Thursday, 17 March 2016

Menara KL : HiTea Restoran Atmosphere 360 Sambutan Hari Jadi Nova

Salam,
Holla.. 14 Januari Sambutan Hari Jadi Nova paling surprised dan paling best. hehe tak sangka sangat aih husband ai ni pandai la pulak nak booking-booking Restoran Atmosphere 360 ni. Romantik plak rasanya.. kah kah.. Tak tersangka.. manusia paling tak pandai romantik ni, bila sekali romantik.. wah wah.. bergetar saraf sendi tau! kah kah

Walaubagaimanapun, ai tetap dapat korek rahsia lokasi yang dia nak bawa sebelum hari kejadian. haha isteri kan private investigator. hehe.. Terima kasih abam. Dia cakap kita Hi-Tea ok tak?.. ke nak dinner?.. Ai is ok je.. asalkan abam belanja. haha.  

Terima kasih abam ≧❀‿❀≦

Berbunga sangat aih.. dapat makan berdua. Jarang-jarang dapat dating macam ni.

Hi-Tea ni dah macam lunch set plak. Banyak makanannya..

Selfie satu

Ni menu yang pertama rasa nak jamah mee, roti bom, murtabak dan kari..

Aku memang budget nak makan jela datang ke sini. Tak harap langsung nak hadiah or nak demand apa2. Masa tengah makan, tetiba ada couple depan kitorang ni, boyfriend dia buat surprised.. staff restoran bawa sepotong kek dinyalakan lilin dan nyanyi lagu "Happy birthday".. wah wah.. hebatnya!.. romantik giler aku cakap kat husband. Erm.. pastu dia tanya "Nak ke macam tu?"... haha aku gelak dan cakap "Tak payahla.. abang takkannya nak buat macam tu.. takkanlah abang nak arrange benda-benda fancy macam tu!!, kenal sangat!, ni dapat makan kat sini pun dah bertuah badan!" ..

Okla.. selesai tengok couple depan beromantik, aku pun terusla menyuap makanan, aih.. dalam 10 minit selepas itu datanglah lah segerombolan staff bawak sepotong kek dengan lilin lalu tepi aku.. dalam hati "Siapala pulak dia nak celebrate birthday lagi"...  aihh.. berenti pulak kat meja aku... hahahahahahahaha aku ketawa berdekah-dekah kot. Biar betik kau bang!!... betul ni.. betul ni.. aku cam tak caya.. kah kah.. lawak kot laki aku ni. Maka aku pun dapat jugak nyanyi-nyanyi dan kek sepotong tu.. hahaha

Aku cubit pipi laki aku tu.. apala ko ni comel sangat harini. hahaha... boleh tahan la..ada improvement. haha.

Meh bergambar dengan kek yang kena nyanyi2 tadi.. malu pun ada jugak.. mih mih

Terima kasih abam!

"Potongla kek tu!" kata abam

Pas makan kek, aku sambung cari makanan lagi kat area buffet.. lapar lagi. Walaupun terkejut dengan surprise, lapar tetap lapar.. haha... Menggila juga makan selagi boleh.. Dalam bersantap secara romantik tetiba husband dapat call "ahh.. ye ye.. dekat atas lah" katanya. "Apehal?" tanya aku. "Oh takda apa,budak office call" katanya. Bulat-bulat la aku percaya...

Tak lama lepastu, datanglah seorang amoi bawak sejambak bunga ... berhenti sebelah meja.. senyum kat aku, wish Happy birthday dan bagi aku bunga tu... "Kah kah kah" ketawa aku lagi.. ini memang romantik tahap gaban ni. Bergetar tulang rusuk adik! kah kah..

aww... awww...

Aku pun suapla abam sebab abam comel harini. kah kah kah

Ok, tu je romantik yang aku dapat haritu.. seronok gak la.. sesekali macamtu. haha entry ni banyak ketawa je.. sebab macamtula perasaan aku masa kat atas menara tu. Ok dah jom tengok makanan apa yang ada untuk HiTea..
Rojak buah

Kuih popia

Roti Bom

Murtabak dan Kari

Roti & soup

kek-kek comel

Mee goreng dan Sosej

Pizza

Kentang goreng

Nasi dan lauk..

Steamed Chicken

Mee goreng

Sambal Udang

Ayam Goreng

Untuk yang Vegetarian pun ada ye


Dim Sum

Fish Ball

Eskrem

Sandwiches

Mee soup

Minuman Panas..

Huh.. boleh tahan banyak pilihan. Rasa makanan erm.. boleh tahan la..Tempat lawa.. makanan boleh tahan. hehehe.. yang paling best keromantikan si suami bagi 5 bintang. kah kah..

Selfus lah bila dah kenyang

Comell la awak ni.. nak berkenalan boleh?

Selesai makan, bergambar la tepi menara KLCC. Restoran ni memang berputar. Dalam masa satu jam akan complete satu pusingan view KL.

Yey... its my tummy dah muncul. Masa ni baru 5 bulan

Staff Restoran Berputar tolong ambil gambar kami berdua.

erm...

dah settle makan dan kenyang, kami turun ke tingkat bawah nak tengok view kl dengan teropong ajaib dan bergambar dengan Tokyo Sky Tree.. Baru 2 menara je aku pernah naik.. 

Tahun depan adik nak sambut birthday dekat menara lain pulak boleh? .. kah kah

Maka dengan itu tamatlah episod  HiTea Restoran Atmosphere 360 Menara KL mih mih..

ok.. sekian. tata  ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!