Tuesday, 26 April 2016

Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD

Salam,
Harini nak kongsi percutian kami di Glory Beach Resort Port Dickson. Masa aku pergi ni musim cuti sekolah. So kemeriahannya macam kenduri kawin le kat lobby hotel tu. Check-in pun ambik masa 40 minit kau. haha.. aku ok je meriah-meriah ni, kalau family aku je kat Glory Beach Resort ni pun apa cerita kan! Scary kot.. Aku book resort ni pun last minute, terus call receptionist  hotel ni, nanti nak guna rebate government staff. hik hik... ni website nya -->> http://www.glorybeachresort.com/


Nak tengok bilik? ah jom!
Ni bilik pertama. Bilik kedua single bed. 

Sebenarnya aku salah budget, tak tengok betul-betul keluasan bilik, main taram je setuju 2 bilik. Nasib le boleh himpit-himpit skit lepas la untuk family aku 5 dewasa 2 kanak-kanak. Yang bawah ni pula hall dan kitchen. Tak boleh masak pun, panas air dan simpan makanan sejuk je.

kredit gambar website Glory Beach Resort PD

Ni bilik air.. sharing is caring

Pantry.. nak cakap kitchen tak memenuhi kriteria plak kan.

"Ambik gambar mak satu dik!"... hihi

Ok habis dah show off pasal bilik, meh nak share aktiviti bebudak ni kat pantai. Petang tu lepas check-in semua orang membuta. Bangun pukul 5.30 petang terus ke pantai. Misi utama main pasir dan mandi laut.

Eiman, dengan pengorek pasirnnya. Beli kat Tesco Ampang RM 30 lebih tak silap

Pika dan Eiman.. kawan baik. Main sama-sama melompat sama-sama, makan sama-sama.. tido je tak sama-sama. aishh...

Seronok nampaknya tu


Kakak aku yang No. 2.. 


Eh.. cam kenal je si silang kaki ni.. haha masa ni aku dah mengandung 4 bulan lebih.. gigih nak bercuti hokey!

Ni la kami 3 adik beradik perempuan.. ya, tahu sayala paling gemuk di situ.

hahaha.. pose hantam sahaja


Ha.. giler penuh pantai. Ramai yang memilih Glory Beach Resort PD ni sebagai lokasi Family day. 

Main ayor

Ai is lepaking je kat pasir.. malas la nak basah.. dah puas mandi laut masa kecik-kecik

Sambung balik main pasir.. mainla Pika..asalkan bebudak happy ≧❀‿❀≦




Yang aku tahu main pasir ni memang bagus untuk perkembangan sensory motor kanak-kanak. Ni rasanya kali kedua la di Pika main pasir, first haritu kat Langkawi. Memang aku yang pilih PD sebab nak bagi depa main pasir. Seronok sangat kata si Pika. Tak puas main pasir kat Langkawi katanyer. ha.. mainla mainla Pika. Eiman tu pun sama je.. nak suruh balik sikit punya payah.. 


Eh.. eh.. abam saya... agagaga

Paling syiok sekali.. mak aku tu. Duduk je kat atas.. langsung tak nak pijak pasir.. malas katanya. haha 

Glory Beach Resort PD ni sebelah dengan Avilion PD

Ha.. matahari pn dah nak melabuhkan sayapnya..cewah.. lawa pulak gambar ni. Kakak aku denga pika, husband aku dengan eiman. Kenelah jaga bebudak ni mandi laut.. 

Babai matahari.. jumpa esok ya!

Ok.. itula hari petama kami di PD.. seronok kalau dapat pergi sekeluarga. Bagi aku yang penting anak-anak gembira. kan kan kan..

Ok... sehingga berjumpa lagi.. Nanti aku update Hari kedua. haha 
ok.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!

Untuk Baca Artikel Selanjutnya Berkenaan Percutian di Port Dickson, Sila Search tajuk berikut di kotak Serch blog ini k :

Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD
Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!
Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang