Monday, 31 August 2015

SkinSoul SkinShield Travelling Set - Kehidupan Baru Kepada Kulit Anda

Salam,
Holla semua.. harini Nova nak berkongsi satu roduk penjagaan kulit yang Nova sendiri dah cuba selama hampir 2 minggu. Produk ini bernama Skin Shield iaitu rangkaian produk dari SkinSoul di mana set yang Nova cuba ini adalah travelling set dan memudahkan Nova untuk membawanya ke mana sahaja.

Jom kita tengok apa yang ada di dalam kotak ni.. jeng jeng jeng

Friday, 28 August 2015

ILM Arts Festival 2015 - 30 Personaliti Dan Artis Islam Antarabangsa Dan Tempatan

Salam,
Nampaknya ILM Arts Festival 2015 hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Hati ni dah rasa tak sabar sangat nak pergi ke Stadium Malawati, Shah Alam. Yang istimewanya adalah; acara ini bakal menempa sejarah dunia Islam kerana ianya merupakan acara pertama yang akan mengumpulkan barisan personaliti dan artis antarabangsa dan tempatan di dalam satu arena.


Tuesday, 25 August 2015

C.Jello Collagen Jelly Bar Untuk Kulit Lebih Muda dan Berseri

Salam,
Holla, harini Nova nak mengimbau sikit perkongsian Nova dalam entry lama berkenaan kepentingan Kolagen....


Monday, 24 August 2015

SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes / Clinical Wipes

Salam,
Holla semua, sejak kebelakangan ini Nova selalu tak sempat cuci make-up bila balik kerja sehingga Nova bertemu dengan satu produk yang sangat bagus ni. Selalunya bila sampai rumah, Nova akan mandikan eiman dulu, kemudian pakaikan baju dan suapkan makan. Lepastu, Nova akan luangkan masa mengemas bilik, pakaian eiman, menyapu, dan kemudian meluangkan masa untuk bermain dengan eiman. Walaubagai manapun, kesibukan sebagai seorang ibu bekerjaya ia bukanlah suatu penghalang kepada Nova untuk memastikan kulit muka bersih dari sebarang make-up sebelum melelapkan mata.

Oleh itu, harini Nova nak berkongsi satu produk yang mampu membuang make-up dimuka dengan hanya satu sapuan lembut. Tak percaya? Kalau tak percaya anda boleh tengok sendiri kehebatan SkinSoul Ultra Soft Facial Towelettes ni. Tapi sebelum tu Nova nak ucapkan terima kasih kepada Skin Soul kerana sudi memperkenalkan Nova dengan produk yang hebat ini.

Wednesday, 12 August 2015

Makan Sedap di Restoran Kapitan, Lebuh Chulia, Penang

Salam,
Holla hari ni Nova nak sambung lagi cerita berkenaan percutian Nova ke Utara. Tengah hari tu selepas kami checkout, kakak aku cadangkan untuk kami makan di Restoran Kapitan Lebuh Chulia. Kalau ke Pulau Pinang siapa yang tak kenal restoran ni kan. Makanan yang paling terkenal sangat iaitu nasi briyani claypot dan Roti Nan Ayam Tandoori. Syoknya makan, jom tengok apa yang Nova order jom. 

Monday, 10 August 2015

Breakfast dan Mandi Swimming Pool di Hotel Vistana Bukit Jambul, Penang

Salam,
Holla harini saya kembali dengan sambungan cerita bercuti di Penang. haha bila nak habis daa!.. kikiki..So, bangun pagi gosok gigi cuci muka.. terus turun bawah dekat lobby nak bersarapan. Wee bestnyer makan. Eiman pun dikejutkan awal dalam pukul 9.30 pagi macam tu.

Memandangkan aku ni peminat makanan, tawaran breakfast yang menarik merupakan pilihan utama kami. Hotel Vistana ni tidak kurang hebatnya juga. Nak tengok tak? Jom!

Friday, 7 August 2015

Cantik Berseri dengan Andalou Naturals - Fruit Stem Cell Science

Salam,
Holla semua, harini Nova nak berkongsi dengan kawan-kawan satu produk kecantikan yang sangat menarik, sangat awesome! iaitu ANDALOU Naturals - Fruit Stem Cell Science. Nova telah berpeluang untuk mencuba sendiri rangkaian produk penjagaan kulit ANDALOU Naturals dan bukan itu sahaja, Nova juga belajar tips-tips kecantikan dan teknik-teknik aplikasi produk kecantikan yang sebenar. Wallaweh! Dengar pun dah best kan. Memang best sangat.

Lokasi bengkel adalah di BMS Organics, Dataran Mentari Sunway. ANDALOU Skin Care Mini Workshop ini bertemakan "Healthy Skin = Healthy You". Subjek pertama yang kami belajar adalah Skin Mapping iaitu analisis kulit yang dilakukan sejak berkurun lama tidak kiralah dari timur mahupun dari barat. Apa yang Nova belajar adalah, muka kita terbahagi kepada 14 bahagian dan dengan memahami perbezaan pada setiap bahagian ini, makan kita akan tahu apakah punca masalah kesihatan kulit kita. Setiap bahagian ini mencerminkan kesihatan dalaman setiap bahagian badan.