Monday, 14 March 2016

Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi

Salam,
Holla.. wah wah.. yey.. selesai 4 hari bercuti di Langkawi, boleh kira kami telah berjaya menghabiskan masa di Langkawi dengan jayanya. Not bad for family trip yang ada 2 kanak-kanak. hihi.. ada lagi yang tak pergi seperti Cable Car, Tempat-tempat sejarah.. maybe bila budak-budak dah besar sikit boleh repeat sekali lagi. Bukan apa, risau malam tak tidur kalau bawak redah tempat pre-historic ni. hehe.. 

So, last day selesai exploring Bird Paradise Wildlife Park, kami shopping last di Gamat Nusantara, beli produk Gamat which is Mak punya feveret place. Opposite / seberang jalan kedai Gamat Nusantara tu ada kedai pakaian. Aku shopping kain batik corak lawa-lawa kat situ le. haha.. mak memang suka produk longgok-longgok camni laju je dia pegang purse. hehe.. mak ai memang tak pernah pergi Langkawi.. so dia memang suka sangatlah bercuti di Langkawi ni, siap cakap nak datang lagi sekali. Yerla mak.. no problem. Cukup ongkosnya kita datang lagi ye mak. hihi..

Gamat Nusantara, salah satu port shopping minyak gamat yang glemour di Langkawi ni. Aku pun bila masuk kedai ni dah tak tahu nak ambik apa.. rambang mata. hehe.. sediakan duit jele.. 


Ni minyak gamat mendidih, kalau celup tangan dalam ni tak melecur.. ye ke.. aku rasa panas je.. haha 

Ah ni adalah herb dan akar kayu yang digunkan untuk buat minyak gamat. Bukan gamat semata-mata tau!

Mummy gamat namanya

Meh rapat-rapat meh pilih-pilih. Macam-macam produk gamat ada. sabun muka, sabun ketiak, sabun pencuci wanita, aih. semua adalah.. tidak terlupa juga.. minyak buat abang-abang power khamis malam jumaat. hahahahaha aip!! 

Bedak pun ada.. semua keluaran tempatan. Bagus-bagus sekarang ni pengusaha produk tempatan ni makin canggih la.

Apa tu mak?

Selesai shopping berkodi-kodi, lupa nak tangkap gambar hasil shopping, hehe terus kami menuju ke Airport Langkawi dengan laparnya nak makan Laksa Ikan Seekor, pasembur dan macam-macam lagi. wah wah.. ni first time aku nak makan kat sini, teruja sangat aih. 

Excited makan tepi laut.. syok wooo!

ini dia! Marey marey marey marey makan! Laksa ikan sekoq!

Char kueteow pun ada weh!pesta pesta!

Pasembur lagi.. rojak lagi.. semua mak nak order! sabo mak sabo!

Yong dengan mak.. 

Jemput makan ye kawan-kawan

Kedai bawah pokok tepi pantai

Sedap kakak?.. hihi..

haha.. napkin anak... mak pinjam je.. mak kalau makan laksa memang bersepah kah kah

Flight malam pukul 8 camtu tak silap. Dari KLIA2 kami naik ERL ke LRT Salak Selatan. Kereta memang parking sini. Alhamdulillah kereta selamat menunggu tuannya pulang. hehe barang toksah cakap.. dengan anak dengan barang.. haha nasib la abam saya gagah.. hihi muah cikit!

Excited naik ERL

Tu dia.. separuh luggage.. tu luggage beranak tu.. beg pun memasing beli lagi kat Haji Ismail Group.

hihii... seronok giler jalan Langkawi.. Puas hati dapat bershopping sakan. Pastu makan pun sedap-sedap. Seronokla langkawi. Lenkali nak datang lagi!!!

langkawi tunggu mak aku datang!

haha..

Maka tamatlah episod langkawi kami. mih mih..

ok.. sekian. tata  ≧❀‿❀≦

Untuk Membaca Semua Artikel Langkawi Trip Post Sila Search Tajuk berikut di dalam Kotak Search blog ini k: 
Percutian ke Langkawi Day 1 - Restoran Wan Thai Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Underwater World Langkawi
Percutian ke Langkawi Day 2 - Main Pasir di Pantai Cenang! Pengalaman Terbaik!
Percutian ke Langkawi Day 3 - Island Hopping Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah
Percutian ke Langkawi Day 4 - Bird Paradise Wildlife Park
Percutian ke Langkawi - Shopping & Makan Laksa Ikan Seekor di Sebelah Airport Langkawi