Friday, 31 July 2015

Makan di Original Penang Kayu Nasi Kandar, Pulau Pinang

Salam,
Holla, harini seperti yang dijanjikan, setelah kami sakan bergambar malam tu dengan Fathia pelakon drama "Isteri Luar Biasa",  kami pun menuju ke Original Penang Kayu Nasi Kandar yang terletak beberapa langkah sahaja dari Hotel Vistana yang kami duduk. Eh.. nampak je macam beberapa langkah, tapi naik kereta lah jugak hahaha..kose mak nak jalan.


Wednesday, 29 July 2015

Menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang

Salam,
holla semua, rindu ai tak? hahaha.. rindukan? rindukan? Ok tak, takpe. Harini ai nak kongsi pengalaman semasa percutian bersama keluarga ke Penang dan seterusnya ke Perlis. Tapi ai akan buat beberapa entry lah ye, tak sempatlah nak habiskan semua dalam satu entry. So, yang pertama nak kongsi pengalaman menginap di Hotel Vistana Bukit Jambul Penang.

Kenapa Hotel Vistana? sebab selesa, cantik, lokasi strategik, ada bilik Two Bedroom Suite. ha, memandangkan bercuti dengan mak dan kakak sekali kan, kenalah ambil bilik yang style apartment. Harga? erm, kalau rujuk pada website Hotel Vistana Suite Wing, harga sebelum diskaun RM 980.00 semalam, tapi ada diskaun boleh dapat harga dalam RM 784.00 hingga RM 686.00. Kalau nak lagi murah boleh semak di Laman Web Trivago, pilih website mana boleh bagi harga paling murah. Aku tengok ada yang boleh offer sehingga RM 343.00 (non-refundable) hingga RM 490.00. Oh ya, lagi satu sebab.. erm.. kakak aku yang sponser! hahaha... untunglah ada kakak kan. hihi   

Jom ke Utara!!

Friday, 24 July 2015

Raya Keluarga Nova Tahun 2015

Salam,
haha nak update jugak nak update jugak. cis gedik. hahaha.. oh tahun ni giliran beraya rumah sebelah suami. Tak jauh mana pun, dekat Kuala Lumpur so takda hustle bustle takda jam jim jom takda pening kepala anak nangis dalam kereta ke semua takda. Bangun pagi pun aman je siapkan suami, anak dan diri sendiri untuk beraya. Ohh. macam ni lah rupanya orang KL beraya kan.. memang best la. Rileks je... aman je.. haha

Tuesday, 14 July 2015

Eiman OOTD - Gambar Kanak-kanak Yang Mummy Paling Suka

Salam,
Hola, harini Nova nak berkongsi gambar-gambar Eiman yang paling ku sukai sepanjang setengah tahun ini. Bermula bulan Januari hingga Jun. Huh! Penat jugak nak buat pemilihan. So apa lagi jom cuci-cuci mata. Kot-kot ada yang berkenan nak buat model baju kanak-kanak ke kan. Contact detail ada kat sebelah tu. hahahaha

Januari - di Petting Zoo

Monday, 13 July 2015

Resepi Roti Gulung Sosej Paling Senang Dalam Dunia

Salam,
Holla semua, hari ini Nova kembali dengan resepi mudah zap zip zap untuk juadah berbuka puasa. Huyo! Gempak sekali. Kalau tak ada idea nak makan kudapan selepas berbuka, boleh cuba yang ini. Kompom habis kompom sedap kompom budak-budak suka. hihi

Friday, 10 July 2015

Berpuasa Secara Sihat, Bersahurlah Dengan Horlicks

Salam,
Holla semua. Semoga hari ini anda semua berpuasa dengan sihat dan semangat ya. Wah, dah tinggal berapa hari sahaja lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri tiba. Kesihatan harus dijaga ya walaupun kita perlu meneruskan kehidupan seharian dengan bekerja, menjaga anak, memasak disamping perlu berpuasa seharian. 

Terimbau kenangan lalu, semasa Nova dilatih untuk berpuasa pada usia 8 tahun. Mak akan pastikan kami adik-beradik bangun untuk bersahur. Bersahur adalah satu rahmat  dan sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk bersahur walaupun dengan seteguk air. Kebaikan sahur adalah untuk memelihara kesihatan badan sepanjang hari. Terutamanya kanak-kanak, tubuh mereka yang kecil sangat memerlukan sejumlah makanan atau minuman yang berkhasiat untuk kesihatan. Ia juga membantu mereka untuk memberi tumpuan semasa belajar.


Nestle Aiskrim Goreng Sedapnyer!

Salam,
Holla semua.. sihat-sihat ke? Harini aku timbang berat dan hasilnya adalah positif. Penurunan berat badan sebanyak 600 gram. hihi Good Job Good Job! Tepuk bahu sendiri. Dan demi meraikan penurunan berat badan ini, meh kakak belanja gambar Aiskrim Goreng. Wuuu!

*Ini bukan iklan berbayar

Nestle Aiskrim Goreng ni memang favourite ai, ehh semua jenis aiskrim lah feveret ai. Sejak anak budak sampai mak budak kalau merajuk, pujuk je dengan aiskrim mesti boleh kawan baik balik. Nak nak kalau aiskrim mahal macam Haagen Dazs ke Baskin Robins ke Gelato ke lagi cepat baik tau. haha

Senang kan nak pujuk aku ni. Laki aku pun dah tahu, kalau aku merajuk, mesti offer nak belanja makan takpun mesti nak belanja aiskrim.. Ate Camana? Mana tak aku ni gemuk. Kalau banyak kali merajuk, lagi banyak la aku makan.

So, bagi memudahkan suami aku pujuk bila merajuk tengah malam, takkan nak pergi kedai malam2 kan. Nestle Aiskrim Goreng ni mesti benda wajib kena ada dalam peti ais.

Cara dia mudah sahaja. Pertama, kena ada lah Nestle Aiskrim Goreng ni

Thursday, 9 July 2015

Buffet Ramadhan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa

Salam,
Holla seperti yang dijanjikan, harini Nova berkesempatan untuk berkongsi dengan kawan-kawan semua aktiviti makan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa. Nova pergi hari kedua puasa, masa tu ada diskaun 50%. Offer tu dibuka untuk 2 hari sahaja. Memang berbaloi lah, dapat merasa Buffet Ramadhan pada harga macam tu.

Jom Nova kongsikan apa yang ada di Buffet Ramadhan Felda D'Saji Taman Tasik Titiwangsa. Memang banyak giler makanan yang ada di  Felda D'Saji ni sampai rambang mata tau nak makan yang mana satu.

Dengan anak memasing. Adoila.. macam-macam pesen bergambar haha

Tuesday, 7 July 2015

Tips Persediaan Sehari Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Salam,
Holla kawan-kawan, hari ini Nova nak berkongsi dengan anda semua Persediaan Sehari Sebelum Raya yang biasanya keluarga Nova lakukan. Tahun ini Nova beraya di rumah keluarga mertua dan persediaan tidak jauh beza pun dengan keluarga mak di kampung.

Mengimbau jap kenangan Nova di rumah terbuka Nuffnang tahun lepas, 2014

Friday, 3 July 2015

Kurus - Cekeding -Gemuk! #SeksiItuMakBudak

#KhususUntukWanitaSahaja

Salam,
Kalau aku ada kuasa magic, aku nak magic kuros-gemuk. bila aku rasa nak kurus, badan aku akan pelan2 mengecil seinci dua dan bila aku rasa tembam tu best, badan aku boleh otomatik menggemuk.. aa bestnyer magic cenggitu!

Tambah, ni ha dah jadi mak budak, punya lah susah nak dapat badan cantik meletops kan. Dalam masa 3 tahun ni pun aku dah alami beberapa kali proses pemeruwapan lemak. Mula kurus, pastu gemuk, insaf jap, kurus balik, lupa diri makan-makan, gemuk balik, tengok orang kurus, diet, kuruslah balik. Sekarang, maintain berat je. 
Kronologi gemuk-kurus aku

2012 Kuros cekeding

Majlis Buka Puasa Mahsuri di Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong

Salam,
Holla semua, harini Nova nak kongsi pengalaman Nova berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim, Asnaf Zakat, Fakir Miskin dan OKU yang menumpang teduh di Pusat Jagaan Baitul Hidayah, Puchong. Majlis Buka Puasa ini turut meraikan lapan pemenang Minggu Ketiga dan Keempat pertandingan Masak dan Menang anjuran Mahsuri. 

Pertama dari Kiri: Puan Nora (Penjaga Pusat Jagaan Baitul Hidayah), Ketiga dari Kiri Carmen Liew (Marketing Director of Mahsuri),Pertama dari Kanan: Jane Cheng (Regional Trade Marketing Manager of Mahsuri) bersama anak-anak Pusat Jagaan Baitul Hidayah