Sunday, 29 May 2016

Me'nate Steak Hub : Makan Buffet Sempena Perpisahan Syuhadah & Kak Laili

Salam,
Holla, hehehe kepada rakan-rakan ofisku yang sedang bekerja keras tu, meh nak kasi korang relaks sikit dan cuci-cuci mata dengan gambar-gambar semasa majlis perpisahan Syu dan Kak Laili. Sorry ler lambat nau nak update cerita. Sekarang ni ai kan jadi burung hantu berjaga malam.. so bolehla curi-curi masa menaip sebarang dua entry sementara menunggu si kecik May ni bangun menyusu. Jom layan..

Ceritanya begini, bulan April 2016 yang lalu, dua pegawai dari Unit kami di tukarkan / reshuffle ke Unit lain. Oleh yang demikian, demi untuk menghargai jasa baik dan persahabatan selama mengenali mereka, satu jamuan ringkas diadakan. Beberapa hari tu memang agak pening nak pilih lokasi dengan budget yang agak tight kan. Cari punya cari, last last kak byha tanya Me'nate Steak Hub dan terus tempahkan makanan secara buffet. Yang angkat call adalah Pak Mus, owner Me'nate. Kelakar dan humble orangnya.

Yey!! Sampai sudah kami di Me'nate Steak Hub Ampang. Yang senyum depan tu kak byha dan Hennes. Meh promote blog kak byha : Goreng Berlada (aku dengan kak byha memang geng suka makan!)

Yang ni semua officemate ai ≧❀‿❀≦

Paling best masa ni adalah, kami dilayan sendiri oleh Pak Mus, yang pakai baju kelabu tengah berdiri tu. Terbaiklah Pak Mus! Efficient sungguh kerja Pak Mus, cepat, cekap dan peramah sangat. Siap tolong ambilkan gambar kami banyak-banyak. 

Gambar ni hasil tangan Pak Mus.. masa ni Bos tengah berucap.. macam karaoke pun ada bos ≧❀‿❀≦ 

Gambar ni, Pak Mus ambil dari luar tingkap, bersungguh-sungguh Pak Mus.. hehe tergelak2 kami dengan gelagat Pak Mus ni tau.

Nah, ucapan dari Kak Laili sambil diperhatikan Bos dan Syu

"Erm.. apa lagi nak cakap ye? erm....' -Kak Laili

Me.. berlatar belakangkan Syu yang sedang memberikan sepatah dua patah tiga patah kata :)
Tembamnya muka aku.. wah wah!

Next, nak kongsi gambar makanan dan minuman plak. Minuman tu free flow.. best giler!!! Mana nak dapat cenggini sekarang kan.. suke suke suke

Ha.. ni tablemate depan aku, Ariyana.. dia pun mak buyong juga masa ni. Baby Ahmad lahir 2 minggu awal dari baby aku si May. ha.. pilih nak air mana.. pilih pilih!

Yang ni pula Hennes, duduk belakang aku. Aku belajar bahasa Sabah dari Hennes dengan Ariyana ni la. Depa ni dua-dua dari Sabah bah.

Masa aku ambik air kat mesin air tu dia tulis, Hot Chocolate.. dengan selamba aku tekan. Bila hirup macam Nescafe pulak rasanya. Lantakla aku telan jela kan.. Dah habis secawan tu baru aku tahu "Ni Air Tongkat Ali!" depa salah tagging.. cait.. bertenaga aku seamacam je rasanya! hahaha aummm!

Koleksi air pelbagai rasa.. 

Ni baru etul air coklat.. isk isk.. tipah tertipu mak!

Ok makanan dah sampai.. jom mencekik!.. Spaghetti ni sedap.. masak simple je tapi makan dalam rasanya!

Coleslaw.. not bad.. salad segar sedap, tapi aku kurang gemor sos mustard tu

Nah.. ni Mashed Potato. Sedap sedap..

Alamak.. sedapnyer.. bila la nak habis pantang ni.. nak makan Me'nate please!!

Itu dia!! Main menu dah sampai.. kambing dan daging.. nyam nyam!! Puas makan harini. Sampai kenyang buncit la masing-masing.

nah satu lagi gambar

Nah ni, share skit menu yang ada di Me'nate



Alhamdulillah selesaila sudah majlis makan sempena perpisahan Syu dan Kak Laili. Share sikit gambar mereka menikmati makanan. hehe

Kepada Kak Laili dan Syu, semoga sukses dan gembira di mana sahaja kita ditempatkan untuk bekerja. Terima kasih dan good luck!

Free free datangla ke kedai kami ye.. ehh.. sempat promote.. pelbagai aneka jajan dan air kotak dijual. hahahaha! 

Ok... sehingga berjumpa lagi.. sekian. tata ≧❀‿❀≦

Thank you for reading guys!!!