Wednesday, 30 September 2015

Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Jangan Sekali

Salam,
Dalam dunia ini, akan ada banyak Cabaran dan Ujian yang setiap manusia perlu tempuhi tidak kira muda ataupun tua. Cabaran dan Ujian ini bukan sahaja dalam bentuk musibah, kesakitan mahupun kegagalan semata-mata. Kebahagiaan yang dikecapi, wang dan harta, keluarga bahagia dan kesempurnaan bentuk fizikal juga merupakan satu ujian buat manusia. Bukankah manusia itu perlu sentiasa beristiqamah dan bepegang teguh pada jalan yang lurus? Ya.. itulah tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini. 

Monday, 28 September 2015

Makan Steak Paling Sedap di Menate Steak Hub

Salam,
Holla, nama Menate Steak House ni adalah satu nama yang sudah biasa di sebut-sebut di media cetak mahupun media massa. Bagi Nova, Menate Steak House terkenal kerana kualiti steak yang di tawarkan dengan harga yang sangat berpatutan lantas menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang datang ke restoran ini. Walaupun begitu, ini adalah kali pertama Nova menjejakkan kaki ke Menate Steak House. Telah banyak kali melihat rakan-rakan blogger lain menjamu selera di sini, Nova masih belum berkesempatan untuk merasainya sendiri.

Kebetulan, pada hari itu, kawan sepejabat Nova, Kak Byha teringin nak makan steak "Eii... nak makan steak dekat Menate la, Jom!!" Tanpa berfikir panjang, Nova terus setuju dan kami ke salah satu cawangan Menate Steak Hub di Wangsa Maju.

C-Jello Collagen Jelly Bar Yang Halal dan Selamat

Salam,
Holla semua. Hari ni Nova nak berkongsi pengalaman Nova sebagai pengguna produk Collagen Jelly Bar ni selama 14 hari secara berturut-turut. Ye, dah selesai 14 hari Nova makan collagen ni. Happy sangat la rasanya dan collagen ini adalah supplement yang pertama Nova ambil tahun ni. hehe.. So apa yang istimewanya C-Jello Collagen Jelly Bar dari SkinSoul ni. Jom baca.. 

Tuesday, 22 September 2015

Jom Pekena Kak Su Laksa, Kuala Perlis

Salam,
hahaha jauh tu nak ajak pekena. Duduk KL tapi ajak pi makan Kak Su Laksa, Kuala Perlis. hehehe.. ni penutup kepada percutian aku ke utara 2 bulan lepas. hehe.. Alhamdulillah, dengan itu selesailah percutian kami ke utara. Apa yang best sangat Kak Su Laksa ni? .. yang bestnya adalah laksa diperbuat dari beras asli dan segar. Kuah dia memang pekat weh! Dah tu senang nak dapat ikan kan, dia kasi kaw-kaw punya kuah. Adoi.. meleleh air liur ni .. 

ITENERARY / PLAN / TENTATIF BERCUTI DI TOKYO, JEPUN

Salam, 
Holla.. kakak kembali dengan sedikit update berkenaan Jepun. Kakak Nova is dapat banyak emel dan soalan-soalan dari FB berkenaan Japan Trip untuk yang nak redah sendiri/ backpackers. Bila ada masa terlapang sempatlah kakak nak balas semua email-email and pertanyaan di Facebook tu segala kan. Kalau kakak tak terlapang, akan jadi lambat la kan. Sekarang ni pun kakak tengah almaklumlah mengandung trimester pertama so kakak is very the lazy one. Kakak suka lepak-lepak baring je. Jadi untuk memudahkan kakak, kakak tambah lagi info untuk uolls. 

kredit gambar wikipedia

Seronokkah Membeli-Belah di Padang Besar, Perlis?

Salam,
Holla semua, harini Nova nak berkongsi pengalaman semasa di padang besar, perlis. Ya, ini kali pertama Nova ke padang besar kerana banyak cerita seronok yang Nova dengar dari kawan-kawan mahupun jiran yang bercuti ke sana. Siapa tak excited kan? Memang teruja bab shopping ni, maklumlah kaki shopping kan. tepuk pala tepuk pala. 

Masa kami dalam perjalanan menuju ke sana ada dua check point yang kami kena lalu. Salah satunya dengan kastam. perjalanan kami tiada apa-apa masalah dan kami tiba di Kompleks Perniagaan Padang Besar, Perlis lebih kurang jam 12 tengah hari. Tempat parking memang agak susah di sana dan kami memilih untuk masuk ke parking berbayar di dalam lorong kedai-kedai berdekatan kompleks. Kami beli kupon Majlis Perbandaran Kangar.

Wednesday, 16 September 2015

Diskaun 50% Subway Untuk Pembelian Yang Kedua!

Salam,
Holla semua, harini nak share pasal makan lagi.. hahahaha kasi racun.. kita kasi racun bagi korang gemuk macam aku. hahahahaha. Cuti Hari Malaysia tahun ni korang tak ke mana-mana kan, lagipun sebab jerebu teruk kan. So, apa kata pergilah dating ke Subway dan beli 2 subway untuk pembelian kedua dapat diskaun 50%. hehe.. Nova dah 2 ke 3 kali dah pergi makan Subway ni. Memang suka Sandwich Subway ni, roti sedap, isi dalam dia sedap.. sayur segar.. senang cerita Nova rasa Subway ni memang sedaplah!

Tuesday, 15 September 2015

Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis - Makan Tengah Hari

Salam,
Holla semua. Harini Nova nak sambung lagi cerita percutian kami di Perlis. ha.. nak kongsi tempat makan best di Arau ni. Memang kalau bercuti tak pergi makan best-best memang tak sah jalan katanyer! So, dalam misi mencari makan tengah hari, staff di Hotel Seri Malaysia tu cadangkan Restoran Anjung Keli. Abang Bell boy tu cakap "Kalau sesiapa yang datang ke hotel ini mesti singgah di Restoran Anjung Seri, kedai tu tak jauh dari sini". "So.. dekat mana tu bang? Boleh tunjuk jalan" tanya aku. "Senang je.. belok kiri belok kanan keluar simpang dekat traffik light kedua, ambik kanan. Pastu jalan terus sampai hujung.. ha.. sampaila restoran tu sebelah kiri" .. cewah.. cam senang je kan dengar arahan, lepas tu salah jalan. Pasang Waze baru sampai. hahaha!..

Oh.. patutlah gelemer ye, dah masuk JJCM TV3.
Anjung Keli JJCM TV3

Monday, 14 September 2015

Jerebu : Panduan Memilih Topeng Muka

Assalamualaikum w.b.t.
Holla semua, harini akak nak payung satu info berkenaan topeng muka yang sesuai semasa jerebu. Ha... Nova dapat informasi ni pun dari kawan sepejabat Nova iaitu Kak Byha dan Hasni yang tengah bercerita di masalah pasal jerebu ni. Bila Nova dah tahu, rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat dengan semua kerana ia adalah satu maklumat yang sangat penting dan tidak semua orang tahu!!

Anda biasa dengan topeng muka ini?

Thursday, 10 September 2015

Tawaran Fish and Chip MURAH!! di Pizza San Francisco

Salam,
Holla semua, harini kakak nak payung satu entry berkenaan tawaran Fish and Chip yang murah giler-giler di Pizza San Francisco. Jangan cakap kakak tak payung info ye. Nak tahu berapa? Hanya RM 6.90 sahaja hokey!! Tak silap Nova harga asal dia RM 18.90 cam gitu.

Pergh!! Murah tak? RM 6.90 je ni wehh!

Tuesday, 8 September 2015

Trend Terkini - Kening Mata Lebat dan Tebal

Salam,
Holla, nampaknya sekarang ni musim make-up kening tebal dan lebat kan. Kalau yang pandai lukis dan kena pulak dengan muka tu memang cantik jadinya. Tapi ada juga yang tak sesuai lukis kening tebal-tebal ni. Kalau dah ada kening yang lebat tebal dan lawa tu untung lah tak payah susah-susah nak lukis-lukis. Nova pulak memang kening jenis bulu panjang dan lebat. Tak perlu banyak nak alter pun.

Tapi, untuk nampak kemas dan cantik boleh juga Nova kongsikan apa yang Nova pakai dan hasilnya macam mana.

Barang-barang yang Nova perlukan adalah :

Berus kening dan Eye Brow Pencil dari Jenama Elianto

Monday, 7 September 2015

SkinSoul Natural Volume Attack Mascara (Bestseller)

Salam,
Holla semua harini Nova nak share dengan korang pengalaman Nova menggunakan Natural Volume Attack Mascara ni. Ini kali pertama dalam hidup Nova memakai mascara yang bukan sahaja berfungsi untuk mencantikkan bulu mata malah menjadikan bulu mata lebat dan panjang secara semulajadi dalam tempoh 8 minggu. Wow kan! 

SkinSoul Natural Volume Attack Mascara 

Friday, 4 September 2015

Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Sedap & Segar

Salam,
Holla, Nova nak sambung lagi cerita percutian kami ke utara dari Penang naik ke Perlis. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Mak dan kakak aku lena diulit mimpi di dalam kereta, aku pula mendodoikan eiman di pangku, hampir sejam juga nak pujuk dia suruh tidur. Ok apa-apa pun, Nova happy je. Hotel pula dah siap-siap booking Seri Malaysia. Maklumlah Perlis ni kecil je, jadi pilihan pun tak banyak. 

Erm.. amacam, menggoda sangat kan?

Thursday, 3 September 2015

Gadget Yang Paling Sesuai Untuk Blogger -Samsung K-Zoom

Salam,
Holla, hehehe tajuk tu mengada sangat! Kalau ada yang cakap "Sukati la kan nak pakai telefon apa pun. kau sibuk-sibuk kenapa kan?" Meh nak jawab "biarlah aku punya blog kan, sukati akula nak letak tajuk apa" haha #kodahkenapa #komerepekapanilabu Tapi yang pentingnya aku nak suggest kat kawan-kawan blogger mahupun, penggemar gadget yang memerlukan gambar atau video yang cantik, kemudian dengan petik jari je boleh upload gambar di Facebook, Instagram, Twitter, Blog. Wah.. giteww!

Kisah Eiman dan Mummy, Kita Kawan Baik Sampai Bila-Bila Ok!

Salam,
Satu perkongsian dan pengalaman aku semasa mendidik dan menjaga seorang anak yang bernama Wafri Eiman. Dah 2 tahun setengah dah budak ni. Sekejap je masa berlalu. Disebalik sikapnya yang suka berlari, menjerit, memanjat mahupun bergolek-golek di lantai.. ada terselit sikap manja dan penyayangnya.

Wednesday, 2 September 2015

Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang

Salam,
Menyambung cerita yang tak berkesudahan di Penang beberapa bulan lepas, kami telah berjaya menjejakkan kaki ke Muzium Interaktif Seni 3D Terbesar di Penang iaitu Amazing World Studio. Lokasinya dekat je dengan jeti Penang di Port Swettenham. Macam menarik je kan Muzium 3d ni, sebab tak pernah lagi pergi muzium cenggini. Jadi apa lagi jom kita usha gambar dan pose apa yang boleh di buat kat dalam tu jom!

Posing ayu skit!