Wednesday, 2 March 2016

Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park

Salam,
Holla.. hehe tak sabar nak habiskan entry langkawi, pasni tinggal 1 je lagi ni.. sebelum aku megkeluarkan baby ini, aku akan pastikan semua entry aku berjaya di publish! Ganbate!!!! Chayok!! hehe so hari ke 4 dan last day hari ni.. kami ke Bird Paradise Wildlife Park. Tujuan utama untuk membahagiakan kanak-kanak yang sangat suka akan binatang. hehe.. Katanyer binatang kat sini jinak-jinak dan pengunjung boleh bagi makanan pada binatang. Wallaweh! Haritu masa eiman dan kak pika pergi di Farm in The Zoo di Serdang pun dah kemain eksaited.. ni macam mana la kan.. mesti best. Nak tahu best ke tak.. jom layan entry seterusnya...

yey.. di sini lah Langkawi Bird Paradise

Mula-mula masuk tu kena beli satu bungkus set makanan untuk binatang2 ni. tak silap RM 5 sahajor. Ada karot, kobis, kacang, dedak dan apa2 lagi tah. Aku pun tatau mana satu binatang ni makan.. baling2 je kalau dia makan tu yer la tu makanan dia.. haha Cam biasa.. aku dan eiman dah tak sabar nak tengok binatang2 ni kan. Jom layan jom jom kembara dengan aku. 

Mula-mula jumpa flamingo ni.. jinak wehh.. bleh gosok2 kepala dia.. agaga

Eiman : "Its a bird mummy, its a bird"... 
Mummy : "yer yer.. bird bird. kasik dia makan.." 


kakak pika pun bagi makanan jugak... kenyang burung kat sini.. asik makan je.. tak sempat lapar dah ada orang suap makan lagi 

suka ye kak pika

Pastu .. ada burung kakak tua.. wah wah comel la awak ni.. 

Hebat tak hebat burung ni guna paruh dia panjat tiang

then baru letak kaki dia di tiang tu.. power power!!

Next burung Jenday Conure.. haha..

Yer.. ramai juga warga arab yang melancong di Langkawi..kat sini pn ramai. 

Eiman suap kuaci kat burung. haha mula-mula takut, tengok anak arab tu buat baru dia nak cuba

Kakak pika plak..

eiman memang suka fish.. 

Oh my anak rusa ni comel sangat. muka cam nak minta pelempang sebab comel sangat!

Eiman bagi makan carrot.. belasahla nak.. asalkan rusa ni makan

eh kambing pun ada.. si rusa dan si kambing.. eiman pun confuse masa satu rusa mana satu kambing

eh.. ada maskot monkey la.. eh cam beruang pun ada.. ntahla.. janji muka comel tak menakutkan eiman. hihi

ermm.. ni apa dia.. raccoon kan..

Nampak macam ganas je. aku duduk jauh je dari binatang ni.. ewww

nak bagi makan takut je tangan kene gigit...

ha.. ni musang kan? tido je kau ye.. kenyang agaknya

Next is, burmese python

belingkau

wah wah.. ni best ni. Burung kenari.. comel je kiut2.. letak makanan atas tangan nanti dia hinggap.. geli geli geli... 

haha.. geli la

eh.. pika pun berani. excited budak ni

haha.. bagus eiman berani.. terkekeh2 dia gelak2.. geli jugak kot

ahh.. siapa tahu ni apa?.. inilah si bijak pandai sang kancil. Kalau aku cerita kat budak2 ni mesti tak paham. Zaman mak mak korang dulu je layan cerita sang kancil ni. Korang lain.. dah ada upin ipin & boboboy la..

Camanala kecik camni pun boleh tipu buaya.. haha..

ehh.. abam pun bagi kancil makan.. hehe baik baik abam takut nanti kene tipu dengan kancil

burung.. ehhh apa ekk.. burung puyuh kan.. (quail) yang goreng pun sodap tu kan?

Kasik ayam itik makan.. kesian.. kampung takda ayam itik.. camnila

Oh.. si merak yang angkuh

Itik nak makan.. belasah jela.. kasi la dedak ke apa..

Ha... berpeluh dah eiman.. lenjun basah aih

oh binatang ni.. aku tak suka. dahla bising.. pastu masa bagi makan macam nak patuk orang.. pastu boleh terbang2 keluar sangkar.. tengok dia terbang keluar.. aku menjerit sikit punya kuat. haha eiamn dah lari dulu dah.. so aku yang tertinggal kat belakang..

mencik! lepas daddy lalu tepi dia je dia terbang keluar.. haih anak aku dah lepas ke depan..

Next, landak..

Yang ni rasa risau jugak.. bukan dia boleh shoot orang guna lidi kat badan dia ke?

hehe.. nova dan mak.. mak dah lama menunggu kat air terjun ni nak posing.. haha..
mak oh mak.. sayang mak aku ni..

eww.. geli tak nak cakap

next, burung unta

nak kasi dia makan kene letak dalam cebuk.. kalau ko sua tangan.. dengan tangan ko sekali dia ngap hahahaa

bagus pika bagus!

comel.. rusa..

rusa ni.. ntah bila la nak kenyang. kuat makan... agaknya ramai kot dalam kandang ni tu yang berebut skit makanan..

lama jugak singgah kat sini.. walaupun tahinya.. ermmm... harumm!

suka ye anak mummy ni.. nanti mintak daddy satu rusa kita bela kat rumah

oh.. ikan.. fish

pun bersidai kat sini lama


Banyak kan?... suka suka!

Kawasan dia besar dah tu lawa pulak.. cantik di mata.. hijau je

last one.. kandang arnab..

Banyak sangat arnab tau! kandang arnab ni besar sangat!

Budak excited tak nak balik

mainlah puas2... bagi dia makan bagi bagi


hhihihi last posed!

Alhamdulillah.. kesimpulannya memang best sangatla kat sini. Binatang banyak.. berbaloi. kanak-kanak pun suka. Mak lagi suka. Kalau ke langkawi jangan lupa bawak anak tu singgah di Bird Paradise Wildlife Park ye!

ok.. sekian. tata  ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Langkawi Trip Post Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k: 
Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!
Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah
Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park
Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi