Thursday, 25 June 2015

Garnier Sakura White - Cabaran 7 hari

Salam,
Holla, excited nova harini nak tunjukkan hasil cabaran 7 hari menggunakan Garnier Sakura White, hadiah dari Garnier Malaysia. Thank you Garnier!

Set Garnier yang Nova dapat ni untuk pemakaian siang hari. Ada Pencuci Muka, Serum, Pelembap dan Whitening Cream. hoyeah hoyeah tak sabar rasanya nak pakai tau!

Wednesday, 24 June 2015

Husband Yang Baik Hati Jadi Model Vaseline Instant Fair

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsi satu produk yang best iaitu Vaseline Instant Fair. Bagi Nova ia adalah satu produk yang sangat best sebab kita boleh tengok kecerahan kulit dalam masa yang singkat iaitu pada sapuan yang pertama. Sapu dan bandingkan perbezaan tangan anda

Nova dapat Trial Kit ni beberapa bulan yang lalu, dah hampir lupa nak kongsi ke-best-an nya. Oh.. sebelum tu, Nova nak perkenalkan Model Nova hari ini iaitu Husband Nova Yang Baik Hati iaitu Mr. Chadeq. Thank you sayang sebab pinjamkan tangan u. Tangan u tak aurat, cuma pusat u sampai lutut je aurat.. bolehla u jadi model ai kan. hihi

Ni lah trial set nya 100 ml

Jualan Serunding Mini Karipap dan Mini Popia

Salam,
Holla, petang ni Nova nak promosikan Jualan Serunding, Mini Karipap dan Mini Popia. Nama penjualnya adalah Alia Haryani. Beliau adalah seorang ibu tunggal, menjual pelbagai jenis serunding untuk menyara keluarga. 

Bila tengok anak lelaki Alia, teringat pada eiman.. nasib anak itu mungkin tidak sebaik anak orang lain mahupun eiman dan perlu membesar tanpa ayah dan keluarga yang mampu untuk memberikan apa yang dihajati oleh seorang kanak-kanak kecil. Namun begitu, ibu mereka tetap tabah dan berusaha untuk membesarkan anaknya dan Alhamdulillah anak-anak beliau bagus di dalam pelajaran ya. 

So, siapa yang berminat nak dapatkan produk seperti di bawah boleh hubungi.. puan Alia melalui FB beliau


dan juga boleh ke blog beliau : http://aliaharyanie.blogspot.com/


Sekian. 

Friday, 19 June 2015

Buffet Ramadhan 2015 - Diskaun Sehingga 50% di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa (2hari sahaja)

Salam,
Holla, harini masuk hari kedua berbuka puasa. Kalau ada yang sedang mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga, boleh anda pertimbangkan untuk berbuka di Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa.  Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa ini baru sahaja beroperasi pada bulan Mei 2015 dan menyediakan Buffet Ramadhan sama sedap seperti di Felda D'Saji lokasi yang lain.


Thursday, 18 June 2015

Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5 oleh Panglima Angkatan Tentera

Salam,
Pada 27 Mei yang lalu, Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5 oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah berlansung di Auditorium Wisma Pertahanan di Kementerian Pertahanan Malaysia. Lagu OST ini bertajuk Redha Kemenangan dan dinyanyikan oleh Amy Search dan Edrie Hashim. Filem ini mendapat sokongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.

Nova di Majlis Pelancaran Official Sound Track Filem Bravo 5

Wednesday, 17 June 2015

Shopping Make Up di AEON Alpha Angle Shopping Centre

Salam,
ha.. meh nak strory sikit 2-3 minggu lepas my friend kak Ita ada bagitahu kat FB Wall dia (taksilap) ada SALE Makeup dekat dalam AEON Alpha Angle Shopping Centre. Woww!! Gila kau tak pergi harus!!!

Misi shopping tu hari Khamis. Gigih dik non pergi Alpha Angle tu bersama kak byha dan bertemankan abang sado ku. Ehh..sado ke? haha...

Main terjah je tak tahu kat mana pun, haha lepas tanya-tanya kat orang, jumpa jugakla kami di lokasi terbabit. Aduhh!! Sakan, sejam melangut tengok makeup! Tu pun tahan tu tak makan, beli tapau je balik makan kat opis. Skip makan takpe asalkan dapat shopping kan. agaga

Meh nak tengok apa yang ku sambar?

Total Semua dalam 60 ++ je

Monday, 15 June 2015

Menikmati Keenakan Makanan Yaman di Restoran Marhaba

Salam,
Seminggu yang lepas, Nova diberikan peluang untuk mencuba rasa dan menikmati makanan di sebuah restoran Timur Tengah yang terkemuka di Malaysia iaitu Restoran Marhaba. Restoran Marhaba merupakan sebuah restoran yang menyajikan masakan tradisional khas dari Yaman buat rakyat Malaysia dan pengunjung yang datang ke sini. Selain itu, santapan dari Timur Tengah ini adalah disediakan khas oleh Chef dan tukang masak yang mahir dari Yaman. 

Hiasan dalaman restoran ini sangat cantik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri

Friday, 12 June 2015

Menikmati Makanan Sedap di Simply D Bersama Rakan-Rakan

Salam,
Haa.. pada hari Jumaat, beberapa minggu yang lepas, Nova dan kawan-kawan telah berpakat untuk lepak makan di Restoran Simply D di Avenue K Mall. Ini bukan kali pertama Nova ke sini, sudah beberapa kali dah makan di sini. Makanan yang ada di Restoran Simply D ni memang sedap-sedap belaka tau. Jom kita tengok apa kami berempat makan jom!

Untuk mengelakkan meredah jam kami menaiki LRT ke KLCC
Dari Kiri Nova, Kak Shelly, Reen dan Kak Byha

Friday, 5 June 2015

Restoran Viet-Thai Canteen, Masakan Vietnam & Thailand Yang Halal

Salam,
Holla semua, harini seperti yang ditunggu-tunggu, Nova akan review satu restoran yang berkonsepkan makanan Vietnam dan Thailand. Tapi sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kepada Mr. Zain kerana menjemput Nova untuk mencuba “Multicourse Tasting Menu” yang disediakan khas untuk Nova cuba. Untuk pengetahuan korang, Viet-Thai Canteen ni baru sahaja mula beroperasi pada pertengahan April lalu. Yang bestnya adalah ia adalah salah satu restoran dari kelompok kecil yang menyediakan makanan HALAL berteraskan hidangan tempatan Vietnam dan Thailand yang authentic. Bahan utama makanan mereka diimport khas dari Vietnam dan Thailand. Ha.. tempting sangat kan!

Ni nak highlight kan, Viet-Thai Canteen tidak mengenakan sebarang Cukai kepada Servis mereka. 

Thursday, 4 June 2015

Rare Sangat Benda Ni Terjadi Aih!

Salam,
Erm.. masa sekolah dulu kawan baik dengan jerawat especially dekat dahi. Maklumlah aktif bersukan menyebabkan badan kuat berpeluh especially tang muka. Pastu, tak reti jaga kebersihan, tangan kotor pegang rumput, tanah, pastu lap peluh dekat dahi dengan tangan yang kotor. Memang naik lah jerawat tak hingat. Bila masuk universiti jerawat dahi dah mula hilang sikit demi sedikit. Bila dah kerja lagi la susah nak tumbuh, sebab dah ada duit, penjagaan muka diberikan perhatian dengan baik. kih kih. Tapi.. kalau ikutkan dalam 6-7 tahun ni, jerawat memang jarang-jarang sangat tumbuh dah. Lagi satu mungkin sebab genetik mak abah jenis muka tak jerawat. Dalam setahun tu adalah sekali dua naik jerawat. 

Tahun 2015 ni takda lagi naik jerawat..Tapi hari ni.. ehh.. jerawat!!!

Wednesday, 3 June 2015

Pemegang Kad Watsons Dapat Dining Privileges di The Manhattan Fish Market

Salam,
Nah, siapa pemegang kad Watsons angkat tangan! The Manhattan Fish Market menawarkan harga istimewa kepada pemegang kad Watsons untuk menikmati hidangan berikut :

Volcano Island
(Slipper Lobster or Prawns)
+ any Junior Meal
+ any 2 Fizzies
dengan harga RM 61.37 (harga asal RM 85.65)

Psst.. tawaran sah sehingga 30 Jun 2015. Jangan lupa bawa kad dan tunjukkan pada mereka semasa mengambil order ok!

Volcano Island

Tuesday, 2 June 2015

Review : Clinique Repairware Laser Focus Foundation

Salam,
Holla, seperti yang dijanjikan harini ai nak buat review Clinique Repairware Laser Focus Foundation yang ai beli masa Best Buy World Buat Sale tempoh hari. Ini kali pertama ai cuba foundation Clinique dan botol sample liquid foundation ni hanya 7 ml sahaja. Harga yang ai beli masa tu adalah cuma RM 10. Murah kan kan? Nampak gambar mcam besar kan, padahal cinonit je botol dia.

Pembersih Muka Glam Glow, ThirstyCleanse™ Beli di Sephora

Salam,
Lately kan Nova selalu lepak dengan my sis kat Sephora KLCC dan Avenue K. Memang berjam-jam lah duduk kat situ belek-belek make-up, nasible dapat laki memahami. Masuk Sephora tu bukan main-main mekeup je, my sister ni jenis suka bersembang dengan beautician Sephora. Salah satu produk yang dia recommend pada my sister adalah Pembersih Muka Glam Glow, ThirstyCleanse™ ni.Dari Hollywood kau! Harga pun boleh tahan jugak mahalnya.