Wednesday, 6 April 2016

Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place

Salam,
Holla, harini Nova nak berkongsi satu kedai makan yang sempoi di Port Dickson. Nama kedai ni Cowboy Place. Lokasinya di  Jalan Pantai, Batu 6, Port Dickson. Kalau guna waze pun boleh jumpa. Ni pertama kali Nova menjejakkan kaki ke sini, atas recommendation kakak ai. Kedai ini berkonsepkan koboi, menu ayam panggang, sup dan sambal, nasi kukus dan air buah. Dihidangkan di dalam bekas polisterin. Kalau waktu tengah hari memang agak padat terutamanya apabila musim cuti sekolah. Namun disebabkan penyediaan makanannya mudah, jadi pengunjung tak perlu menunggu makanan lama sangat.

Keadaan di dalam Kedai Cowboy Place

Kami duduk di bahagian dalam sikit, sebab depan tu dah penuh. Meja dan kerusi memang banyak.

Kat sini boleh order berapa set nasi kukus ayam panggang yang korang nak, bagi tahu meja nanti dia hantar

Kalau nak selain ayam panggang, nak set sayur ke boleh pilih di sebelah, ada yang dah masak dan ada yang kene tunggu.

Huhu.. tapikan disebabkan kami dah terlalu lapar tengah hari tu, aku dah terlupa nak ambik gambar nasi kukus ayam panggang ni. Adoii... lapar wehh! haha sorry. so kalau nak tengok nah 2 pautan di bawah yang ada kongsi gambar makanan.
  1. Trip Advisor
  2. Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place Port Dickson Janjikan Suasana Unik

Red Indian

Yang ni memang tak lupa. Gambar sekeluarga wajib. agagaga

nah

nah lagi

dan lagi..

"mak nak gambar kat sini"... hahaha.. mak mak...

Alhamdulillah. Kenyang dan bayar la ye. Jangan buat2 lupa lak.haha Haritu kakak aku belanja kami. Thank you kakakku sayam. Kesimpulannya pada pandangan peribadiku, konsep cowboy tu sangat menarik, siap ada tempat nak bergambar. Bgai 5 bintang. Makanan, ayam panggang agak kurang kick, sos pun agak kurang pekat. Tapi dengan harga yang ditawarkan ok la, tak ralat pun. Kalau lapar dan nak cepat memang di sinilah kami akan singgah lagi. Nova bagi 3/5 bintang.


ok..kalau korang datang ke sini juga bolehlah kongsi pengalaman korang dengan Nova. Best ke tak?

Ok. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!

Untuk Baca Artikel Selanjutnya Berkenaan Percutian di Port Dickson, Sila Search tajuk berikut di kotak Serch blog ini k :
Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD
Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!
Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang