!

Wednesday, 4 February 2015

Makan Daging Sedap di Ayer Rocks, Wangsa Maju

Salam,
Hye kawan-kawan.. apa khabar semua? Harini aku nak berkongsi cerita makan. Lokasi makan di Wangsa Maju je, tak jauh dari ofis ai. Nama Restoran ni Ayers Rock (Butcher and Grill). Wah.. va va vasss nama dia. Aku pernah dengar nama kedai ni, memang tahu ada satu di Avenue K tapi belum berkesempatan nak singgah lagi. Jadi, pada tengah hari nan hening dan panas itu, kak Byha merangkap geng makan telah bersepakat dengan kaki makan ini (akula) untuk makan di Ayers Rock ni. Kak Byha memang dah biasa makan di sini, sebab abang yang jaga kaunter ni memang kenal dengan kak byha.. siap boleh dapat diskaun lagi sebab pengunjung setia. So... nak tengok menu yang kami order?.. Jom layan!

Selfie wajib!