Thursday, 25 February 2016

Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah

Salam,
Holla semua.. wah wah ada yang rindu tak? kih kih lama tak menulis dah ni.. meh nak sambung cerita ke Langkawi yang dah tertunggak.. sayang sangat kalau tak update blog sebab banyak kenangan menarik yang boleh dikenang-kenangkan suatu masa nanti. Cewah... eh betui la.. kalau aku bosan2 memang aku buka balik blog lama dan baca balik.. sambil ketawa.. ha ha ha. Ok back to our business.. cewah business plak. Pagi tu, yong aku dah kejut kami awal giler sangat weh.. ketuk pintu suh bangun macam nak carik gaduh tu. Sebab dah booking dan bayar duit bot petang semalam kan,kena lah sampai dilokasi yang dipersetujui jam 8 pagi sharp. 

Budak kecik ni mamai lagi dah kena angkut masuk dalam bot. Aku memang tawakal semoga dia behave dan duk diam2. Eiman kan..mana reti duduk diam2 lama2.
Kakak Pika memang paling eksaited sangat naik bot siap pakai life jacket. 

 Mama dan kakak pika.. ehh.. pemandu bot kami pun ada.. hehe siap berkaca mata hitam.. style la abang ni!

eh.. yang ni lagi la.. hurm... posing ala2 hindustan air terpercik di muka.. haha #dilwale skit bang!

 Aku dengan eiman yang takda mood dah bersedia nak berlepas.. yahooo!!!!

Tengok-tengok siapa yang eksaited lebih? Mak ke anak dia? kah kah..

Lokasi pertama ialah Tasik Dayang Bunting. tu nampak tu gambar perempuan mengandung tengah baring. Ikutkan mitos katernya.. siapa minum air tasik dayang bunting ni.. boleh mengandung.. Iyeke kau ni? bleh caya ke?

Oh lupa nak bagitahu beli tiket dekat mana.. petang semalam kami lepak di Pantai Chenang, di situ ada geng-geng beach boy melayu yang datang tanya kalau nak pergi island hopping dengan kos seorang RM 40 - RM 45 dewasa. Kanak-kanak 5 tahun separuh harga tak silap. Eiman bawah 3 tahun free je rasanya. hehe.. Mak dengan yong ok je bila aku ajak pergi.. lagipun kitorang takda plan apa sangat esoknya.

Yey.. dalam 10 hingga 15 minit rasanya dah sampai dah Tasik Dayang Bunting ni. Bayaran masuk adalah RM 2.00 seorang. Disebabkan kami pun sangat lapar pagitu tak sempat nak sarapan, kami makan di kedai makan belakang tu.. Agak mahal sikit, biasalah.. janji makan kenyang dan bertenaga sebab nak panjat banyak anak tangga ni untuk sampai ke tasik dayang bunting. 

Largest Fresh Water Lake.. wah wah.. first time ni sampai sini.

Eh.. kak pika buat apa tu?... hehe

Tengok mak aku.. "Tangkap gambar mak satu!" katanyer...
  
Uish.. hero aku ni dah eksaited nak panjat tangga kemain kengkang kau ha...!!

Pergh!!! giler penat. Siap kena kejar monyet lagi sebab bawak bekas plastik polisterin. Mak aku yang kene kajar dengan beruk2 tu.. last2.. dia campak bekas polisterin tu.. kerumun la beruk di situ. haha.. kesimpulannya jangan bawak bekas plastik yang mencurigakan beruk. Nanti kena kejor.haha nerbes tau!! Tak suka beruk!


Yey!! dah sampai.. wah!!!

Eiman dah penat.. kah kah.. tula memula kemain bertenaga panjat tangga kan..ni dah berpimpin dah!

hashtag..akutakdastamina

Perjalanan terganggu dek beruk2 yang melepak tepi tangga.. haha takut nak turun wehh..

weewitt!


Cantik tempat ni. Hijau.. nyaman dan segar!!! suka!

Posing satu! 

ehh.. cekcilak awek sebelah ni..

Mummy dengan pika

Lawa.. kalau rajin bolehla berkayuh pulak.. aku memang dah pancit. so nak balik je rasanya. hahaha..

Gagagaga..nampak tak kepancitan kami.. semua duk tongkat kaki.. dah penat nak panjat pulang ke jeti balik.. ahahha

Yey dah nak sampai.. yey!

Menunggu bot kami.. kena ingat nombor bot.. dan bila semua ahli bot kita dah sampai baru boleh gerak ke destinasi seterusnya.

Next.. tengok helang.. dan bagi makan helang. ermmm.. kitorang takdala bagi makan, pemandu bot tu je dah ada ayam cincing.. dia tabur kat air dan helang pun datang menyambar dengan gagahnya. cewah.. gagahla sangat.

 Pertama kali eiman tengok helang.. suka kemain dia.. bagusla anak-anak belajar.

 Helang merah

eh.. penat dah tu.. hihi next destination adalah Pulau Beras Basah

dah pukul 11 lebih macam tu.. agak panas cuaca....sampai dah kami di Jeti Pulau Beras Basah

 dah lama dah pakai baju swimmming tu.. tapi tak swimming2 lagi kak pika.. hehe

Air jernih .. lawa angat aih!!

Ikan yang diberi makan roti.. hehehe


hehe.. ok pika dh bleh mandi dah..


"Tangkap gambar mak kat sini"

Kat sini tak ada tandas.. so pepandaila nak hidup. agaga.. ada kedai runcit jual air dan jajan.. mahal weh... dahaga punya pasal beli jeler

Pasni semua posing2.. buat kenangan

Alala manjanya mak..


Sarang hae :)




Ok last...

Ni air Tasik DAyang Bunting yang siap di pek ada dijual di kaunter bayaran masuk RM 3. Mengikut kata penjaga disitu air tasik ni bersifat alkali jadi bila seorang wanita minum air ni, ia akan menurunkan kadar keasidan badan wanita dan sekaligus menggalakkan badan untuk bersedia untuk mengandung. Erm.. katanya dah ada kajian berkenaan air tasik ni dan keadaan batu kapur di situ yang menyumbang kepada kealkalian air di tasik.. erm. Aku beli 2 ke 3 botol camtu.. memang laju jela aku minum.. dahaga punya pasal kan.. 

dan tak semena-mena.. aku pun bunting balik dari langkawi ni. wakakaka.. 

Ni dah 6 bulan setengah.. kih kih...

ok.. sekian. tata  ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Langkawi Trip Post Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k: 
Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!
Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah
Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park
Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi