Thursday, 26 March 2015

Trend Pakaian Tradisional Melayu

Salam,
Sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum Aidilfitri menjelma semula, ada yang sudah mula buat persiapan raya, ada yang masih memikirkan tema warna untuk raya tahun ini. Nova pula, dah mula selak-selak majalah dan mengintai-intai laman web shopping online tengok-tengok kalau ada yang berkenan terus je beli. Yang pastinya mestilah pakaian tradisional Melayu.

Pakaian Tradisional Melayu semestinya menjadi pilihan Nova ketika menghadiri acara perkahwinan dan jemputan kenduri-kendara.

Saturday, 21 March 2015

Menjamu Selera Di SukaSucre Bistro,Cheras by Dato' Fazley Yaakob

Salam,
Alhamdulillah, harini Nova nak kongsi pengalaman manis semasa kami menjamu selera di SukaSucre Bistro by Dato' Fazley. Husband aku lah yang teingin sangat nak pergi ke restoran Dato' Fazley ni. "What a good idea,daddy! ok jom", kataku pada husband. Masa tu kami baru lepas melawat Kakak Manda di Hospital Serdang. Jadi kami terus ke SukaSucre Bistro yang terletak di Cheras. Nak tengok apa yang kami cuba? Jom...    

Suapan kasih sayang buat mak

Thursday, 19 March 2015

Majlis Pelancaran Menu Baru oleh Restoran Simply D - Simply Fun, Fresh & Tasty

Salam,

12 Mac 2015 yang lalu, bertempat di Level 4, RoofTop Avenue K Mall, Kuala Lumpur - Satu Acara Perasmian Restoran Simply D telah diadakan dan Nova Leeza juga turut dijemput hadir ke majlis perasmian ini. Penubuhan restoran ini adalah hasil dari idea Ketua Pegawai Eksekutif The Delicious Group Sdn. Bhd, Steve Allen.

Kanan: Nova memegang nombor cabutan bertuah semasa majlis perasmian Restoran Simply D 
Kiri : Nova mengundi untuk peserta pertandingan Media Contest yang dianjurkan oleh Simply D

Friday, 13 March 2015

Makan di Restoran Arabian House di Bandar Baru Bangi

Salam,
Restoran Arabian House di Bandar Baru Bangi/Taman Putra Kajang ni adalah salah satu restoran arab yang menjadi favourite aku. Masa duduk dekat Bangi dulu selalu makan di sini. Harganya tak mahal sangat, lagipun portion besar dan boleh kongsi berdua. Kalau aku pergi dengan Nyah (kakak aku) mesti kongsi. Hiasan dalaman berkongsepkan Arab dan pekerjanya pun kebanyakannya dari Negara Arab. Jom tengok apa yang aku order!

Ha.. gambar ni aku ambik dari Google Street. Senang je sekarang tak payah susah2 nak tangkap sendiri. hihi

Wednesday, 11 March 2015

Chicken Chop Murah di Western Express Bandar Sri Permaisuri

Salam,
Bukan setiap bulan kita mampu nak makan mewah walaupun kalau boleh hari-hari nak makan mewah! haha biasa tu nafsu makan bagi pencinta makanan memang macam tu. Jadi bagi bulan yang kering-kering sikit ni, selain Murni di Tasel Permaisuri Cheras, ada lagi satu kedai makan yang super saving. Kalau teringin nak makan Chicken Chop dan apa-apa makanan Western tapi tak nak mahal bolehla pergi kedai ni Western Express. Harganya sangat berpatutan, dan bagi aku murah beb! Set Chicken Chop dengan Nasi tak silap dalam RM 9.00 sahaja. Serius kan murah!! Nak tengok apa aku order jom! layan...

Entah angin apa Eiman nak pakai kopiah pulak malam tu


Monday, 9 March 2015

Berbaloi Makan di Restoran Murni Tasek Permaisuri Cheras

Salam,
Harini aku nak kongsi gambar dan pengalaman makan di sebuah restoran ni. Kalau sebut Restoran Murni, pasti ramai yang dah biasa ke sini. Murni ni ada banyak cawangan. Salah satu cawangan yang aku pernah review dan singgah dahulu adalah di Murni Subang Jaya. Ha.. kalini pula aku bawak mak dan family kakak aku ke Murni Tasek Permaisuri di Cheras. Lokasinya memang strategik, tak pernahla tak ada orang. Asik penuh je. Sedap kan.. mestilah ramai orang datang. Nak tengok apa yang kami order? Jom layan...

Ni kakak sulung aku dengan anak buah kesayangan aku si Pika