Monday, 21 December 2015

Krim Siang - Olay Total Effects 7 dalam 1

Salam,
Lately hidup ai penuh dengan stress, diuji dengan dugaan dan cabaran yang memenatkan. Salah satunya adalah terpaksa ualng alik ke Hospital Pusrawi beberapa hari untuk buat ujian darah eiman. Erm.. penat drive, penat nak buat checkup, tambah-tambah dengan pregnant 4 bulan ni. Wowoo tu tak campur dengan hormon badan yang tengah turun naik ni buat muka ai naik gatal-gatal. Seriusly, memang agak stress juga. Muka naik bintat-bintat dan gatal so kena stop pakai makeup dulu sebab nak bagi kulit bernafas.. 

Kemudian, 5 hari yang lepas Nova diberikan peluang untuk mencuba pakai Day Cream - Olay Total Effects 7 in 1. Hasilnya memang tak disangka tau. Bintat merah segitiga bermuda di tepi mata ni makin surut. yey! 

Ha.. ini lah yang Nova cuba ni : Krim Siang - Olay Total Effects 7 dalam 1

Saturday, 19 December 2015

Takut Makan Pedas? Tak Ada Masalah Lagi!

Salam,
Wah.. teruja hari ini nak kongsi dengan kawan-kawan kisah minggu lepas. Nova dijemput untuk "Cabaran Makan Pedas" di Restoran Chilli Rush di Jaya One Petaling Jaya. Makan Pedas? Ya.. ai ni bukan tahan sangat makan benda pedas-pedas ni. Sikit pedas ok.. kalau pedas kaw punya pedas memang ai tarik diri. hehe.. Tapi.. cabaran makan pedas kali ini bukan sembarangan cabaran tau! Memang terangkat habis kerusi meja semua.. huh! Susah nak cakap. Nak tahu lebih lanjut jom tengok cabaran kami!..

Cabaran Makan Pedas? Kau mampu ke?

Thursday, 10 December 2015

Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!

Salam,
Holla..
Bersambung dari kisah kami bersuka ria di Underwater World Langkawi, keluar dari Underwater World tu, kami pun mencari makan dekat kedai-kedai masakan melayu di kawasan pantai Cenang. Kemudian, terus balik ke homestay. Apa lagi kan terus membuat tahi mata la. haha penat jugakla. Petang tu yong dah siap2 book aktiviti nak pergi pantai.. nak tengok ombak dan main pasir.. sebab Pika tak tahu pantai & ombak tu macam mana.. hihi lawak la pika ni.

So, bangun tido dalam pukul 3.30 ptg kami minum petang siap2 kat rumah pastu dalam pukul 4.30 ptg kami terus menuju ke pantai dengan dua budak kecik yang excited tu. hihi..

ehh.. cam mak-mak je lebih ni.. aduh.. ada penguin la..ni mesti terlepas dari Underwater World ni ikut budak-budak berdua tu. 

Tuesday, 8 December 2015

Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi

Salam,
Holla meh nak sambung Percutian Hari Kedua, haha dah berkepam gambar duduk dalam Laptop ni. kah kah takpela pelan-pelan kayuh.. 1st trimester memang gini, mood ke sungai. haha.. alasan sangat! So, Hari kedua pagi-pagi lagi lepas sarapan roti dan nasi goreng di homestay (syok giler kalau mak ada, makan terjaga..kah kah) kami bertolak ke Underwater World Langkawi yang terletak tidak jauh dari Pantai Chenang. Ni pertama kali aku masuk Underwater World Langkawi, kalau Aquaria KLCC tu selalu la sangat masuk. Soo.. excited! Weee!

jom meneroka ke Alam Underwater World Langkawi>>

Yang penting mak posing dulu! kah kah