Thursday, 22 December 2016

Traveloka Contest Week 3 | Pemenang I Need A Holiday Lah!

Salam,
Bahagia nya pagi ni. Alhamdulillah, diangkat menjadi salah seorang Pemenang Minggu Ketiga bagi Contest I Need A Holiday Lah! by Traveloka. Terima kasih Traveloka! I memang suka sangat nak pergi bercuti dengan Family! Yey! Kalau dapat jadi Grand Prize Winner pun best jugak! hahaha... amin..

Ni entry menang tu :

Terima kasih Dahlia, kerana bagi peluang pada Nova untuk join contest ni. Alhamdulillah. im happy that they like my writing dan Nova gembira kerana sedikit masa dan keringat yang Nova luangkan untuk menulis entry ini dibalas dengan hadiah! hahahahahaha. Walauwehapakepunpun, terima kasih pada semua yang sentiasa sokong dan melawat Blog Nova yang tak seberapa ni. Im sorry tak dapat tulis hari-hari sebab sibuk kerja di pejabat dan balik rumah dengan 2 orang anak lagi, husband yang kerja shift dan sambung belajar. Tapi, i tak pernah rasa susah dan terbeban untuk menulis.. menulis blog is my passion and im happy to do it. I'll try my best to update selalu ye.. (janji palsu jangan percaya)! ahhaha

Ok, membebel pulak.. tu je nak share hari ni.. ok dah buat kerja! ok bai.

Sunday, 18 December 2016

I Need a Holiday Lah! Traveloka To Melbourne Australia

Salam,
Holla. Dimanakah Destinasi Impian, Jika Percutian Anda Ditaja oleh Traveloka.com.my? Dari dalam lubuk hati ni, kalau korang tanya aku nak pergi mana? Aku akan jawab "Melbourne, Australia". Kenapa Australia? "Sebab tahun 2015, aku mengidam nak pergi Australia masa aku mengandungkan Fatimah"... ceritanya begini... cewah. Tahun lepas, masa aku mengandung lebih kurang 2 bulan,(masa tu aku tak tahu aku mengandung) aku rasa teringin sangat-sangat nak pergi Australia. Hari-hari aku tengok blog yang tulis berkenaan Australia. Lepastu, hari-hari aku belek tiket kapal terbang. Belek punya belek, aku pun dengan lajunya beli tiket kapal terbang untuk 3 orang ke Australia. Tu pun tak tanya husband aku, dah nak confirm bayar baru aku tanya kot kot kalau dia ada apa-apa hal pejabat atau exam week ke kan. Maklumlah, husband aku tu sambung belajar lagi. So, dengan paksa rela husband aku pun setuju lah dengan percutian yang aku mengidamkan itu.

Kalau angan-angan ke Melbounre ini tercapai, bolehla kami realisasikannya dengan bergambar di Sea Life Melbourne Aquarium seperti di bawah. hehe

Thursday, 1 December 2016

Enchanteur | Cipta Detik-Detik Istimewa

Salam,
Holla semua... wanita pada hari ini lebih yakin, berketerampilan, berkarier, lebih hebat berbanding wanita di zaman dahulu. Apa yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan dalam menghadapi hari-hari yang penuh dengan cabaran?... And mahu tahu rahsianya? 

Semestinya..ENCHANTEUR; pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.

Wednesday, 30 November 2016

Ruam Bayi Powder Bukan Sekadar Bedak Sejuk Biasa

Salam,
Holla semua, apa khabar? harap korang semua sihat-sihat hendaknya. Nova dan anak-anak agak terganggu kesihatan dalam 2 minggu ni, demam, batuk selsema.. Nova harap anda juga sihat-sihat di sana.. minum air yang banyak and rehat yang cukup ya. Walaupun sedikit kelewatan, Nova nak berkongsi dengan anda semua, satu produk yang bukan bedak sejuk biasa tetapi ia bedak sejuk yang luar biasa yang InsyaAllah, menjadi ikhtiar untuk anda yang mempunyai masalah penyakit kulit. Diantaranya adalah seperti Psoriasis, Ekzema, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air, Jerawat, Luka dan pelbagai lagi.

Sunday, 27 November 2016

PSK Panoramic Mascara | Jatuh Cinta Cubaan Yang Pertama

Salam,
Holla. Baru-baru ini Nova diperkenalkan dengan PSK Panoramic Mascara dan dengan hanya cubaan yang perama, Nova telah jatuh cinta. Ha... jatuh cinta sangat sebab Mascara ni buat bulu mata Nova nampak tebal, cantik dan segar. Tidak bergumpal dan huh!!.. mudah sangat nak apply. PSK Panoramic Mascara ni memang menjadi pilihan Nova sekarang ni. 

Saturday, 26 November 2016

Parcel Of Joy & Online Revolution dari LAZADA

Salam,
Holla semua. Ingat tak Nova ada post satu video Unboxing di Instagram dan Facebook? ha.. harini Nova akan cerita lanjut berkenaan Parcel of Joy ni. Parcel of Joy ini sempnea Online Revolution Sale di LAZADA bermula 11 November sehingga 14 December 2016! Apa yang Nova dapat dalam Parcel of Joy ini adalah barangan seperti, Nescafe White Coffee, Maggi Oatmee, Maggi Royale, Tefal Manual Chopper, Ola Bola Bag, Sample Loreal Professional Hair, Mamy Poko Gentle Baby Wipes dan Beg Lactokid dan Carelac Nutri Puff. Seronok sangat bila dapat parcel ni. Dia punya feeling semacam happy camana nak cakap tatau la. Tak kiralah parcel itu hadiah atau beli sendiri. Rasa excited nak bukak barang-barang pos ni memang semacam tau. 

Jom lawati Online Revolution di sini : LAZADA

Parcel of Joy saya

Thursday, 24 November 2016

MOLPay Cash X Motherhood.com.my | Shopping Barang Baby Dengan Mudah

Salam,
Mudah.. ya sangat sangat mudah sekarang ni weh. Tak perlu bersusah-payah kalau tak ada Credit Card, Debit Card atau Online Banking. Pernah dengar MOLPay Cash? Nova pernah bagitahu you guys kan sebelum ni, boleh check entry sebelum ni juga. Bagi yang tak tahu lagi, MOLPay Cash ni memudahkan kerana anda kini boleh buat pembayaran Shopping Online di 7-Eleven yang terdekat dengan anda. Kadang-kadang bila dah hujung bulan tu, paham sangat duit dalam bank makin menyusut dan yang ada hanya cash di tangan. Tapi nak beli barang online jugak kan, pampers anak la, susu la, baju la.. Ya Nova paham. Pernah dengar Motherhood.com.my? Apa yang ada di Motherhood.com.my ni? Ha... macam-macam ada tau seperti diaper, makanan anak, mainan, mandian, barang kesihatan, baju, katil bayi, stroller dan macam-macam lagi. 

Pernah dengar Motherhood.com.my?

Wednesday, 23 November 2016

Nine West | Kasut Berkualiti Dengan Trend Terkini

Bagi penggemar fesyen, jenama Nine West semestinya tidak asing lagi. Menjadi sebutan sebagai salah satu produk fesyen yang mempunyai kualiti yang baik dan setanding jenama-jenama terkemuka yang lain. Ditubuhkan pada tahun 1978, Nine West mendapat namanya daripada alamat asalnya iaitu di 9 West 57th Street di New York City. Nine West dikenali sebagai fesyen yang mengkhususkan kepada pengeluaran kasut wanita yang bermutu. Jenama kasut Nine West West sangat disukai oleh wanita bekerjaya di seluruh dunia kerana ia menawarkan banyak pilihan kasut yang mempunyai citarasa gaya yang berkonsepkan trend segar dan seksi beserta dengan tawaran harga yang sangat berpatutan!

Friday, 18 November 2016

Swissvita Micrite 3D All Use Eye Cream | Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Salam,
Masalah lingkaran gelap bawah mata dan kedutan sememangnya menjadi masalah utama Nova. Namun.. Nova dah jumpa penyelesainnya. Swissvita Micrite 3D All Use Eye cream namanya. Sapu sekali pagi sekali petang. Pufff... hilang dah lebam bawah mata. Dalam seminggu juga Nova dah mencuba tau, kedutan juga makin berkurangan. Kulit bawah mata juga menganjal semula.. memang wow sangat lah. :)

Thursday, 17 November 2016

The Best Of You Julies | Kongsikan Pengalaman Hidup Anda

Salam,
Alhamdulillah, Program The Best of You berjaya membuka mata dan hati Nova ke satu tahap di mana pandangan Nova terhadap individu itu lebih dari pandangan luaran semata-mata. Sememangnya, setiap manusia mempunyai kisah suka, duka, pahit dan manis. Kita tidak akan tahu apakah kisah seseorang itu sehinggalah kita mendengar pengalaman mereka sendiri. Namun, berkongsi pengalaman secara terbuka bukanlah sesuatu perkara yang mudah terutama bagi masyarakat kita yang lebih bersikap menyimpan dan malu. Ya, aku juga ada kisah sedih, suka dan duka.. anda juga pasti ada kisah tersendiri bukan?

The Best Of You yang berlangsung di Aeon Mall Melaka baru-baru ini.

Tuesday, 15 November 2016

Enchanteur Paris | Rahsia Kulit Cantik & Pesona Diri Yang Memukau

Salam,
Enchanteur Paris sememangnya satu jenama rangkaian wangian mewah inspirasi Perancis. Sejak kecil tau Nova memang minat sangat dengan Enchanteur Paris. Iklannya di kaca TV dan media sosial memang ada kelas tau. Enchanteur Paris adalah jenama wangian yang selalu berada di hati Nova, dan produk-produknya tidak asing bagi Nova. Kalau mandi dengan cecair mandian Enchanteur Paris tu, boleh terbayang rasa berada di Perancis tau. haha over kan.

Friday, 4 November 2016

Minyak Herba Asma Mujarab Melegakan Semput, Selsema dan Batuk

Salam,
Holla. Alhamdulillah hari ini Nova dapat mencuri sedikit masa untuk berkongsi pengalaman, menghadapi masalah semput/lelah & selsema yang agak kerap selepas bersalin anak kedua ni. Dalam tempoh satu hingga dua tahun selepas bersalin, semput dan selsema tu memang selalu datang. Tak kira masa, sejuk ke panas ke, malam ke siang ke.. makan lah apa pun, ais ke tak ais ke, kalau dia nak datang tu datang jugak lah. Masa bersalin eiman pun sama juga, lepas mandi jam 6.30 pagi, selalu je kena serang semput ni. Terpaksa juga ambik inhaler untuk kurangkan semput. Masuk 2 tahun lepas bersalin tu baru kurang kena si semput ni. Susah tau masalah semput ni. Bayangkan bila nafas tu patut boleh tarik penuh, ni dapat separuh je.. mintak nyawa wehh!! 

Minyak Herba Asma Mujarab

Tuesday, 1 November 2016

Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask | Mask Tegang, Lembab, Segar dan Memutihkan Kulit

Salam, Holla.
Harini Nova nak kongsi dengan korang semua, pengalaman pakai masker yang best iaitu Grand Imperial Bird's Nest Shallow Nest Silk Mask. Ia bertindak menegangkan kulit, melembabkan menyegarkan dan memutihkan. haa... sekali pakej. Memang Nova suka pakai masker. Masker sangat membantu untuk memulihkan kulit dan memberi tindak balas yang cepat pada kulit. Nak tengok review Nova?..jom..

Sunday, 23 October 2016

Maideasy | Membantu Anda Memudahkan Kerja Rumah

Anda Stress??

 Rumah Bersepah
 Baju Tak Iron
 Kain Tak Dilipat
 Bilik Air Berdaki
✔ Lantai Berpasir
✔ Kipas Hitam
Syiling Bersawang
✔ Cadar Nak Ditukar
✔ Pinggan Kotor
✔ Sangkar Kotor

Bagusnya Kalau ada orang gaji dirumah. Ringan sikit beban nak uruskan rumah...

Kalau itu yang anda perlukan..

MAIDEASY Jawapannya!

Saturday, 22 October 2016

Pengguna Susu Karihome Tegar Sampai Step 4

Salam,
Hola. Eiman masuk je 3 tahun lebih, aku terus tukar susu dia ke Step 4. Huh! Memang tegar sangat ni pakai susu kambing. Dari Step 1 sampai Step 4, eiman tak minum susu selain Karihome. Patut dah dapat award atau jadi Duta Karihome ni. haha Dia pun suke je susu ni walaupun rasanya tawar dan tak manis. Compare dengan adik, wayyy... different. Ok tu nanti cerita lain. So, now eiman sahajalah yang tegar dengan susu kambing.

gambar bawah ni Step 3 tau.. step 4 botol biru.. 

Thursday, 13 October 2016

REVIEW Safi Shayla | Syampu Wanita Bertudung

Salam,
Holla.. semangat ni nak kongsi dengan kawan-kawan semua Safi Shayla dengan Pek Fleksi. Sangat-sangat baru dan panas di pasaran. Pek Fleksi ini sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan tidak memakan ruang yang banyak di dalam beg terutama bagi seorang traveller. Kecantikan yang sempurna perlulah bermula dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Rambut mestilah kena harum sentiasa baru rasa keyakinan diri tu datang secara semulajadi dari dalam diri. Serlahkan keyakinanmu sayang walaupun anda memakai tudung!

Wednesday, 5 October 2016

Masalah Dalaman Wanita Selepas Bersalin? Amalkan ini...

Salam,
Aku bersalin anak kedua dengan cara pembedahan. Sama macam anak eiman, anak pertama aku. Tapi bezanya, kali kedua ni aku rasa lebih takut dan gemuruh semasa berada di dalam OT (Operation Theater) room. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman sakit yang dulu. Lepas melahirkan anakku yang kedua, aku disorong ke bilik untuk berehat. Bermula jam 8 pagi hinggalah 2 pagi keesokan harinya, barulah aku boleh tidur dan berhenti muntah. Agak teruk juga berbanding anak pertama. Selepas hari ketiga, baby perempuanku Fatimah, disahkan kuning dan perlu ditahan di wad selama 1 hari untuk menjalani rawatan fototerapi. Ya Allah, masa itu Tuhan sahaja yang tahu betapa aku berusaha kuatkan semangat untuk berjalan ulang alik dari bilik aku ke bilik lampu. Sakit hanya dikepala pikirku......

Friday, 30 September 2016

Grand Lexis PD | "Abang Teringin Nak Bercuti di Bilik Yang Ada Swimming Pool!"

Salam,
Hola. meh nak sambung cerita percutian aku di Grand Lexis haritu. Search di Kotak Search "Part 1 : Bulan Madu di Grand Lexis Port Dickson" Ecewahh! Korang bacalah entry sebelum ni kalau nak tengok Bilik dan usha-usha apa yang patut. Aku dah letak banyak gila gambar kat situ, siap ada link untuk tempahan dengan kredit RM 90.00 lagi aku bagi korang. Pi cecepat register ok! Ni cerita keesokan harinya, aku dengan husband plan bersarapan di Hotel je. Saja saja nak merasa makanan di Hotel Grand Lexis tu. Grand sangat ke kekdahnya, hahaha. Seorang dalam RM 40 lebih kalau tak silap. Yang penting encik suami belanja, sebab aku dh payung tempat bercuti pakai kredit Airbnb. hik hik.. best. Nak tengok kitorang layan makan apa? Jomm....

Sunday, 25 September 2016

Sista Malaysia | EASY GO Micro Car Charger Terbaik!

Salam,
Holla semua, semenjak dua ni, dah berapa kali aku dan suami ke kedai elektronik untuk beli Charger. Bukan nak cakap apa, kalau beli charger ni bukan boleh gerenti telefon atau tab tu boleh charge terus. Ada sekali tu, beli charger tab, balik rumah tak boleh charge. 30 minit charge pun, masih tak bergerak percent bateri. Aduh, memang masalah aku dengan charger ni ibarat aur dengan tebing. Ntahla kenapa selalu dapat kedai yang supply barang tak berkualiti. Harga beli tu boleh tahan mahalnya, tapi pakai seminggu dah rosak. huh! Handphone dan tab memang selalu kena charge memandangkan kegunaan yang banyak sebab jadi blogger ni tahulah kan, kita ni memang selalu berinteraksi di Media Sosial dan update Blog jadi penggunaan peralatan elektronik ni memang maksimum.

EASY GO Micro Car Charger Terbaik der!

Saturday, 24 September 2016

Peekabook.com.my | Mudahnya Beli Buku Secara Online

Salam,
Anda suka baca buku? tetapi malas untuk ke kedai? Tahukah anda, sebagai seorang ibu bapa, kita perlu mendidik anak supaya mereka gemar membaca sejak kecil? Nova pun seboleh-bolehnya akan mencari peluang untuk mendidik eiman supaya minat membaca walaupun, pada usia 3 tahun setengah ni, dia tidak dapat fokus lama-lama. Asalkan kita sentiasa bersama mereka membaca buku kegemaran itu sudah memadai. InsyaAllah bila dah besar nanti dia akan minat sendiri untuk membaca buku. Baru-baru ini Nova disapa oleh sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembelian buku secara online di Malaysia. Wow, Nova rasa sangat teruja nak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan...

Eiman dan Pocket Library Cerita Kucing

Friday, 23 September 2016

New!! Mary Kay® Undereye Corrector & Mary Kay® Perfecting Concealer™

Salam,
Holla semua. Ya, excitednya nak share dengan korang 2 produk baru dari Mary Kay iaitu Mary Kay® Perfecting Concealer™ & Mary Kay® Undereye Corrector. Best sangat produk ni sebab Nova dah cuba banyak, banyak, banyak kali. Kandungannya pekat dan dengan hanya pakai 2 produk ni dah boleh buat muka jadi flawless. Serius ni. Nova ada letak video review dekat bawah ni, nanti korang boleh tengok ye.

Wednesday, 21 September 2016

Throwback : Majlis Makan Malam Ofis Nova Tahun 2014 (ramai giler dah takda)

Salam,
hahahha nak gelak jap. Buat kawan-kawan yang disayangi.. walaupun ni tahun 2014, 2 tahun lepas tapi aku tetap nak up jugak. haha.. rupanya aku peram entry ni kat draf dah 2 tahun. Kesudah tahun 2016 baru aku release. Aku kasi up jugak sebab bila aku scroll sampai bawah aku rasa nak gelak je. Pulak tu ramai giler dah pindah keluar.. bos aku pun dah selamat naik F52. Jom layan.. tengok korang enjoy jugak tak macam aku. hahhaa.. teringat balik zaman mula masuk tempat baru. Tu sebab aku seronok buat blog. Enjoy tengok gambar lama.. hihihi 

Tuesday, 20 September 2016

Shopping di Hermo.my Bayar Guna MOLPay Cash di 7-Eleven | Mudah Sangat!

Salam,
Holla, pernah dengar MOLPay? Nova pun pertama kali dengar MOLPay haritu. Excited nak tahu. Apa tu MOLPay? "MOLPay adalah kemudahann pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang dibeli dalam talian". Ya, dengan erti kata lain, Nova shopping di Hermo.my, kemudian Nova ke 7-Eleven terdekat dan bayar di situ. Ehh.. boleh ke macam tu? Mestilah boleh! Tapi... macam mana? Ok, meh sini Nova ajar ok!

Nova di 7-Eleven

Monday, 19 September 2016

NEW!! Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Yang Awesome

Salam,
Holla semua. Bestnya harini nak sembang pasal lipstick Mary Kay ni. Sekarang ni hari-hari Nova pakai lipstick ni pergi kerja. Warna cantik, tahan lama, matte, selesa dipakai, menawan uuhhh.. rasa nak grab semua warna tapi "Sabar Nova Sabar!!" Yang ada dalam tangan ai color Midnight Red, Bashful You, Rich Truffle dan paling laris di pasaran sampai habis stok tak lain tak bukan Always Apricot. Semua ada 8 color dan lagi 4 warna adalah Mauve Moment, Powerful Pink, Poppy Please dan Crushed Berry. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick yang baru ini adalah lipstick pertama yang "full-coverage" dan dengan menggunakan teknologi microsphere gel, lipstick ini sangat tahan lama dan tidak mengeringkan bibir.

Lawa sangat la awak ni! cium cikit!

Sunday, 18 September 2016

Bulan Madu di Grand Lexis Port Dickson Ecewahh!

Salam,
Holla semua, haha baca tajuk nak termuntah pun ada. Bulan madu sangatlah dengan anak 2 orang tu kan. Tapi memang masa ni aku perlukan sangat-sangat percutian. Meronta-ronta nak bercuti. Yerla lepas bersalin aku cuti pantang 3 bulan kan, siang malam mengadap anak, berak susu berak susu. Tambah pulak eiman yang makin mengada-ngada sejak ada adik. Tidur tak cukup, mata lebam, badan letih. Jadi apa salahnya kan? hahaha Husband aku la yang nak sangat merasa private pool ni. Dah berapa lama dah dia suruh aku plan ke sini. Plan punya plan, tetiba termengandung lak..terus tak jadi pergi. Takut juga nak jalan jauh, kang terberanak kat PD susah plak. Masa babymoon haritu pun kat KL je. haha okla jom layan gambar best

Memandangkan kredit airbnb aku yang agak kaching, blehla bercuti di Grand Lexis

Thursday, 15 September 2016

Forever Living Products (Membantu Masalah EKZEMA)

Salam,
Holla, pernah dengar tak tentang Produk Forever Living? Ha..Yang paling glamour adalah Aloe Vera Gel nya. Produk Aloe Vera paling laris di pasaran pada masa ini tau. Nak tahu kebaikannya kenalah baca sampai habis ye. Produk Forever Living ini adalah produk yang selalu diamalkan oleh kakak Nova sebagai makanan tambahan/supplement setiap hari. Memang nampak kuat dan sihat kakak Nova ni, walaupun badannya slim, takdalah gemuk macam ai ni kan, tapi kakak ai kuat dan cergas untuk menjalankan aktiviti seharian malah boleh memandu jauh hari-hari tau. So, dek kerana kebaikannya, Nova promote lah produk ni di blog. Bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari makanan tambahan, supplement, atau DETOX, bibir merekah, kulit rengsa dan sebagainya, apa kata anda cuba produk ini. Tujuan utama adalah untuk "Keseimbangan tubuh badan, kecergasan/pengurusan berat badan & kecantikan". Dah ramai yang mengamalkan produk ini tau!

Ini diantara produk Forever Living yang diamalkan oleh kakak Nova

Monday, 12 September 2016

Harum Malam - Minuman Kesihatan Wanita

Salam, 
Holla, amboiii! sejak dua menjak jadi mak 2 orang anak ni kan, kemain la aku ni bersemangat nak menjaga kesihatan dalaman. Haruss! Kalau tak.. sakit-sakit la badan dik non oii. Angin sana, angin sini, lebam bawah mata, tak bertenaga, bau ketiak busuk, bau badan kepam.. isk isk lagi malu kalau cik abang tegur. "Awak dah mandu ke belum?" haha Jadi sebelum cik abang ai tu komen pasal badan ai ni, baiklah hendaknya kalau kita mengambil langkah terbaik dengan mengamalkan.. "Harum Malam........."

Tuesday, 6 September 2016

SGSHOP Malaysia - Pengalaman Menggunakan SGShop Malaysia

Salam,
Holla semua. Semenjak dua menjak ni, Nova asyik browse Laman SGShop Malaysia je, rambang mata sangat ni nak beli macam-macam benda. Harga pula memang bergetar tulang jari ni, tak tahu nak add mana satu dalam bakul. Kalau boleh, rasa nak ambik semua je. Namun. apakan daya.. "di dalam hidup ini, kita perlu membuat pilihan yang bijak". Shopping di SGShop juga adalah satu pilihan yang bijak. Nak tahu kelebihan SGShop ini berbanding Laman Web lain? jom baca selanjutnya...

Semestinya SGShop menawarkan --->

Saturday, 3 September 2016

Review Ecowell Organics : Make-up Cleanser Milk

Salam,
Holla, apa khabar semua, untuk kali yang kelima, Nova akan kongsi dengan anda semua produk Ecowell Organics yang seterusnya iaitu Make-up Cleanser Milk. Ha.. seperti yang diketahui umum, mencuci muka menggunakan pencuci muka sahaja adalah tidak mencukupi. Malah, bagi mereka yang sentiasa menggunakan makeup, proses membuang makeup di kulit adalah satu kewajipan. Oleh yang demikian, anda perlu memilih dengan bijak, produk penanggal makeup yang paling baik untuk kulit anda. Salah satu yang Nova ingin cadang pada anda adalah Ecowell Make-up Cleanser Milk. Bukan sahaja ianya produk organik yang diiktiraf, malah ia juga mampu menanggalkan makeup anda dengan mudah tanpa memberi kesan yang tidak baik pada kulit.

Ecowell Make-up Cleanser Milk di dalam Travel Set (30 ml)

Thursday, 1 September 2016

Raudhah Mart dan Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine” Yang Istimewa

Salam,
Holla, harini Nova nak berkongsi maklumat dengan anda semua berkenaan 2 perkara iaitu Raudhah Mart dan Pollo Mendi “Arabic & Italian Fine Cuisine”. Beberapa minggu lepas Nova dapat jemputan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pasar Mini Raudhah Mart, namun tak ada rezeki Nova nak ke sana pada hari kejadian. Walaubagaimanapun, setelah meneliti maklumat yang dipanjangkan kepada Nova, Nova dapati ada kelainan dan keistimewaan pada Raudhah Mart ini. Apa istimewanya pasar mini ini? haa... meh nak cerita... 

Staff Polo Mendi dan Raudhah Mart bersama pengasasnya

Monday, 29 August 2016

Amez Care : Sanitari Pad Berherba Untuk Kesihatan Wanita

Salam, 
Holla, kakak-kakak dan adik-adik serta uols-uols di luar sana, ni nak tanya, Tahukah anda bagaimana sanitari pad dan panty liner dibuat? Kebanyakan sanitari pad dibuat daripada surat khabar dan kotak yang diproses. Ini menyebabkan sanitari pad mengandungi Toxic Dioxin. Ia juga dicemari oleh kulat, fungi, kuman, kotoran, bakteria dan virus.

aik.. awak lelaki la.. napa sibuk-sibuk ni.. isk isk.. gi main sana. hahaha

Saturday, 27 August 2016

Review Ecowell Organics : Face Tonic

Salam,
Holla everybody. Since this is my fourth entry post for Ecowell Organics. Its been more than a month i have been using this product and to be declared, i am one happy customer. Eh.. tercakap omputih lak. Ok harini Nova nak review satu produk ecowell organics yang sangat ohsem. Dalam pack trial set ini. Face Tonic adalah terpaling favourite.. hehe. Apesal pulak ini paling favourite? .... jom baca selanjutnya.

Friday, 26 August 2016

A-Look Eyewear & O.W.L Eyewear, The Mines Seri Kembangan | Tawaran Hebat! SALE!

Salam,
Holla. Pernah dengar A-Look Eyewear? Mesti biasa sangat dengar kan? haa.. Pernah pergi A-Look Eyewear di The Mines? Ohh, kalau tak pernah pergi memang rugi besar la korang weh. Kenapa? Sebab A-Look The Mines menawarkan harga cermin mata, kanta sentuh dan cermin mata gelap yang paling kebaboom sekali. Serius? Yerla serius ni tau. Tak percaya? Jom Nova cerita.

A-Look Eyewear The Mines di Level 1-16

Friday, 19 August 2016

Review Ecowell Organics : Cell Renewal & Hydrating Face Mask

Salam,
Holla..semua apa khabar? hehe Jom sambung lagi harini, Nova nak review produk seterusnya dari Ecowell Organics iaitu Cell Renewal & Hydrating Face Mask. Kalau nak diikutkan, Nova memang tersangat-sangatlah minat pada mana-mana produk Masker ni. ha.. kenapa minat sangat kan? Sebab, diantara banyak-banyak produk/step yang ada, maskerlah yang paling hebat tugasnya untuk mencantikkan, menggebukan, melicinkan kulit. vass vass vass gitew. haha Sebab itulah, disesetengah farmasi, dijual paket paket masker dengan harga yang agak mahal bagi sekeping masker sahaja dan sekali pakai pulak tu.

Sunday, 14 August 2016

Makan di cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm Cafe

Salam,
Holla, hye semua.. rindunya ai dekat Cameron Highlands. Terasa menggeletar kaki ni tau menahan rasa nak naik ke sana. Aish.. best best. Cuaca yang sejuk sambil makan strawberry memang terbaik! Tambah pula, ada cafe yang menyajikan hidangan yang sedap seperti strawberry scone, strawberry ice cream, Chocolate Fondue. Nyam nyam nyammm.... sedap! Jom layan gambar...

Ha.. ouch! sedapnyer!

Friday, 12 August 2016

Review Ecowell Organics : Liquid Facial Soap

Salam,
Holla. Minggu ini Nova nak sambung lagi review produk dari Ecowell Organics iaitu Liquid Facial Soap. Bagi yang terlepas cerita Nova minggu lepas, Nova nak bagitahu semula yang Ecowell Organics adalah Produk Organik yang diiktiraf. Produk organik bermaksud, kandungannya hanya boleh dirumuskan menggunakan bahan-bahan semulajadi, bebas daripada parabens, sodium lauryl sulfates, petroleum derivatives, pengubahsuaian genetik dan mengandungi antara 70-95% daripada bahan-bahan organik. Kalau nak tahu lebih lanjut Nova dah terangkan pada entry sebelum ini di sini -> Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream 

 Ha.. ini dia Liquid Facial Soap atau Sabun Pencuci Muka dalam Travel Set (30ml) ≧❀‿❀≦

Monday, 8 August 2016

ezbuy Membantu Anda Memulakan Perniagaan Tanpa Perlu ke Luar Negara

Salam,
Holla. Mari dekat-dekat adik kakak, Nova nak kongsi satu maklumat berkenaan satu portal yang bernama ezbuy. Pernah dengar? Tak pernah? takpe, takpe. Kalau tak pernah dengar boleh baca kat sini sampai habis. Kalau pernah dengar pun apa salahnya baca sampai habiskan. hehe Beberapa minggu lalu Nova telah diberi peluang untuk mencuba guna ezbuy. Ia kali petama juga Nova dengar pasal ezbuy ni. Kemudian, Nova terus membelek-belek laman ezbuy dengan tujuan untuk membeli apa sahaja yang sesuai dan rasa berkenan di hati. Pergh! Sekali masuk.. banyak betul barang yang ada di sini. Contohnya, Pakaian, Permainan Anak, Kasut, Beg, Perhiasan Rumah, Barangan Sukan, Automotif dan juga Mobile & Tablet. Ha.. semua adalah di sini. Harganya juga sangat kebaboom dan sesuai bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan.

Friday, 5 August 2016

Review Ecowell Organics : Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream

Salam,
Holla, yes.. seperti yang dijanjikan tibalah masa untuk Nova review salah satu produk dari Ecowell Organics iaitu Ultra Moisturising Eco Bio Face Cream. Selama seminggu Nova dah cuba produk ini dan hasilnya Nova akan kongsikan dengan korang semua dihujung cerita ok. So stay tune ye. First, bila Nova terima produk ini, apa yang terlintas di kepala adalah Wow! "Produk Organik". Memang Nova selalu memandang tinggi pada produk yang organik dan tidak terlalu menggunakan bahan-bahan kimia sebagai kandungan asas produk. So dah ada satu point penting di situ.

Wednesday, 3 August 2016

Review : Revlon Ultra HD Matte Lipcolor

Salam,
Holla semua, haa.. harini Nova nak sharing sikit review produk Revlon Ultra HD Matte Lipcolor yang panas di pasaran. hehe Nova rembat 4 warna matte lipcolor ni iaitu Flirtation, Devotion, Passion dan Seduction. Wee!! syoknye syoknye. Mula-mula beli satu je Passion, lepas cuba terus jatuh cinta. Gigih pergi Watson Aeon Maluri beli lagi 3 warna. Yey! Tu la, memang tak boleh tahan tau tengok lipcolor ni. Lawa-lawa sampai confius nak ambik mana satu. hehe Harganya sekitar RM 37.90 sebatang. Kalau di watson, ada sale sekarang so boleh dapat RM 34.11 sahaja.  

Baby baru Flirtation, Devotion, Passion dan Seduction

Tuesday, 2 August 2016

Makan di Cameron Highlands : Glory 78 Steamboat & Snack Corner

Salam,
Kalau tak biasa ke Cameron Highland memang mati akal juga nak makan sedap di mana kan? Ha, ni Nova nak cadangkan satu restoran yang menarik tertarik debom. haha.. personally Nova suka restoran ni. Masakan dia sedap, tak mengecewakan dan steamboat dia best! Tengah sejuk memang sedap sangat makan steamboat. Panas badan. Tambahan pula, restoran ini mendapa sijil Halal dan Kategori A, bersih. 

So, lokasinya terletak di Brinchang, Cameron Highland. Sangat dekat dengan Smurff Inn Homestay kami. Tak perlu jauh-jauh dalam 10 minit dah sampai. hehe ada anak kecik-kecik ni memang nak dekat dan mudah sahaja. Jom, layan gambar makanan jom..

Kalau ke Cameron tak sah kalau tak cuba air strawberry kan...wajib!

Thursday, 28 July 2016

HFMD atau Penyakit Jangkitan Kaki Tangan dan Mulut Menyeksakan Anakku

Salam,
Harini masuk hari ke 5 lah eiman kena penyakit jangkitan kaki tangan dan mulut. Dan 5 hari jugaklah eiman hilang selera makan. Manakan tidaknya, ulser besar ada dekat bahagian depan bibir. Masuk sikit makanan, mulalah menangis sakit.. sakit. Maka, terus hilang selera makanlah. Sedih betul hati ni kesiankan tengok eiman macamtu. Selalunya dia melompat-lompat keriangan, tapi dah berapa hari ni dia memerap je.  

Mummy rindu telatah anak mummy yang tak reti dok diam ni!

Monday, 25 July 2016

Apple Toner : Produk Percetakan dan Pencetak Laser Pilihan Anda

Salam, 
Holla, Ni nak cerita ni. haritu, ada satu syarikat e-commerce ni tanya Nova jika Nova berminat nak dapatkan sample servis diorang. Oh, boleh juga, kalau bagus untuk dikongsikan dengan pembaca Blog Nova Leeza, apa salahnya kan? So, syarikat ini mempunyai satu website yang memfokuskan kepada / mainstream utama produk-produk percetakan, iaitu toner dan pencetak laser bagi banyak jenama popular yang komersial. So, kalau korang nak cari Canon printer ink, atau drum cartridge brand HP, diorang ni ada semua benda tu. InsyaAllah depa boleh bantu.

Tujuan utama website ini, adalah memfokus kepada memenuhi keperluan pengguna. Masa ai check out Website mereka, memang boleh nampak yang website ini streamlined dan dibuat untuk mempercepatkan proses pencarian pengguna. Produk mereka juga dibahagikan kepada beberapa kategori utama dan fungsi butang Search pun sangat membantu untuk mendapatkan keperluan pengguna dengan beberapa pilihan.

Jadi, katakanlah korang nak cari Canon printer ink, ada 2 pilihan iaitu terus pergi pada dropdown menu ink Catridge, pilih dan klik Canon ink. Kemudian, pilihlah mana satu pilihan korang. Mudah kan? atau, alternatively korang boleh jer taip jenama dan serial number pada ruang carian /search box dia. Carian akan menyenaraikan segala keperluan korang. 

Diorang siap letak langkah-langkah untuk membuat carian jugak tau. Contohnya pada print screen kat bawah nie.

Saturday, 23 July 2016

Lampin Pakai Buang, Pampers Terbaik Untuk Anak Nova

Salam,
Holla, pengalaman menjadi mak kepada dua anak yang comel, mengajar Nova bermacam-macam perkara baru. Pengalaman ini eloklah dikongsi bersama, kerana pengalaman masing-masing membesarkan anak kan berbeza. Jadi bila kita berkongsi pengalaman dengan kawan-kawan, kita boleh buat perbandingan dan ambik mana yang baik dan elakkan mana yang tak elok. So, hari ini Nova nak berkongsi Lampin Pakai Buang yang Nova rasa terbaik buat anak-anak Nova. 

Friday, 22 July 2016

Smurf Inn Homestay Cameron Highlands Unik Dan Menarik

Salam,
Bersambung dengan entry Cameron Highland haritu, Nova dan family menginap di Smurf Inn Homestay di Tanah Rata. Homestay ni baru sangat buka, so bilik pun berbau fresh lagi la. hihi pagi-pagi Isnin, kakak aku call Homestay ni untuk book 2 buah bilik. Boleh kira last minute booking juga sebab malam tadi baru decide nak naik Cameron Highland. Gila? Memang biasa buat kerja gila. Ada keinginan jalan je, jangan pikir susah-susah sangat. Hahaha..itulah tips untuk merancang percutian, iaitu Jangan Rancang!.. rasa nak pergi terus proceed je.haha

Wednesday, 20 July 2016

Althea Turns 1 : Hari Jadi Pertama Disambut Dengan Kontes Menarik!

Salam,
Holla semua. Suka K-Pop? Suka barangan korea? haa.. pernah dengar Althea Korea? Ya, kalau pernah dengar sep skit kita geng. Kalau tak pernah dengar, ni nak bagitahu kat korang ni. Althea adalah sebuah laman web yang menawarkan pelbagai produk Korean-Beauty dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Produk adalah 100% dijamin tulen dan dihantar terus dari Korea ke rumah anda. ha... masa yang diambil pun tak lama, dalam 10-15 hari bekerja. haa.. best kan, best kan?

Yey! Parcel istimewa ini bersempena Sambutan Hari Jadi Althea yang pertama. Kotak pink yang sangat comel untuk Nova dari Korea dah sampai!.. nak tengok apa isi kat dalam? Jommmmm!

Tuesday, 19 July 2016

Cameron Highlands : Day 1 Cameron Valley, Bharat Tea Plantation

Salam,
Holla, harini Nova kembali dengan entry terbaru iaitu percutian Nova sekeluarga di Cameron Highlands. Macam biasa, ini adalah percutian yang tidak dirancang. hehe Kalau yang rancang tu ntah kenapa sentiasa ada je jalangannya ehh halangannya. haha serius typo! So, kami pergi 5 dewasa 2 kanak-kanak, 1 bayi dengan satu kereta je, senang nak gerak ke mana-mana walaupun sedikit tersepit.. hihihi..  Naik ikut Simpang Pulai, tak sanggup ikut Tapah. Itu pun pening jugak sikit, kanak-kanak kalau boleh suruh diorang tido. Plastik beg memang kena standby, takut ada yang muntah.

Destinasi pertama adalah Cameron Valley, Bharat Tea Plantation. Kami bertolak pun dah agak lewat, sampai sini dalam pukul 4.30 petang. Tak sempat pun nak pergi mana-mana sebab kebanyakan kawasan di sini tutup pukul 6 petang.   

Friday, 15 July 2016

Raya 2016 : Ramai Yang Memilih Warna Baju Raya Biru Termasukla Kami

Salam,
Selamat Hari Raya ≧❀‿❀≦
Ya, nampaknya secara kebetulan atau suratan, ramai yang memilih warna biru untuk baju raya hari yang pertama. Tak kiralah biru muda, biru cair. biru pekat...memang bila scroll FB & Instagram, ternyata warna biru menjadi trend tahun ini termasuklah family Nova. huhuhu Mulanya, family abang ai yang siap-siap dah tempah baju raya warna biru ni, dua ke tiga bulan sebelum raya dah siap. Then, kami yang tak ready apa-apa ni malas nak pikir susah-susah, dan ikut sahaja warna family abang. hehehe.. biarlah sedondon semua, takda kompromi. Baju kami pun, beli siap je, senang. Semudah A B C.. haha 

Eiman, dah 3 tahun 5 bulan dah. 
Masa ni, mood dia tengah baik sangat-sangat, tu yang boleh pakai baju melayu, samping, songkok bagai. 

Monday, 4 July 2016

Vitamin C Pahang Pharmacy : Berkesan Hilangkan Jerawat

Salam,
Holla.. mengira hari je kome kan. Dah nak raya sangat dah ni. Sanak sedara pun dah ramai yang balik ke kampung kan, termasukla mengkome kan. Seronok jumpa sepupu sepapat makcik pakcik. Maklumlah masing-masing duduk jauh, setahun sekali baru berjumpa. So, hari ini topik kita berkenaan kecantikan ye. Ada yang tanya pada Nova, bagaimana caranya untuk menjaga kecantikan? Bagimana nak maintain muka bersih dari jerawat? haa...

Salah satu jawapannya adalah dengan amalan pemakanan yang baik seperti pengambilan Vitamin C secara konsisten

Sunday, 3 July 2016

Wahab's Cendol : The Best Cendol In Town Katanya

Salam,
Holla. Bertemu lagi kita hari ini ye. hehe Dah tinggal 2 hari sahaja untuk kita menyambut Hari Lebaran. Harap persiapan telah dibuat, tak kiralah sama ada secara besederhana mahupun gilang gemilang. Ikut kemampuan memasing la kan. Ok.. skip to cerita raya, harini Nova nak kongsi pengalaman Nova bersantap di Restoran Wahab's.. ewah, bersantap kan. Tak nak kalah. haha Masa ni, Nova dah sarat sangat nak beranak lagi beberapa hari je lagi.. tapi teringin lah sangat nak makan cendol! Yerla masa tu tengok ramai kawan-kawan post gambar cendol durian di Facebook & Instagram. Masa tu mak buyong ni memang tak tahan tengok.. meleleh je air liur kan...

Opss terlebih sudah!