Monday, 4 April 2016

Trend Baju Kanak-kanak 2016

Salam,
Holla semua. Pejam celik pejam celik dah masuk 8 bulan dah Nova mengandungkan anak kedua ni. Tak berapa lama lagi dah Nova nak melahirkan baby ni. Tapi bagaimana dengan persediaan menyambut kelahiran baby kedua ni? ahh.. Nova tak perlu risau sebab semuanya ada dihujung jari sahaja sekarang ni. Semestinya, salah satu cara mudah adalah melalui pembelian secara online. Mudah, menjimatkan tenaga, menjimatkan masa dan tak perlu bersusah payah berjalan. hihi.. 

Selain itu, trend baju kanak-kanak yang terkini dan "up to date" lebih cepat diakses dan didapati secara dalam talian. Nova juga memang mengikuti perkembangan trend baju kanak-kanak ni. Suka tengok baju yang comel-comel dan sangat bergaya. 


Sama seperti fesyen orang dewasa, fesyen kanak-kanak juga mengalami revolusi dan perkembangan yang pesat. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang amat mementingkan gaya dan sentiasa mengikuti trend fesyen terkini. Penampilan anak-anak semestinya akan sentiasa terjaga! Contohnya, anak-anak selebriti terkenal seperti Lara Alana (cahaya mata Awal Ashaari & Scha Al Yahya) dan Aaisyah Dhia Rania (cahaya mata Rozita Che Wan & Zain Saidin). Selebriti ini sememangnya merupakan ikon-ikon fesyen tanah air, dan oleh kerana itu mereka juga amat menitik beratkan penampilan cahaya mata mereka terutama sekali di media sosial. Nova juga turut teruja melihat anak-anak selebriti ini tampil bergaya. Dahla comel, cute dan pandai pula bergaya.


Dahulu, kanak-kanak lelaki hanya diberikan pilihan t-shirt dan jeans, kini baju kanak-kanak lelaki juga berevolusi dan anda boleh temui pelbagai rekaan dan pilihan yang lebih trendy. Diantara koleksi yang ada seperti sweatshirt, jogger pants and chino pants yang sangat cantik apabila digayakan. Siapa cakap anak anda terlalu muda untuk tampil bergaya? Well, fesyen tidak mengira umur!


Begitu juga dengan koleksi pakaian kanak-kanak perempuan yang semakin colourful dan menepati citarasa para penggemar fesyen. Kini, anda boleh gaya kan anak perempuan anda dengan koleksi blouse yang cute dan t-shirt yang selesa untuk dipadankan dengan aneka pilihan seluar kanak-kanak yang trendy. Antara trend baju kanak-kanak online perempuan yang sedang trending adalah cardigans, jeggings dan jumpsuits!

Nova sangat teruja dengan koleksi pakaian kanak-kanak dan akan selalu pastikan Eiman nampak kemas dan bergaya selalu. haha barulah nampak comel kan. 

So anak kedua ni pun, Nova dah tergedik-gedik tangan ni mencari pakaian untuk kanak-kanak perempuan yang comel-comel dan cute-cute. wee... super excited lah! Happy!!

ok.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!