Thursday, 28 April 2016

Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!

Salam,
Haa...tengoklah, sikecik tu tidur nyenyak habis.. penat main pasir dan mandi laut letteww.. katil ni memang dia je yang konker. Mak pak tidur tersepit je celah-celah mana yang ada. Berpusing 360 darjah toksah cakap. aish.. kaki kat muka aku tu dah biasa sangat. haha. pehtu kain napkin tu 24 jam mesti ada. Orang lain, baby je pakai, anak aku.. sampai 3 tahun setengah duk berkepit dengan kain. Apa nak buat dah itu hobi dia. "Mana Kayin eiman? .. Mana kayin eiman?" tanya si kenit tu kalau kain dia hilang. tak pun.. "Nak kayin bawu! Nak kayin bawu!" kalau kain dia kotor huhu memang restok je manjang kain dia tu.

Ololo.. comel je tido mulut nganga2
Berbalik kepada cerita kami Day 2 di Glory Beach Resort PD

Lepas breakfast, kami turun ke pantai nak main pasir lagi. Tak ambik gambar breakfast pun..mana taknya, cafe hotel dah rasa macam kantin sekolah. Tempat duduk takda, meja tak kemas, pinggan sudu tak cukup, makanan pulak pantang refill je hilang. tak sempat nak sambar.. maklumlah cuti sekolah kan.. bersabar dan bertabahlah. Ambikla mana yang boleh capai dulu. Janji perut kenyang kan. Apa-apa pun yang penting kene berchukurrr!!

Pika dan mama dia gi mandi swimming pool. Aku dengan husband decide tak nak bagi eiman mandi pool, budak ni bukan boleh pool yang dah keruh tu, macam2 ada kat dalam.. kang tak pasal lak balik bercuti, nak kene jaga dia demam ke selsema ke..Kak pika takper, dah besar. Antibodi dah kuat. hehe so eiman jom la main pasir kat pantai jela.. 

Moh le kita membina istana pasir bersama

Ni dalam pukul 10 kot, matahari boleh tahan la .. berpeluh jugak la aku.

Air pun surut pagi tu, tak macam petang semalam. So kitorang bleh lepak ke tengah sikit, main pasir yang lembab2 basah tu..

apehal?

panas ke?

Inilah istana kami. memandangkan kami  tak bawak kelengkapan bermain pasir.. so binalah apa sahaja yang termampu.. kah kah..

Setinggi yang boleh.. haha..

Eiman cakap "its a ship mummy!".. ermm.. ship pun ship la..

Ni pulak part paling gedik.. nak tulis nama atas pasir.. husband aku memang cukup menyampah kalau nak romantik-romantik tulis-tulis nama cenggini. Cam budak2 katanya... alololo.. biarla kan.. romantis apa.. hahaha..  

Ni pun kene paksa ambik gambar aku dengan tulis nama love love ni.. nak suh dia join sekali.. huh!...
mandi bunga aku kalau dia nak bergambar berlove-love ni.. hahahaha

Dan.. disebabkan kemataharian yang telah bersinar dengan teriknya, maka aku pun memujuk eiman bermain di kawasan yang redup ni. hihi.. sambung balik main pasir sampai pukul 11 pagi cenggitu. Jap lagi nak checkout dah. Nak balik KL dah kan..

"Mummy jangan la banyak sangat tangkap gambar saya.. malu la saya dengan awek-awek diluar sana!".. hahah cait



Ok.. nahla sekeping gambar kami yang romantis.. kah kah.. gatal bebulu-bebulu hidung, kalau laki aku baca..

last sebelum balik..

mahen la nak.. 
Lubang ni siapa tah yang korek. Tenggelam kaki eiman masuk lubang ni..




Apekebendanya tah yang dibuat tu..



Ha.. dah pukul 11 pagi dah.. kami pun naikla ke bilik, barang dah kemas, nak mandikan eiman dan rehat-rehatla sementara menunggu waktu checkout. Sehari je percutian ni. Lokasi Resort Glory Beach Resort PD ni memang strategik pun, sebelah pantai je. Senang sangat nak turun main pasir dan mandi laut. Bilik pun luas.. berbaloi je dengan harga yang kami bayar. Lagipun musim cuti sekolah kenelah paham tahap kesesakan itu memang gaban kan.. kalau tak nak sesak-sesak dan jalan jam, duduk sajorla di rumah. hahaha... okla.. pasni ada satu lagi entry last, tempat makan malam ikan bakar dan seafood sedap tapi menunggu lama kot.. kat area Port Dickson.

Aku memang suka leisure-leisure je tulis blog, suka share gambar-gambar sebagai kenangan.. hahaha.. kalau aku teringat aku usha la balik gambar-gambar ni kat blog kan..

Ok... sehingga berjumpa lagi.. Nanti aku update lagi
ok.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!

Untuk Baca Artikel Selanjutnya Berkenaan Percutian di Port Dickson, Sila Search tajuk berikut di kotak Serch blog ini k :

Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD
Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!
Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang