Tuesday, 24 May 2016

Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang

Salam,
Haa.. meh nak sambung entry last semasa kami bercuti di Port Dikson. Rasa tak sempurna kalau tak makan seafood di PD kan? Tapi nak makan kat mana ye? ahhh.. tulah masalahnya. Aku pun bukan tahu sangat tempat makan yang best. Jadi berpandukan google, ada satu cadangan ni, makan di Medan Ikan Bakar, Kg. Telok. So off we go, dengan waze lah. 

Dalam 30 minit dari hotel, kami pun sampailah di lokasi yang ditujui. Adalah sesat sikit sebab lokasinya agak terpencil dan sunyi. Dari jauh nampak seperti banyak kedai makan. So dengan konfiden parking kereta dan kami pilih kedai makanan No. 2. Sebenarnya, Medan Ikan Bakar, Kg. Telok ni depan lagi sikit. Yang kami singgah ni adalah Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang. hehehe.. masa buat entry ni baru aku perasan. hihi itu pun sebab aku guna google map untuk capture gambar lokasi. 

Kakak Pika dan Yong. Kita belasah nasi lemak dulu.
Tak kesahlah kan kedai makan mana, janji dapat makan seafood! hihi ≧❀‿❀≦

Ha ni la dia, Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang. 

Main menu yang kami order semestinya seafood. Jap lagi aku tunjuk makanannya. Tapi kan... ermm yang tak bestnya adalah kadar kelajuan menunggu makanan tu.. pergh menguji keimanan. Kami sampai dalam 8.30 malam macamtu.. dapat makanan dalam pukul 9.45 malam kot. Tunggu air pun berjaman. Tak silap aku katanya tukang masak ada sorang je malam tu. Musim cuti sekolah kan, tu yang pekerja pun nak bercuti. Erm.. takperla, kami pun takderla kelaparan sangat sebab dah bedal nasi lemak beberapa bungkus dulu. hehe 

Nasi lemak habis sebungkus, makanan belum sampai. Jadi kita makan tangan eiman dulu!.. hehe

Akhirnya makanan yang ditunggu pun sampailah

Menunya adalah sotong goreng tepung

Ikan masak masam manis - sesuai untuk budak2

Lala masak pedas

Nyam nyamm.... laparnya!!

uih uih....

Ketam masak black pepper

Siput buluh masak pedas - kalau tak silapla.. lupa dah

Haa.. tu dia.. selamat menjamu selera. lapor lapor!

Nah satu lagi gambor

Alhamdulillah. Masakan tidak mengecewakan. Boleh tahan sedapnya. Cuma yang tak best  adalah waktu menunggu. Nasihat akulah kan, kalau nak makan di mana-mana kedai seafood ni kene datang awal. Lepas solat maghrib tu teruslah ke kedai. Ada meja sebelah kami tu, datang pukul 9.30 malam.. kesian dah tak dilayan pun. Air pun tunggu setengah jam. Mengamuk jugaklah diorang kat pekerja kedai tu. hihi

So, kesimpulannya, kalau tanya aku nak datang ke sini lagi ke? InsyaAllah kalau ada rezeki. Tapi kene berbanyakkan bersabar dan bertolak awal. 


Ok... sehingga berjumpa lagi.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!

Untuk Baca Artikel Selanjutnya Berkenaan Percutian di Port Dickson, Sila Search tajuk berikut di kotak Serch blog ini k :
Makan di Port Dickson : Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place
Hotel Port Dickson : Glory Beach Resort PD
Port Dickson: Percutian Day 2 Main Pasir Lagik!
Makan di Port Dickson: Dataran Nelayan, Gerai Ikan Bakar PNK Telok Kemang